BAB 1✨

12K 244 7
                                    

Kaki diatur memasuki sebuah restoran yang yang telah di tempah khas untuk pertemuan kali ni. Memang setiap dua bulan sekali Hanan Auliya akan meluangkan masa bersama tiga sahabatnya walaupun dua antara mereka telah mendirikan rumah tangga. Kalau ada waktu free, lebih keraplah diorang berjumpa. Puteri Ayana, Nur Nabella dan Fazlin Nilam adalah sahabatnya sejak di universiti lagi. Ayana dan Fazlin sudah mendirikan rumah tangga kira-kira 4 tahun lalu. Masing-masing sudah mempunyai seorang cahaya mata.

"Sorry korang, aku lambat lagi kali ni." Hanan tayang wajah simpati untuk meraih belas kasihan dari sahabat-sahabatnya. Bila diri dah buat salah macam tu lah.

"Kitorang faham sangat dengan kau. Tak payah nak tayang muka seposen macam tu," balas Nabella yang hanya mesra di sapa Bella.

Hanan mengukir senyuman manis sebelum dia mengambil tempat di sebelah bayi comel yang berusia 10 bulan itu. Puteri Akish anak kepada Ayana dan suaminya Hafiz. Mereka lambat sikit dapat anak sebab nak honeymoon lama sikit kata mereka.

"Hai baby, rindu aunty Hanan tak?" pipi tembam Puteri Akish dia tarik sehingga air mata mula bertakung di hujung mata bayi itu.

"Ish kau, jangan tarik kuat sangat pipi anak aku. Menangis dia nanti," tegur Ayana.

"Siapa suruh kau buat baby comel sangat. Aku geram tengok baby kau ni," kata Hanan lagi. Pipi Puteri Akish dia usap perlahan. Meredakan rasa sakit pada pipi gebu bayi itu.

"Tu sebab daddy dia hensem," sampuk Hafiz yang hanya diam dari tadi. Hanan tayang muka menyampah. Kenal sangat dengan perangai suami sahabatnya. Memang sejenis yang masuk bakul angkat sendiri.

"Aunty tak rindu Pahmi ke?" soal anak kecil yang berada di hadapannya. Anak Fazlin dengan suaminya Tengku Fahrin yang berusia 3 tahun. Hanan hadiahkan senyum manis buat Tengku Fahmi.

"Mestilah aunty rindu. Fahmi sedih sebab aunty tak tegur Fahmi ke?" soal Hanan pada anak kecil itu.

Tengku Fahmi menjatuhkan kepala memberi jawapan. Hanan tergelak kecil. Memang anak-anak sahabatnya rapat dengan dia. Hanan ni jenis yang sukakan budak. Memang akan digomol je setiap kali mereka berjumpa. Kali ini perhatian dia pada si kecil. Sampaikan Tengku Fahmi pun rasa terabai.

Maafkan aunty Hanan yang comel ya Fahmi.

"So...apa agenda utama kita hari ni?" soal Hanan.

"Apa lagi? Kita bincang tentang majlis kahwin Bella lah. Majlis dia dah tak lama ni," kata Ayana.

"Eh Bella, bakal suami tak ikut sekali ke hari ni?" soal Hanan pada Bella pula.

"Tak, dia ada kerja sikit. Kalau kerja dia siap awal, dia datang kot," jawab Bella sebelum dia menyedut minuman dihadapannya.

"Oo...nak kahwin pun busy lagi bakal suami kau," sambung Hanan.

"Biasalah, nak tambah duit sikit untuk majlis kahwin tu nanti."

Hanan mengangguk tanda setuju. Nak kahwin kena cari duit lebih. Nak tanggung isteri lagi. Dia bersyukur sahabatnya telah berjumpa dengan pasangan yang sangat bertanggungjawab. Tidaklah dia risau untuk melepaskan sahabatnya.

"Kau bilanya nak kahwin Hanan?" soal Hafiz.

Hanan menolak biji matanya ke atas. Mula sudah ambil job makcik bawang si Hafiz ni. Sikit-sikit tanya dia bila nak kahwin. Sibuk betul si Hafiz ni dengan kehidupan dia. Sejak Ayana berkahwin dengan Hafiz, memang selalu lelaki itu bertanya kepadanya. Nanti adalah dia nak kenalkan kawan-kawan sekerjanya pada Hanan.

"Tak berminat. Aku nak enjoy dulu," jawab Hanan.

"Tempat kerja aku ada bos baru masuk. Gantikan abang angkat dia yang meninggal sebab kemalangan. Tak kahwin lagi tapi dah lanjut usia. Umur dia 38 tahun. Kacak. Kaya. Sesuai lah tu untuk kau. Beza 11 tahun je dengan kau," jelas Hafiz.

Aku Pertama Dia TerakhirWhere stories live. Discover now