Sial Mar! Mentang - mentang nama papa pun bermula dengan huruf M! Raja Murad juga sudah menggelengkan kepalanya.

"Bergaduh aje kalau berjumpa. Macam manalah nak bekerja bawah satu bumbung ni?" Bebelan si mama sudah terdengar. Membuatkan Raja Hadi dan Raja Maraya segera menutup mulut. Hanya jelingan tajam menjadi balasan masing - masing.

"Farel, minta maaf. Kamu faham - faham lah dua orang ni. Memang tak sah kalau tak bergaduh" senyum Puan Asiah.

"Tak apa, aunty. Lama - lama Rel biasalah" balas Farel lalu menghabiskan suapan nasi di pinggan. Fuh, tak pasal - pasal kenyang dengan nasi pagi ni. Beratlah badan nak berlari petang nanti.

"Aih, lain macam aje ayatnya" Raja Murad menjongketkan kening, memandang Raja Maraya yang sedang mengemas pinggan pinggan kotor.

"Kalau uncle dapat meneka, tak susah lah kerja Rel nak sampaikan hasrat" senyum Farel. Ianya terselit makna. Sekali lagi, matanya bertembung dengan milik Raja Maraya.

"Papa" suara Raja Hadi sudah tidak senang. Matanya menghantar signal yang pastinya Raja Murad dan Farel mengerti. Wajah si bongsu dipandang lagi. Wanita itu cuma mendiamkan diri. Tak berkutik. Segera dirinya dibawa ke dapur basah. Selesaikan apa yang patut dan segera berangkat ke pejabat.

"Apa? Salah ke, abang? Mar dah 27. Sesuai sangat kalau mula ada pasangan hidup. Farel pun, bukan kita tak kenal. Anak Mejar Dr Zharif. Banyak tahu jasa Dr Zharif pada Black Angels" pesan Raja Murad dengan senyuman bangga. Sebelah tangannya menepuk pundak Farel yang tertunduk menyimpan senyum.

Jujur, bukan ini yang Farel mahukan. Dia mahukan Mar bukan dengan cara keseganan Raja Murad terhadap abah. Tetapi Farel mahu ianya kerana Raja Murad mempercayainya. Gamaknya, Raja Murad terlalu mementingkan hubungan antara abah dan Black Angels.

Mana tidaknya, hospital persendirian yang Mejar Zharif tubuhkan sudah menjadi salah satu kumpulan perubatan di bawah naugan Black Angels. Tidak lama, mungkin Farel juga akan menyertai kumpulan itu sendiri.

Jadi, dengan mengikat Raja Maraya dengan Farel ialah salah satu cara untuk mengukuhkan lagi hubungan mereka? Farel tidak kisah jika dijadikan korban. Tetapi Mar? Harapnya, sangkaan ini tidak benar sama sekali.

"Papa tahu kan apa yang terjadi antara adik dan Farel? Papa dah lupa?" Raja Hadi sedikit memprotes. Tak akanlah papa sudah lupa? Raja Maraya balik dalam keadaan yang tidak betah berlama di hadapan orang. Mar mula menjauhkan diri daripada orang dan lebih selesa jika tidak bertentang mata dengan sesiapa. Mar mula berubah sejak hari itu.

"People make mistake. Dan papa yakin, Farel sudah belajar dari kesilapan. Lagipula, Farel cuma 17 tahun ketika itu. Masih tidak matang"

Raja Maraya mendengar kata kata itu. Jangan kata dia tidak dengar. Bibirnya diketap geram. Tetapi, hanya sabar yang mampu dia lakukan.

"Dan papa jangan lupa. Mar juga 17 tahun. Apa perasaan remaja 17 tahun diherdik dan dimalukan di depan orang ramai? Murahnya maruah Mar dipijak macam itu aje?" Tambah Raja Hadi. Wajah si papa mula berubah riak.

"Hadi, perkara dah berlalu. Sedekad. Belajar memaafkan dan menerima. Kita manusia. Salah orang yang kita selalu tunding boleh berbalik pada diri sendiri. Remember that, son" satu senyuman tipis diberi sebelum Raja Murad berdiri. Sempat dia menepuk bahu Farel, tanda dia meminta diri.

"Uncle" panggil Farel sekali. Raja Murad menoleh dengan wajah yang tersenyum. Keningnya terangkat kedua duanya, tanda bertanya.

"Kalau uncle tak keberatan, saya nak hantar Mar ke pekabat sekejap lagi"

Raja Murad tersenyum. Senang.




SUASANA di dalam kereta sepi. Hening. Sama ada Raja Maraya ataupun Farel masing - masing lebih selesa berdiam diri. Farel masih menunggu masa yang sesuai untuk mula berbicara. Wajah Mar nampak begitu mendung. Barangkali terdengar perbualan mereka bertiga tadi. Mungkin boleh jadi.

[C] Stella : The Glory of Black MariaWhere stories live. Discover now