✧・゚: ✧・゚: SPECIAL CHAPTER :・゚✧:・゚✧

Start from the beginning
                                    

"Hubby lah yang cakap." Kamelia sudah tersipu malu.

"Sebenarnya Kamelia pregnant anak kedua. Lepas Suraya bersalin, giliran Kamelia pula. Kandungan wife Emir dah masuk lapan minggu." Jelas Emir ringkas.

"Alhamdulillah syukur ya Allah. Umi happy sangat tengok anak-anak umi punya keluarga besar dah sekarang. Cucu umi pun ramai sokmo." Julia menghampiri Elaine disofa. Bergenang air matanya menahan sebak.

'Andai walid ada saat ini, pasti keluarga kita lebih meriah. Jue rindu kan abang. Semoga Allah tempatkan abang di kalangan orang-orang yang beriman.' Bisik hati kecil Julia

"So apa nama anak Lia?" Tanya Emir Dzihan.

"Nama ni Ayden yang pilih sebab ni geng dia. Abang sebut kan lah." Dia mencuit lengan sasa suaminya.

"Nama putri kami adalah Aileen Delisha yang bermaksud cahaya terang, gembira dan membuat orang lain gembira. Cantikan nama baby girl kami." Ciuman ringkas itu sempat mendarat di dahi Aileen.

Mereka semua tersenyum mendengar nama si kecil yang begitu cantik dan baik maksudnya. Meriah lah rumah Julia selepas ini.

"Ting!! Ting!!!" Darius mengetuk gelas dengan sudu.

"Kau kenapa ikut sangat budaya barat tu mat." Tegur Ayden dengan nada sinis.

"Aku pun ada pengumuman juga selain bini aku nak bersalin, aku ada lagi satu berita tergempar dan terhangat di pasaran."

Masing-masing memasang telinga.

"Aku akan menetap di Malaysia buat selamanya. No more America lagi. Mahai woi kos dekat sana dengan aku dah bekeluarga ni." Ucap Darius Farhan.

"Wah serius lah abang Darius? Finally our family together balik. Abang~~~ Nak peyukk." Dalam keterujaan mendengar kepulangan Darius ke Malaysia sempat juga dua ketul nak bermanja dengan encik suami.

"Aku ingat dia nak peluk aku. Ceh Lia, gedik tak bertempat betul." Perli Darius.

"Dah tu kau dekat sini nak duduk mana?" Soal Emir pelik.

"Errr. Aku tumpang rumah kau mat? Boleh?" Sengaja mengusik Ayden yang sibuk melayan kerenah Areez memasang lego.

"Full house bro. Kau dah kenapa nak duduk rumah aku pula. Tak de! Nanti kerja kau makan je. Mentang-mentang badan tak naik-naik kerja kau melantak habis beras rumah aku. Dah la sekarang beras mahal. Elaine ajar aku, sekarang anak je makan nasi. Umi babah kena makan salad. Kan sayang." Ayden kenyit mata sambil senyuman nakal terukir di bibir. Elaine hanya angguk perlahan. Dia pun tidak kurang hebat suka menyakat Darius.

"Larat sangat lah si Lia tu nak makan salad. Adik nak jadi kambing ke?" Soal Emir sinis. Laju jari Elaine mendarat di lengan abang sulungnya.

"Auch.. Haha.."

"Kami dah beli rumah dah umi. Rumah yang dekat dengan Elaine dan rumah umi juga. Senang budak-budak ni kalau rindu tok umi dengan umi babah dia boleh la singgah kan, ushuk." Jelas Suraya. Darius disisi mengukir senyuman melihat Suraya sudah mula selesa dengan keluarganya.

 Darius disisi mengukir senyuman melihat Suraya sudah mula selesa dengan keluarganya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MY AYDEN DARHWISH [C]Where stories live. Discover now