Bab 57

30.8K 2.8K 2K
                                    

Arlo melangkah masuk ke dalam rumah sebelum dia terus menoleh ke arah Fellen yang sedang terbaring di atas sofa. Gadis itu langsung tidak mahu keluar dari rumah selepas kejadian tempoh hari. Majlis perkahwinan sepupunya juga dia tidak menghadirkan diri. Keluarganya meminta dia untuk pindah masuk ke rumah keluarga itu tetapi laju sahaja ditolak atas alasan tidak mahu diganggu.

"Sampai bila kau nak terbaring macam orang bodoh tu?" tanya Arlo dingin. Dia mengambil tempat di sofa berhadapan dengan Fellen sebelum dia hanya merenung gadis berambut putih itu.

"Alpha mana?" tanya Fellen perlahan.

"Rumah family dia," jawab Arlo mendatar.

"Kenapa dia dah tak balik sini langsung? Dia dah taknak jumpa aku ke?" tanya Fellen perlahan. Sejak kejadian di rumah ibu bapanya tempoh hari, Alpha langsung tidak menjejakkan kaki di rumah Rayden malah langsung tidak berjumpa dengan gadis itu.

"Perangai macam orang gila memanglah dia lari," jawab Arlo selamba.

"Dia dah taknak jumpa aku ke...," kata Fellen lagi.

"Berhenti jelah berharap. Alpha anggap kau macam kakak je. Kau tak geli ke suka pada lelaki yang dah hidup dengan kau sejak lahir?" kata Arlo mendatar.

"Dia—Dia berbeza dari yang lain"

"Aku rasa kau dah berjangkit masalah mental dengan Fancy," kata Arlo sebelum dia mengeluarkan pistol yang berada di belakang seluarnya. Pistol itu kemudian dilap menggunakan sehelai kain kecil.

"Aku takkan lepaskan Alpha. Alpha dah jaga aku selama aku hidup dengan dia. Aku takkan lepaskan Alpha!" jerit Fellen dengan tiba-tiba.

Arlo hanya memerhati tanpa kata. Sah gila.

Ting!

Kedengaran bunyi pintu rumah dibuka dari luar. Fellen dan Arlo terus menoleh ke arah pintu utama sebelum dengan pantas Fellen bangun dan berlari ke arah pintu utama.

"Alpha!" kata Fellen kuat.

Alpha elok berdiri dengan tangan yang memegang kunci rumah.

"Hi loser," Alara yang menyorok di belakang badan Alpha terus melangkah sebelum berdiri di sebelah Alpha.

"Kau buat apa dekat sini?" tanya Fellen kepada Alara.

"Saja. Alpha ajak tidur sama malam ni," kata Alara sinis. Sengaja mahu menyakitkan hati gadis berambut putih itu.

Arlo melangkah ke arah mereka sebelum dia bersandar pada dinding.

"Hm? Kau balik?" tegur Arlo sambil bersandar pada dinding.

"Aku datang nak ambik barang aku," kata Alpha dingin. Dia terus melangkah tanpa mengendahkan Fellen yang berada di hadapannya.

"Alpha! Kau nak pergi mana?! Kau nak keluar dari rumah ni ke?!" Fellen menarik tangan Alpha dengan kuat.

Alpha menoleh ke arah Fellen sebelum dia menikam anak mata Fellen dengan mata birunya.

"I've been waiting for this for way too long," kata Alpha dingin. Tangan kirinya memegang tangan Fellen yang sedang memegang lengan kanannya. Tangan gadis itu disentak dengan kuat sebelum Fellen terus melepaskan pegangannya.

"Ray will find you no matter how far you go," kata Fellen mendatar.

"I will find him, before he finds me," kata Alpha dingin. Dia terus melangkah naik ke tingkat atas.

"Cantik juga rumah uncle Ray ni ya? Hitam je semua, sama macam hati dia, hati kamu, dan hati kamu," kata Alara sambil menunjuk ke arah Arlo dan Fellen.

The Taste of Revenge [OG]Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz