𝟛𝟞 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼

2.1K 130 33
                                    

Jejaka itu terduduk di bahu jalan. Hatinya begitu terluka apabila dia tidak berjaya menangi hati si budak petir itu.

Sampai hati kau buat aku begini, Elaine Dahlia! Aku tahu semua salah aku tetapi tak layak kah aku untuk mendapat peluang kedua?

"Kalau aku cakap kau tak ada otak, kau marah tak?" Sapa sahabatnya.

"Qal, aku... Aku mengaku sebenarnya aku suka dia dalam diam tapi perlu ke dia kahwin dengan mamat Turkey tu? Entah potong entah tidak tu." Balas nya sinis.

"Woi!! Mulut jaga sikit. Tempat awam ni Ayden." Ryqal menjotos kepala Ayden berkali-kali.

"Betul apa aku cakap. Kalau dia tak mahu kahwin dengan aku sekali pun, maafkan salah silap aku pada dia. Kau tahu tak hidup aku tak tenang, setiap kali aku nampak dia hati aku sakit sangat. Aku menyesal atas perbuatan aku terhadap dia dulu." Rintih Ayden.

"Aku tahu kau menyesal dengan perbuatan kau tapi apa yang menyebabkan hati kau tiba-tiba boleh terima dia?" Soalan cepumas dari Ryqal.

"Entah. Aku sendiri tak tahu. Apa yang pasti bila Hazran buat begini pada dia, aku dapat rasakan yang Dahlia begitu kecewa dengan keputusan dan penjelasan Hazran. Mungkin kifarah untuk aku sebab sebelum ni aku pernah buat dia macam tu." Jelas Ayden.

"Lagi satu masa kau nak serang tadi, kau baca tak banner depan rumah Dahlia?" Ryqal tanya nada serius.

"Apa kaitannya. Sekarang ni dia dah sah jadi isteri orang. Aku yang kempunan." Jawab nya begitu kesal.

Ryqal manarik kolar baju Ayden menghampiri banner di hadapan rumah Elaine. Terpampang nama Emir Dzihan dan Kamelia Amani. Majlis perkahwinan abang Elaine bukannya majlis gadis petir itu.

DUSH!!!!

"Sakit la setan! Kau apa hal tumbuk muka aku?" Nadanya naik seoktaf sehingga kedengaran hingga ke dalam.

Elaine meluru keluar melihat apa yang berlaku. Laju kepala nya di geleng. Terkejut melihat wajah Ayden sudah membengkak akibat di tumbuk oleh Ryqal Fahim.

"Pakcik Oyen ni kenapa pula? Tuan Ryqal siapa pukul dia ni?" Kekuranya cuba menyentuh dahi Ayden.

"Aku."

"Tapi kenapa?"

"Tanya dia masa datang tadi dia bawa otak dia sekali tak? Sejak dua tiga hari ni, dia dengan otak dia tak sehaluan." Sindir Ryqal Fahim.

"Asal kau tak cakap ni majlis abang kau. Ish! Buat malu aku je tadi!" Dia mendengus kasar sambil memeluk tubuh tanda protes.

"Saya kan malas nak berdebat dengan pakcik Oyen. Lebih baik pakcik Oyen balik atau duduk diam-diam di luar." Arah Elaine.

"Anak kecil main guli, deh tanggaci sampai hati tipu baby." Ayden kenapa lain macam sangat ni.

"Main guli asyik kalah mati, eh pakcik Oyen tolong sedar diri!" Elaine pergi meninggalkan mereka berdua di luar.

"Main guli asyik kalah mati, eh pakcik Oyen tolong sedar diri!" Elaine pergi meninggalkan mereka berdua di luar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MY AYDEN DARHWISH [C]Where stories live. Discover now