Jenuh juga, ambil masa dua jam untuk mereka mendapatkan kembali wang pampasan yang dicuri oleh pemilik kelab itu. Dahinya direhatkan dibahu Felis. Ah, tolonglah jangan begini. Dah naik gila abang dibuatnya.

"Bagi Lis masa untuk bertenang. Abang pergi ke depan dulu" suaranya masih dingin, tetapi cuba dikawal. Raja Luth pula hanya membisu. Susah mahu memujuk si Felis. Memang marah sungguh kali ini gamaknya. Kena minta tolong daddy! Bab pujuk perempuan daddy memang diketahui jaguh dalam hal ini. Jangan sampai Felis mengubah fikiran pula! Naya tak jadi berkahwin!

"Janji dengan abang, Lis jangan buat keputusan melulu. Lis akan balik pada abang. Dan Lis akan berkahwin dengan abang."

Berkerut dahi Felis dibuatnya. Dah sampai kesitu Raja Luth berfikir?

"Dah kenapa abang fikir sampai kesitu? Lis cuma minta masa nak bertenang. Bukan nak batalkan perkahwinan" melihat wajah Raja Luth yang menarik nafas lega sedikit sebanyak mencuit hatinya. Senyumnya disimpan baik, tak mahu Raja Luth mengambil mudah terhadapnya. Tautan tangan mereka terlepas pelan, lalu tubuh tinggi Raja Luth mula mendekati pintu dengan cara mengundur.

"Jangan lama lama. Nanti abang rindu—"

BUK!

Segerombolan manusia jatuh ke lantai ketika Raja Luth membuka pintu bilik.

"Aduh, jangan tindih aku lah musibat!"

"Bangun Tif! Luka jahit dia baru nak sembuh! Penat aku jahit cantik cantik!" Raja Heidi menarik kolar baju Tengku Tifani Hudson agar bangun dari terus menindih Raja Ulayya.

"Mana Niel?!" Mata mereka bertumpu pada Raja Hawwas Niel yang dipijak Raja Ulayya. Hampir terpenyek lelaki itu dibuatnya.

"Niel, sorry! Aku tak sengaja!" Segera lengan Niel ditarik oleh Raja Ulayya. Disapu debu yang melekap di belakang lelaki yang muda lima tahun daripadanya itu akibat dipijak tadi.

"Sakit lah kak Ayya! Aku dah kata jangan tolak tolak!" Marah Raja Niel dengan kerutan didahi.

Raja Ukael, Haf Nuhail dan Jaylen Lateef cuma menggelengkan kepalanya. Nampaknya Raja Niel dah sama kepoci dengan geng wanita. Untung saja tiada Jasmeen dan Raja Laith. Kurang sedikit sakit kepala mereka.

"Apa kau orang buat ni?"

Gulp

Masing masing terdiam ketika suara garau Raja Luth menerjah gegendang telinga. Raja Ulayya, Raja Hawwas Niel, Raja Heidi dan Tengku Tifani berpandangan sesama sendiri. Dikerling pula wajah kosong Raja Luth. Ah, masak nak menjawab!

"Tif yang ajak skodeng!"

"Aik? Tif pula? Kak Ayya yang ajak!"

"Tipu tipu tipu! " Raja Ulayya menutup telinganya, tidak mahu mendengar balasan Tengku Tifani.

"Enough, butterfly. Luth nak memujuk Felis pun tak senang. Come here" Haf menepuk sofa kosong disebelahnya.

"Hehe, jantung hati Ayya dah panggil—aduh!" Kepalanya digosok ketika Raja Luth meluku kepalanya. Tidak terlalu kuat.

"Haf, tengok abang Luth pukul kita" Raja Ulayya mendekati Haf sambil menggosok kepalanya yang tidak sakit. Sengaja berdrama.

"Macam sial" Raja Ukael menjeling. Elok, dia tambah satu lagi pukulan di kepala adik kembarnya itu. Kemain menggeletis kalau dengan Haf.

"Orang single buat cara single" selar Raja Ulayya, sebelum tangan Raja Ukael naik mahu mencepuk kepala Raja Ulayya. Tetapi segera ditahan oleh Haf.

"Not really fast, Kael. Selagi aku masih bernyawa jangan kata nak ditampar, jentik saja aku tak izinkan" senyum Haf sambil melepaskan tangan Raja Ukael yang sudah memasamkan muka. Kau terselamat kerana Haf, Ayya! Kau tunggu bila dah sampai rumah!

[C] Stella : The Glory of Black MariaWhere stories live. Discover now