Bab Dua Puluh Enam 🦋

Start from the beginning
                                    

Adeena cuba menahan diri tapi akhirnya, dia tewas juga. Dia memberanikan diri untuk menegur sekumpulan anak muda yang agak kurang ajar itu. Puas juga hatinya bila melihat riak muka sekumpulan itu yang terkesan cuak. Ha, baru takut!

Adeena bercadang untuk balik rumah terus. Tiada mood sudah nak berjumpa kawan sebab sekumpulan lelaki bercampur perempuan itu.

Dengan perasaan campur aduk, dia sangat ingin mengadu pada Ryu. Tetapi, untuk mengelak masalah maka Adeena akan berdiam diri sahaja.

ฅ^•ﻌ•^ฅฅ^•ﻌ•^ฅฅ^•ﻌ•^ฅ

Helaan nafas kasar dihembuskan. Dengan perlahan, dia membuka ikatan tali niqab nya. Untungnya, pembantu peribadi Ryu tidak datang hari ini jadi Adeena berluasa untuk membuka niqab nya. Pembantu rumah juga sudah pulang. Sudah masuk waktu 9.30 malam.

Adeena menutup mata nya dan kepala nya disandarkan ke sofa. Denyutan di dahi kepalanya terasa amat menyakitkan. Ryu lambat lagi akan pulang ke rumah jadi Adeena perlu buat semua benda sendiri.

"Uh, peningnya.." Dia mengeluh. Mata nya masih tertutup dan tangannya memicit dahi nya untuk mengurangkan denyutan.

Beberapa menit kemudian, Adeena membuka mata nya. Badan nya menjadi tegak.

"Alamak, belum masak. Lupa pula." Dahi ditepuk. Terlupa pula dia yang dia kena masak makan malam. Pasti Ryu belum makan. Lelaki itu selalu cakap yang hanya masakan Adeena lah mengenyangkan nya. Hm, amboi!

Adeena segera melangkah ke dapur. Sebab dah beli barang dapur tapi dia juga sedang penat jadi masak yang simple sajalah. Ryu pun main suap je tak ada nak comment.

Sembari menyediakan bahan, Adeena bersenandung merdu. Arjuna Beta, itulah lagu yang disadungkan.

"Ehm hm.." Merdu saja Adeena bersenandung. Senyuman kecil terukir. Dengan hati yang tiba-tiba gembira, Adeena mula bersemangat untuk memasak.

"Okey, let's go!"

ฅ^•ﻌ•^ฅฅ^•ﻌ•^ฅฅ^•ﻌ•^ฅ

"Uh, siap! Hmm sedap bau!" Senyum manis diukir di bibir tipis Adeena. Puas hatinya melihat masakan ayam yang baru saja dimasak nya.

Gulai ayam! Perh sekali rasa, mesti nak lagi!

"Lama lagi ke dia nak balik?" Sekilas mata nya melirik ke jam dinding. Sepatutnya Ryu dah balik. Mana pula suami dia ni .

"Lupa jalan balik ke?"

Adeena menutup makanan dengan tudung saji. Dia melangkah ke ruang tamu untuk mengambil telefon bimbit nya yang dia tinggalkan di sana.

Telefon sudah dicapai, jari jemari Adeena lincah menaip nama Ryu dan menelefon lelaki itu.

Berdering..

Tersambung!

"Assalammualaikum, abang. Mana abang? Kita dah masak ni, kata nak makan sama-sama. Nanti sejuk tak sedap."

...

Tiada balasan yang diberi dari pihak Ryu. Adeena berkerut. Dia tengok sekali lagi apa betul yang dia hubungi itu Ryu.

"Abang? Jawablah?"

"Hello?"

Adeena yang terdiam.

Suara perempuan?..

"Siapa ni? Mana suami saya?" Adeena bersuara ketar. Segala fikiran buruk masuk ke kepala otak nya.

"Suami? Girl, yang i tahu lelaki yang sedang you hubungi ni tak berkahwin lagi. He's my boyfriend." 

Adeena terkedu. Tangan nya digenggam erat hingga memutih kuku nya. Hembusan nafas yang ditarik sangat perlahan.

"What do you mean? Ryu Eyden, my husband."

Adeena mendengar perempuan itu terkekeh dibalik panggilan itu. Adeena menggeram. Ryu ada perempuan lain?

"Tolonglah, stop berangan. Faktanya, dia tengah tidur di pelukan i."  Adeena    terdiam. Suara perempuan itu sangat yakin. Suasana amat sunyi. Dia tak mendengar apa-apa selain suara perempuan itu.

Adeena mula merasa geram. Jantungnya berdegup kuat. Bibir diketap. Panggilan itu segera Adeena akhiri. Rasa marah yang membuak membuat Adeena ingin baling telefon itu merata tempat.

Adeena memandang gulai ayam yang baru saja dia masak. Terbisik dihatinya untuk membuang makanan itu. Awalnya dia masak untuk Ryu. Tapi khabar yang baru dia dapat lebih mengejutkan.

"Apa yang aku harapkan dari dia.. dia tetap lelaki.."

Matanya berkaca-kaca menahan tangis. Dia merenung makanan itu. Sakit. Sangat sakit.

"Hik.."

"Ya Allah.."

"Aku.."

Dadanya terlalu sesak. Akhirnya, tangisan nya pecah. Rumah besar itu diisi dengan suara tangisan Adeena. Kakinya lemas.

Dia terduduk di atas lantai. Tangannya berpaut pada kerusi agar dia tak pingsan. Dengan perlahan, dia menepuk-nepuk dadanya.

"Subannallah, sakitnya.."

Mungkin ini silap Deena juga. Silap sebab percayakan abang.

MATCHED LOVE [REST]Where stories live. Discover now