𝟘𝟡 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼

3.5K 198 26
                                    

Mereka masih meraikan kejayaan pembentangan pagi itu tiba-tiba Abby memanggil Elaine dan membawanya ke bilik Ayden. Itu semua atas arahan Ayden Darhwish.

"K.. Kak Abby, kenapa Tuan Ayden panggil saya?" Soal Elaine. Abby mengangkat bahu seperti tidak tahu dan tidak ambil tahu.

Tok!

Tok!

"Masuk!!!!"

'Ish garang nya. Patut la tak kahwin lagi pakcik bos ni. Muka tu masam mencuka sahaja. Cuba la senyum sikit pun jadi lah. Buat ghaso-ghaso.' bisik hati nya saat melangkah masuk ke bilik itu.

"Tu.. Tuan ada apa panggil saya?" Soal Elaine.

"Kau tak jawab soalan aku tadi!"

"Lah pakcik Oyen masih tak puas hati lagi dengan saya ke?"

Diam.

"Oyen??? Are you serious Elaine Dahlia?" Kening sebelah kirinya terangkat sedikit.

"Ha'ah Oyen? Ayden Oyen kan sama. Atau pakcik hot lebih selesa saya panggil oden? Which one do you prefer?" Dia main pilih-pilih pula budak ni.

"Tapi kan Pakcik Oyen pandai juga kan main teka teki tu. Hebat! Nak main teka teki lagi tak?" Tanpa dia sedar, Elaine terlihat senyuman kecil di hujung bibir Ayden. Ewah budak ni tak cukup lagi ke nak kenakan aku?

"Aku ada soalan untuk kau. Bom apa yang tak boleh meletop?" Soal Ayden.

"Bom atom?"

"Salah!"

"Hah saya tahu jawapannya bontot!" Elaine tersneyum lebarbegitu yakin dengan jawapannya.

"Dahlia guna otak bukan guna lutut sayang." Ayden melangkah setapak ke hadapan menghampiri gadis itu.

Elaine berubah wajah. Kaku dia di hadapan Ayden.

"Jawapannya bomba ngek. Itu pun tak tahu. Bagi teka teki pandai. Jawab tak pandai." Bisik Ayden ditelinga Elaine.

Berbalik kepada soalannya tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Berbalik kepada soalannya tadi. Dia pelik dengan perempuan mana tidaknya emosi mereka sentiasa berubah-ubah. Jadi dia beranikan diri untuk bertanya.

"K... Kenapa pagi tadi kau nampak murung tetapi selepas present wajah kau berubah ceria? Kenapa macam tu? Kau ada penyakit ke?" Soal Ayden. Entah apa yang membuatkan hati nya bersungguh-sungguh ingin tahu.

"Oh itu biasa pakcik Oyen. Saya nervous! Dulu kalau saya ada acara penting yang memerlukan saya untuk bercakap di hadapan khalayak ramai, saya akan pegang tangan abang saya tak pun walid. Itu je cara saya untuk bertenang tetapi di sini mana mungkin saya bawa mereka bersama. Jadi saya harus tenang kan dirinya dengan berdiam." Jelasnya panjang lebar.

MY AYDEN DARHWISH [C]Where stories live. Discover now