BAB 5✨

3.9K 168 8
                                    

Kereta Toyota Yaris berwarna putih diberhentikan. Tepat di hadapan bangunan tempat kerjanya. Fail yang agak tebal yang terletak di kerusi penumpang diambil. Hanan membuka pintu dan keluar dari perut kereta. Ketika dia menghampiri pintu masuk, tiba-tiba seorang lelaki merempuh bahunya sehingga menyebabkan fail tadi jatuh berselerak.

"Sorry miss, saya tak sengaja" kata lelaki itu. Dia menongkat sebelah lututnya ke lantai kemudian mengutip satu persatu kertas yang berselerak itu.

"Tak apa. Mungkin salah saya juga tadi tak perasan ada orang nak keluar. Maafkan saya juga," kata Hanan pula. Dia turut duduk mengutip kertas itu.

Selesai mengutip kertas itu, mereka berdua bangun. Lelaki itu tadi menyerahkan kertas yang di kutipnya kepada Hanan.

"Terima kasih," ucap Hanan.

"Sama-sama," balas lelaki itu.

"Encik, saya masuk dulu ye. Saya nak kena cepat ni," pinta Hanan.

"Oh ya, silakan." Lelaki itu memberi ruang kepada Hanan. "Eh kejap!"

Baru saja Hanan ingin melangkah, lelaki tadi memanggilnya semula.

"Kenapa encik?" soal Hanan.

"Nama miss apa ya?" soal lelaki itu.

Hanan teragak-agak nak beritahu nama dua pada orang yang tidak di kenali. Orang tu pula lelaki.

"Awak nampak tak selesa. Tak apa. Pedulikan soalan saya tu."

"Liya. Nama saya Liya," kata Hanan. Liya pun masih nama dia juga. Kira Halal lah tu. Orang bukan kenal dia dengan nama Liya. Cuma mak dan ayah yang panggil dia dengan nama tu.

"Oh thanks," ucap lelaki itu. Hanan hanya mengangguk sebelum dia pergi meninggalkan lelaki itu.

"Eh wait? Dia taknak tanya nama aku ke? Bukan ke dia patut tanya nama aku? Aku pun boleh tahan segak hari ni," lelaki itu bersoal sendiri. Bangga diri sambil membetulkan tahi lehernya.

"First time pula aku jumpa perempuan yang nampak tak berminat dengan aku. Interesting. Ada jodoh jumpa lagi," kata lelaki tadi sambil tersenyum. Cermin mata hitam di dalam poket dia ambil dan dipakai sebelum dia melangkah menuju ke kereta BMW i5.




PINTU LIF TERBUKA setelah tiba di tingkat yang dituju. Hanan melangkah keluar dengan wajah yang masam mencuka. Sampai saja bilik mesyuarat, dia menghempas fail di atas meja dengan kuat. Terkejut juga beberapa staff yang berada di situ.

"Kau kenapa Hanan?" soal Bella.

"Haah. Datang je terus nak mengamuk," kata Adam pula. Menyokong apa yang dikatakan oleh Bella.

"Aku stress. Kau tengoklah fail ni. Semalam aku dah susun elok dah. Tiba-tiba pula ada orang langgar aku. Habis terabur balik. Baran betul aku rasa. Tapi salah aku juga tak tengok betul-betul masa nak naik ke sini tadi," kata Hanan.

"Kau langgar siapa?" soal Bella.

"Entahlah. Lelaki. Dia pakai kemeja warna biru gelap. Putih. Rambut macam panjang sikit. Muka dia macam hero dalam drama Turkish pun ada. Dia datang sini ke? Sebab waktu aku terlanggar dengan dia tu, dia baru keluar dari pintu utama depan tu,"

Bella dan Adam saling berpandangan. Rasanya dia kenal siapa lelaki yang dimaksudkan Hanan. Lelaki itu baru saja berjumpa mereka.

"Errr...kau tak tanya ke dia tu siapa?" soal Adam teragak-agak.

"Tak...aku nak cepat tadi. Dia je tanya nama aku."

"Habis kau cakap ke nama kau?" soal Bella lagi.

"Aku bagitahu nama aku Liya je. Malaslah nak bagitahu nama Hanan. Aku bukan kenal dia pun. Lagi pun Liya tu masih nama aku."

Aku Pertama Dia TerakhirWhere stories live. Discover now