Bab Tiga 🦋

4.6K 185 0
                                    

Dina tercengang apabila kawannya , Nana bersama dua orang lelaki apabila tiba di rumah Dina.

"Apa yang--"

"Shh! nanti abang kau dengar susah. Jomlah.. teman aku dataing jer" Bisik Nana dengan senyum jahat dibibir.Walau Dina merasa tidak sedap hati Dina hanya mengangguk dan menyuruh ketiga nya tunggu diluar sebentar sementara dirinya mengambil beg sandang yang selalu ia bawa kemana-mana.

Akhirnya Dina keluar dari rumah dan mendekat ke Nana. Oh ya, Nayana Sofia , kawan dari sekolah rendah lagi. Nana tersenyum dan memeluk lengan Dina. Dina mengeluarkan sebuah kunci.

Dina membuka sebuah kain yang menutupi sesuatu. Nana makin tersenyum lebar melihat motor Dina. Dina menaiki motor itu dan mengambil topi keledar yang berada diatas motor.

Nana memberi Nana topi keledar juga dan menghidupkan enjin motor.Kerana bunyi yang kuat, tingkap bilik Eryn dibuka dan muncullah kepala Eryn yang ingin tahu bunyi apa tadi.

Dina menyuruh dua lelaki tadi untuk segera menaiki motor masing-masing lalu Dina melambai kearah Eryn .

"Eh? pergi mana tu?!" Kata Eryn sedikit menjerit kerana jarak mereka boleh dikatakan jauh. "Aku keluar dengan member. Kau duduk lah rumah" Dina memandu motornya untuk keluar dari perkarangan rumah nya. Nana juga melambai pada Eryn yang turut membalas lambaian. Dina menyadari Eryn tidak sadar sama sekali akan dua lelaki yang tidak jauh jarak nya dari mereka.

Mungkin Eryn fikir orang luar?

Eryn memasukkan lagi kepalanya dan menutup tingkap. Dina segera menyuruh Nana naik kebelakang nya dan langsung pergi dari sana dengan motor. Dua lelaki mengikuti dari belakang.

Nana bersorak senang melepaskan pegangannya pada pinggang Dina yang sedang memandu motor. Didalam angin yang menampar kulitnya dengan perlahan. Nana menjerit sekuat tenaga.

"WOOHOO!!"

Dina merasa malu akan jeritan kuat Nana yang membuat beberapa pemandu yang juga menaiki motor atau naik kereta tapi tingkap tak tutup memandang mereka yang berhenti kerana lampu merah.

Dina langsung mencubit paha Nana dan sebelum Nana membebel, Dina memberi isyarat tangan untuk Nana kekal diam. Nana bergumam tidak jelas. Sangat diketahui bahawa Nana mengutuk Dina secara langsung dengan perlahan.

Dina kembali mencepatkan motornya apabila lampu merah telah bertukar menjadi hijau. Lajunya Dina sampai kedua lelaki yang tadinya dengan santai mengikut Dina harus mencepatkan motor mereka untuk menyamakan kelajuan .

Dina masih mendengar walau angin-angin menyumbat telinganya bahwa Nana menyuruhnya memperlahankan motornya. Dina kembali memberi isyarat tangan. Kali ini ditujukan pada kedua lelaki yang mengikutinya. Dina menyuruh keduanya untuk memencong dirinya dan langsung belok kiri. Tak peduli lagi,kedua lelaki itu langsung melakukan apa yang disuruh Dina.

Dina menyusul dibelakang. Dina menekan gas lebih cepat dan lampu sudah bertukar merah namun Dina masih memandu dengan cepat. Nana memukul punggung Dina agar memberhentikan motor.

Tapi Dina seolah sudah pekak, ia terus melajukan motornya. Akan belok ke kiri, Dina makin laju dan SRET!

Terkeluar bunyi yang kuat bahkan garisan hitam tercipta dijalan apabila Dina belok kekiri dengan kelajuan penuh. Pemandu lainnya pasti terkejut dengan Dina yang sangat brutal dalam menaiki motor.

Dina memberhentikan motornya disebelah motor kedua lelaki itu. Dina turun dari motor dan membantu Nana melepaskan topi keledar.Dina dan Nana pergi ke kedua lelaki itu yang bertepuk tangan. Dina yakin keduanya melihat apa yang dibuat Dina tadi.

Sejujurnya, Dina juga merasa dirinya gila. Dia boleh berhenti tapi ia memecut dengan cepat dan hampir membahayakan diri sendiri. Sudah gila sepertinya..

MATCHED LOVE [REST]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang