✧・゚: ✧・゚: SPECIAL CHAPTER :・゚✧:・゚✧

2.1K 106 65
                                    

Bulan Ramadhan menjelma kini, suasananya begitu indah bila bersama yang tersayang. Teringat sewaktu zaman kanak-kanak ketika menyambut bulan ramadhan bulan yang barakah ini, mereka berdua sering berlumba-lumba untuk memenuhkan puasa mereka kerana walid akan berikan duit raya yang banyak kepada sesiapa yang berpuasa penuh selama tiga puluh hari.

Minggu pertama mereka berpuasa di rumah Julia bersama Darius dan Emir sekeluarga. Walaupun Areez baru mencecah umur dua tahun, dia dan Ayden tetap menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa kepada si kecil untuk mendidiknya menahan lapar seharian sehingga tiba waktu berbuka puasa. Hebat bukan? Kalau tidak umi babah terliur lah tengok Areez makan aiskrim.

"Abang cuti kan hari ni?" Ayden hanya angguk tidak beriak.

"Abang, hari ni ada majlis berbuka puasa dekat resort. Abang join tak?" Tanya Elaine.

"Sayang nak abang datang ke?"

"Terpulang."

"Tell me the truth baby! Nak abang datang tak?"

DIAM.

"Tak nak tak apa lah. Biar Lia bawa Areez sekali ke pejabat pagi ni, dekat sana nanti ramai boleh jaga si kecil tu. Come hero umi. Kita naik atas mandi. Bau ushuk anak umi ni." Elaine meninggalkan suaminya terpinga-pinga di bawah. Perlahan-lahan dia mengorak langkah ke tingkat atas.

'Aku salah cakap ke?'

Bila Ayden masuk ke bilik tiba-tiba tubuh Elaine terbaring di atas katil.

"Aik! Sayang tak kerja ke hari ni? Kenapa tak siap lagi?"

"Tak masuk ofis la hari ni. Tak sedap badan. Iftar pun tengok la macam tak nak pergi, kepala pun pusing je ni." Elaine terus berbaring di atas katil lalu menarik comforter menutupi seluruh tubuhnya.

"Sayang demam ke? Baby babah okay tak?" Di usap berkali-kali pada perut Elaine yang semakin memboyot. Elaine membiarkan sahaja tindakan suaminya.

Sentuhan Ayden membuatkan bayi didalam kandungannya menendang berkali-kali.

"Uish! Anak babah kuatnya tendang tu. Umi awak ni ada teringin apa-apa ke sayang babah?" Soalnya lagi.

Buk!!!

Sekali lagi bayi itu menendang perut Elaine. Ayden sudah tersenyum. Kali ini tidak lain tidak bukan isteri kesayangannya pasti sedang merajuk. Pandai eh merajuk bawa geng.

"Areez duduk dengan umi kejap. Babah nak turun bawah." Si kecil itu tidak menurut arahan babahnya malah dia mengekori langkah Ayden sehingga ke tingkat bawah.

Ayden hanya tersenyum, kaki drama sama macam umi awak kan. Nak spy la tu nanti report dekat umi.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MY AYDEN DARHWISH [C]Where stories live. Discover now