𝟙𝟠 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼

2.5K 169 19
                                    

TING TONG!

TING TONG!

"Assalamualaikum. Ayden!!! Open the door please!" Suara siapa lagi kalau dah serupa pontianak.

Mak Munah berlari anak membuka pintu utama banglo itu. Ternyata tekaan orang di dalam rumah itu tepat sekali, si sotong kurita lah orangnya. Muncul secara tiba-tiba, pelik eh! Aik! Macam mana Adlene boleh ada bersama Emma Kay?

"Abang!!!! Kak Yaya!!!!" Adlene terus berlari dan memeluk abangnya sekali gus menarik Elaine kedalam pelukannya. Jejak kasih pun bermula.

Elaine tergamam dek perbuatan Adlene ketika itu. Apa yang terjadi? Bagaimana Adlene boleh pulang ke rumah bersama Emma Kay? Dia memandang tepat ke arah Ayden yang membalas pelukan itu.

"Wina, kau pergi mana? Macam mana boleh balik sini dengan Emma?" Tanya Ayden dengan begitu lembut sekali. Satu sisi yang Elaine tidak pernah lihat dalam diri Ayden.

"We'll talk about this later." Bisik Adlene dan pandangannya beralih ke arah Elaine.

Tidak lama kemudian, pelukan itu dileraikan. Elaine mula rasa tidak selesa, dia sempat menjeling ke arah Emma yang sudah mula menggeletis seperti ulat bulu. Dia tidak betah melihat Ayden membalas pelukan Elaine dan Adlene.

"Emma macam mana kau boleh jumpa adik aku?" Tanya Ayden.

"Err.. I jumpa dia tepi jalan dengan berikat tangan semua." Ujar nya.

"Kak Yaya, dia... Dia tipu. Si sotong ni yang rancang penculikan palsu ni. Lepas tu dia acah-acah selamat kan Wina." Bisik Adlene.

Elaine seakan mengerti penjelasan Adlene. Dia akan laporkan tentang penculikan palsu ini pada pihak polis.

"Look Haz, aku nak balik. Abang dan umi aku pasti risau sebab aku tak balik malam semalam."

"Balik lah. Tiada siapa yang halang." Halau Ayden.

"Pakcik Oyen listen, saya kan tak kisah tau kalau pakcik Oyen nak benci saya sampai kiamat ke sampai abang jamil mampus sekali pun. Asal pakcik Oyen tahu ye, kata-kata pakcik tu akan makan diri pakcik satu hari nanti..."

"Masa tu jangan sibuk kejar saya tau. Saya tak suka orang dah ludah jilat balik. Melain kan hati saya ni Allah bolak balikkan. Ah lantak lah..."

"Yang penting hidup kau sedih!!! Dah lah sendu dapat awek kurita." Panjang Elaine membebel. Ternganga Ayden di buatnya.

Emma yang tercegat di depan pintu tersenyum kemenangan. Akhirnya dia dapat singkirkan perampas teman lelakinya.

Ayden malas mahu berbalah dengan gadis itu. Namun apa yang dinyatakan itu benar belaka. Walaupun dia tidak menyukai Elaine tetapi realitinya kehidupan seharian seorang Ayden sangat menyedihkan.

Adlene dan Hazran sudah tersengih sambil melihat kedua-duanya tidak mahu mengalah. Seorang egois dan seorang lagi memetir je kerja nya. Kalau di satukan ini risau meletop je rumah mereka.

"Abang Ayden, jangan la cakap macam tu dekat kak Yaya. Kesian dia dah la semalam dia tolong adik. Sampai hati abang buat macam tu pada dia. Hmm" Balas Adlene.

Chop!

"Kak Yaya!!! Tangan tu luka ke? Allahu, Haz kita bawa dia pergi klinik jom." Ajak Adlene.

"ELAINE!!!! Tunggu!!" Jerit Hazran. Dia terlihat lengan kiri gadis itu cedera akibat di tolak kasar oleh penyangak semalam.

"Kau nak apa kain aler!!!! Blah lah. Aku nak balik!!" Bantah Elaine. Dia sudah penat dengan makian dan cacian yang dilemparkan oleh Ayden.

MY AYDEN DARHWISH [C]Where stories live. Discover now