𝟚𝟝 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼

2.5K 147 23
                                    

Mereka berdua terkedu apabila mendengar nama itu yang keluar di bibir Haura.

EMMA KAY???

"Emma ada dekat tapak perkhemahan kita. Dia ceritakan semuanya pada aku."

"Apa hubungan kau dengan Hazran?" Tanya Haura dengan nada serius.

"Dia cakap apa pada you, Haura?" Belum sempat Elaine menjawab, Hazran memotong perbualan itu.

"Dia cakap you suka Elaine dan berjanji untuk merahsiakan hubungan you daripada I sebab you tak nak I kecewa."

"Look!!! Emma? Makcik sotong tu?" Elaine seperti hilang kata-kata tercengang dibuatkan.

Kenapa makcik itu ada dalam topik hari ini?

"Motif dia reka cerita seperti itu? Aku kenal dia pun tak waktu itu Haura!" Emosi Elaine sudah mula tidak stabil.

"Dia benci kan kau! Kau pernah ganggu Ayden 8 tahun lalu sewaktu kita baru sahaja habis SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dan kerana itu lah dia muncul untuk selamat kan aku daripada terluka seperti dia. Sampai hati kau orang rahsiakan hubungan kau orang berdua daripada aku?" Berat sungguh tuduhan yang dilemparkan itu Haura Medina.

"Aku ganggu pakcik tua tu? Kau biar betul?" Dadanya berombak ganas.

"Kau explain sampai habis sehingga kau boleh muncul semula hari ini! Aku bagi kau peluang untuk jelaskan semua nya Haura Medina." Tegas Elaine sambil menggengam buku lima.

"Macam ni Lia, apa yang Emma sampai kan pada aku adalah kau berdua ada hubungan sulit yang Hazran rahsiakan pada aku semata-mata tak nak aku kecewa. Emma sendiri nama dengan mata dia yang kau berdua kemana-mana bersama tanpa aku. Jadi dia tak mahu aku terus di tipu dengan Hazran dan Emma nak bantu aku balas dendam pada kau juga sebab sudah hancurkan hubungan dia dan Ayden." Jelas Haura satu per satu.

"Dendam eh? Hebat si sotong kurita tu." Keningnya terangkat mendengar penjelasan Haura.

"Kau tak boleh salah kan dia, Lia.." Tentang Haura.

"Apahal? Kau ni kawan dengan aku atau dia? Hebat kau Haura Medina anak Tuan Ehsan. Hebat permainan kau. Sekarang aku rasa aku sudah tahu keseluruhan cerita kau. Let's me explain. Kau boleh mencelah jika keterangan aku salah." Elaine tidak menyabar untuk melepaskan apa yang terbuku.

"Elaine Dahlia calm down!!" Halang Hazran.

"Kau termakan kata-kata Emma bila dia kata kami punya hubungan sulit tanpa pengetahuan kau. Betul?" Haura mengangguk.

"Dan kau percaya sungguh kata perempuan sotong itu daripada kawan kau sendiri?" Dia angguk lagi.

"Bila kau termakan kata-kata dia dan kau terus percaya tanpa usul periksa sedangkan aku, ya aku ni kawan kau sejak kecil lagi. Kau memilih untuk percaya dia daripada aku. Betul?" Suara nya naik seoktaf. Haura mengangguk perlahan.

"Tanpa kau sedar kebodohan kau telah buat si sotong bertepuk tangan kemenangan dan di menawarkan pada kau untuk membalas dendam pada kawan baik kau sendiri. Maka kau pun turut sama mengkhianati persahabatan yang kita jaga puluh tahun bersama. Hanya kerana dendam bodoh dia pada aku mengganggu si tua dan dia mereka cerita tentang kami." Haura menundukkan kepalanya. Air matanya di tahan.

"Wah!!! Unbelieveable Haura Medina. Jadi sekarang kenapa kau muncul depan aku? Lupakah kau yang aku ni bukan kawan kau? Lupakah kau yang kau harus lunaskan dendam kau pada kau? Jawab Haura!!!! Kenapa diam??" Tengking Elaine.

MY AYDEN DARHWISH [C]Where stories live. Discover now