BAB 6✨

3.9K 177 28
                                    

Hanan menyarungkan tudung sarung syria berwarna krim. Sesuai dengan baju blouse hitam yang dipakainya. Rasa malas pula dia nak bersiap hari ni. Lagipun dia hanya nak berjumpa dengan kawan-kawan dia saja. Maklumlah, sudah dua bulan tidak berkumpul sejak majlis perkahwinan Bella.

Hanan mengatur kakinya melangkah ke dalam kereta Toyata Yaris miliknya. Tali pinggang keledar di pakai sebelum dia memulakan perjalanan. Café The Cinta menjadi destinasi yang dituju.

Sampai saja ke destinasi, dia terus melangkah ke dalam café tersebut. Untung hari ni bukan dia yang paling lambat. Kali ni Fazlin dan Tengku Fahrin pula yang lambat. Katanya sebab Fahmi bangun lambat. Sajalah tu jadikan anak sebagai alasan.

"Nah Hanan. Untuk kau," Fazlin menyerahkan satu beg kertas yang tertulis Dior kepada Hanan.

"Apa benda pula ni?" soal Hanan.

"Upah kau jaga Fahmi masa dekat Langkawi hari tu," kata Fazlin.

"Aku gurau jelah, Faz. Kau ingat aku serius ke? Aku ikhlas jaga anak kau. Tak payah nak mengada bagi hadiah bagai. Ambil balik," beg kertas itu Hanan serahkan semula kepada Fazlin.

"Hanan, ambil jelah. Aku dengan Fahrin memang nak bagi dekat kau. Bukan sebab jaga Fahmi pun. Kau kan dah selalu sangat tolong aku dulu."

"Tapi aku tak minta balasan pun lah. Mahal sangat ni," kata Hanan lagi.

"Ambil jelah, Hanan. Mengada pula kau taknak," kata Ayana.

"Entah kau ni. Bila lagi Tengku Fahrin nak belanja kau? Ke kau tunggu hadiah dari Emir Hakeem?" soal Adam. Hafiz menjegilkan matanya kepada Adam. Elok ketuk je kepala si Adam ni. Suka betul nak hangatkan suasana.

"Kenapa pula tiba-tiba nak sebut pasal dia. Aku ingat dah habis topik pasal dia. Sebab lama korang tak bercakap pasal dia," kata Hanan.

"Kenapa? Kau rindu dia ke?" soal Tengku Fahrin pula. Ini lagi sorang. Tambah masalah betullah.

"Buat apa nak rindu? Aku pun tak kenal dia lah," balas Hanan.

"Dah kau cakap macam tu. Macam nak tahu pasal dia je," kata Tengku Fahrin lagi. Yang lain sudah diam. Tak mahu nak masuk campur lagi.

"Indra!" panggil Hafiz. Mereka semua berpaling ke arah yang dilihat oleh Hafiz.

"Eh Hafiz...makan kat sini juga ke?" soal Indra yang kini berjalan ke arah mereka.

"Haah. By the way, kenalkan ni isteri a..."

"Indra, adu kau ni. Kenapa tinggalkan aku?" soal lelaki yang baru muncul disebelah Indra.

Hafiz memandang rakannya yang lain seperti meminta bantuan. Kalau ikutkan dia memang tak mahu temukan Emir dengan Hanan lagi. Ini kira kebetulan ke apa? Silap pula dia menegur Indra tadi. Ingatkan Indra seorang diri saja. Tidak sangka pula Emir pun ada sekali.

"Tadi tuan lambat sangat. Saya jalanlah dulu," jawab Indra.

"Eh Hafiz...ramai-ramai ni family ke?" soal Emir yang baru sedar akan jejaka di hadapannya.

"Family kedua saya. My Friends." Jawab Hafiz. Dia mengukir senyuman tawar. Kepalanya yang tidak gatal juga di garu.

"Oh but aku tak sangka kau berkawan dengan Tengku Fahrin and Adam juga." Kata Emir.

"How are you, bro?" soal Tengku Fahrin yang kini berjabat tangan dengan Emir.

"I'm good." Emir menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Adam pula.

Emir memandang golongan wanita yang berada di situ. Mereka yang perasan bila direnung Emir mula memperkenalkan diri.

"Tengku Fahrin's wife, Fazlin." kata Fazlin.

Aku Pertama Dia TerakhirWhere stories live. Discover now