BAB 8✨

3.7K 155 4
                                    

Hanan berpeluk tubuh dan bersandar ditepi pintu balkoni sambil merenung ke luar. Dia teringat akan kata-kata Emir padanya pagi tadi. Tak sangka pula dia boleh berjumpa dengan lelaki itu ketika berjoging.

Flashback

Hanan dan Emir berjalan beriringan ke sebuah kedai yang berdekatan dengan taman. Kalau ikutkan Hanan, dia mahu pulang tetapi Emir pula mengajaknya ke kedai makan. Tidak sampai hati pula dia nak menolak.

Hanan hanya memesan roti bakar bersama air kosong. Cukuplah tu untuk mengisi perut kosong selepas berjoging. Lagi pula dia tidak mahu makan makanan yang agak berat. Dia baru je lepas berjoging. Takkan nak pesan nasi lemak pula.

"Hanan memang selalu joging dekat taman tu ke?" soal Emir.

"Tak juga. Jarang je saya joging dekat taman tu. Selalu saya joging dekat taman rumah saya je. Tak sangka akan jumpa awak dekat situ. Awak pula memang selalu joging dekat situ ke?"

"Jarang-jarang juga. Sebab selalunya saya akan bersenam di gim dalam rumah saya je. Sebulan atau dua bulan sekali baru joging dekat taman. Alang-alang boleh hirup udara segar,"

"Oh rumah awak ada gim. Mesti rumah awak tu besar kan?"

"Bukan rumah saya juga. Rumah abang angkat saya. Dia serahkan semua harta dia pada saya sebelum dia meninggal. Kalau ikutkan saya ni tak ada apa-apa pun."

"Samalah tu. Dah jadi rumah awak kan," balas Hanan sambil tersenyum.

Bibir Emir mengukir senyuman melihat gadis di depannya. Cantik. Sungguh dia ingin memiliki gadis itu sebagai isteri.

"Hanan..." panggil Emir.

Hanan angkat wajahnya memandang Emir. Menanti bicara yang akan dikatakan oleh Emir.

"Saya suka awak," tiga patah perkataan itu cukup membuatkan Hanan terkaku. Tangan berhenti menyuapkan roti ke dalam mulut. Tidak tahu harus memberi respon yang bagaimana kepada lelaki itu.

"Saya tahu saya agak keterlaluan. Tapi saya betul-betul sukakan awak, Hanan. Saya minta maaf kalau saya nampak macam tak betul tapi saya tak tipu perasaan saya. Saya sukakan awak bermula hari saya terlanggar awak tu. Dan saya tak sangka Liya dan Hanan tu orang yang sama."

"Emir, sa...saya tak tahu nak respon macam mana,"

"Tak apa. Saya tahu awak terkejut dengan pengakuan saya. Tiba-tiba lelaki macam saya meluahkan perasaan pada pertemuan kali ketiga. Memang mengarut. Tapi apa yang saya cakap tu bukannya perkara main-main. 38 tahun saya hidup dan ini pertama kali saya rasa macam ni bila berjumpa dengan awak, Hanan."

"Dan...saya berniat nak jadikan awak isteri saya."

Hanan menelan air liur. Terasa kesat pula kali ni. Biar betul Emir ni? Sampai berniat nak jadi dia sebagai isteri.

"Saya minta maaf, Emir. Saya tak sukakan awak." Kata Hanan.

Emir mengangguk faham. Kata Hafiz, Hanan bukanlah seseorang yang mudah jatuh cinta. Lagi pula mereka baru kenal, memang tak mungkin untuk Hanan suka pada dia.

"Tak apa, saya faham. Saya tunggu awak sukakan saya balik. Saya tunggu awak setuju untuk jadi isteri saya." Kaya Emir dengan yakin.

"Kenapa pula awak nak tunggu saya? Saya tak minta awak tunggu saya."

"Saya tahu awak tak minta. Ini keputusan saya sendiri. Saya nak tunggu awak. Saya yakin awak jodoh saya," kata Emir lagi.

Hanan menggelengkan kepalanya. Seram sejuk dengan perangai Emir. Pertama kali dia jumpa lelaki begitu.

Aku Pertama Dia TerakhirWhere stories live. Discover now