Bab 60

27.4K 2.2K 562
                                    

Aaden melangkah masuk ke dalam bilik pejabatnya sebelum dia terus menoleh ke arah Callisto yang sudah berada di depan meja kerjanya. Lelaki itu elok memegang fail hitam sebelum dihulurkan ke arah Aaden.

     "Client kau harini bukan dari company biasa-biasa. Kau nak suruh orang lain pergi jumpa client atau kau nak pergi sendiri?" kata Callisto mendatar.

Aaden mengambil tempat di meja kerjanya sebelum dia membelek fail yang diberi oleh sahabatnya itu. Latar belakang syarikat yang akan syarikatnya berurusan merupakan syarikat besar dan sangat berpengaruh. Bukan calang-calang syarikat ni.

     "Ada details owner company ni tak?" tanya Aaden sambil membelek fail di atas meja kerjanya.

     "Takda. Semua details dirahsiakan atas dasar privacy. Tapi kalau kau nak, aku boleh carikan," jawab Callisto mendatar.

     "Takpalah, tak perlu. Biar aku pergi jumpa client ni sendiri. Meeting dengan client pukul berapa?" tanya Aaden sebelum dia bangun dari duduknya. Fail hitam yang berada di atas meja dicapai kasar.

     "Pukul 3"

Aaden membelek jam tangan jenama Rolex di pergelangan tangannya sebelum dia menoleh ke arah Callisto.

     "Ada lagi sejam. Jomlah kita gerak terus. Takut jem nanti terlambat pula nak jumpa client," kata Aaden sebelum dia terus melangkah ke pintu bilik pejabatnya.

Callisto hanya menganggukkan kepalanya sedikit sebelum dia mengekor langkah Aaden.

Aaden dan Callisto melangkah masuk ke dalam restoran mewah yang terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur sebelum mereka berdua terus mengambil tempat di meja hujung restoran.

Selepas mereka membuat pesanan, Aaden membelek iPad miliknya sebelum dia menoleh ke arah pasangan kekasih yang berada jarak dua meja darinya. Sang kumbang sedang melutut di tepi meja sambil menghulur bekas berisi cincin. Manakala si bunga sedang tersenyum lebar sambil menutup mulutnya. Sudah pasti dia sudah dilamar oleh kekasih hatinya.

Aaden menoleh ke arah Callisto yang berada di sebelahnya.

     "Kau jangan kahwin selagi aku tak kahwin," kata Aaden tiba-tiba.

     "Tak," kata Callisto sepatah.

     "Bila aku fikir balik, betullah kata bapak kau. Mungkin aku tak ditakdirkan untuk kahwin lagi buat masa sekarang. Aku ada adik. Aku kena jaga adik aku dulu," kata Aaden mendatar.

     "Hm," jawab Callisto tanpa membuka mulutnya.

     "Entah-entah Lara kahwin dulu sebelum aku. Kau rasa Alpha tu suka Lara ke?" tanya Aaden sambil mengangkat keningnya sedikit.

Callisto terdiam seketika sebelum dia menoleh ke arah Aaden.

     "Suka," jawab Callisto sepatah.

     "Habistu Lara suka Alpha ke?" tanya Aaden lagi

     "Tak," jawab Callisto sebelum dia menoleh ke hadapan.

     "Baguslah kalau tak. Banyak benda Alpha tu kena belajar. Dia tu pelik sangat. Macam tak normal je," kata Aaden mendatar.

Callisto tidak berkata apa malah hanya mendengar.

     "Sorry, I'm late," tegur satu suara garau dari belakang Aaden.

Aaden dan Callisto terus menoleh ke arah dua jejaka kacak yang sedang tersenyum nipis ke arah mereka berdua.

Callisto terus bangun dari duduknya sebelum dia menghulurkan tangan ke arah dua jejaka kacak itu.

The Taste of Revenge [OG]Where stories live. Discover now