Beg sandang yang berada dibahu dilepaskan lalu disandarkan pada kerusi. Matanya liar melihat-lihat sekeliling. Tiada sesiapa. Cepat-cepat dia meletakkan beg galasnya diatas kerusi milik Danish lalu ditolakkan kedalam supaya tertutup.

Tanpa melihat kebelakang lagi, Qayla lantas berlari keluar dari kelasnya menuju kantin. Biarlah dia bersembunyi disana sehingga suasana sudah agak ramai. Barulah dia berani untuk pulang kesana.

Waktu-waktu begini biasanya makcik kantin sudah buka. Akan tetapi sekadar menjual roti Gardenia lebihan semalam sahaja. Itupun jika masih ada.

RAMBUT tebal yang telah diletakkan minyak rambut dikemaskan lagi. Diramas lembut rambutnya selagi tidak berpuas hati.

Langkahnya terhenti apabila dia melihat lampu kelasnya terbuka. Habislah! Qayla datang dahulu sebelum dia. Dia tidak mahu bersemuka dengan gadis itu. Tidak! Habislah jika Arissa tahu.

"Aduh! Macam mana ni? Sekarang manalah Arissa datang lagi."

"Masuk ajelah.. buat-buat tak nampak.. huh!" menyambung langkahnya memasuki kelas.

Baru saja kakinya melangkah bingkai pintu itu, matanya mencari-cari kelibat Qayla dikerusi milik gadis itu. Tetapi tiada sesiapa pun didalam kelasnya.

Berdiri bulu romanya. Jadi, siapa pula yang membuka lampu kelasnya ini. Cepat-cepat dia menarik kerusinya kebelakang untuk meletakkan begnya sebelum langsung beredar keluar.

Alangkah terkejutnya Danish apabila dia menjumpai sebuah beg galas diatas kerusinya. Setahu dia, kelasnya tidak digunakan oleh pelajar kelas petang. Jadi ini milik siapa?

Danish membuka zip beg itu lalu melihat apakah isi didalamnya. Terlihat sebuah kotak berwarna coklat yang mempunyai kandungan yang agak berat.

Tulisan 'Happy Birthday ' ditulis dengan besar.

"Siapa punya kerja ni?" mulutnya mengoyakkan senyuman lebar. Wajah Arissa terbayang-bayang difikirannya. Pasti Arissa yang menghadiahkannya. Hari ini adalah hari ulangtahunnya.

Setahunya dia tidak sempat memberitahu gadis itu lagi. Bagaimana Arissa bisa mengetahuinya?

Ah! Pasti ini kejutan..

Kotak berwarna coklat itu ditarik keluar perlahan-lahan. Kemudian diletakkan diatas meja. Berdebar-debar hatinya ingin membuka dan melihat hadiah apa yang diberikan padanya. Pasti menarik!

Hoodie berwarna coklat tua dilipat kemas. Tiada langsung sebarang kedutan. Selain itu, ada juga topi berjenama JD berwarna hitam diletakkan bersebelahan hoodie itu.

Ini pasti adalah topi original ! Sukanya!

"Wah! Cantiknya topi ni.. mesti mahal dia beli kan.."

Dengan teruja Danish membelek-belek baju itu. Tidak diduga ada sepucuk surat keluar dari baju itu. Kertas itu diambil lalu dibuka.

' Selamat Hari Lahir Danish! Semoga diberikan kesihatan yang baik dan juga dilancarkan perjalanan seharian. Terimalah hadiah saya yang tidak seberapa ni. Harap awak suka :) '

Ikhlas dari,
Q.

Terbeliak mata Danish selepas dia membaca nama yang tertulis di penghujung surat itu.

Q? Qayla? Hadiah ini daripada Qayla? Danish mendengus kuat.

"Apa semua ni.. mana dia?" Danish menoleh kiri dan kanan. Dimanakah gadis itu bersembunyi? Dia benar-benar mahu berjumpanya.

JAM menunjukkan 6.48 pagi. Barulah Qayla berani pulang ke kelasnya. Dia tahu, semestinya Danish sedang berada di kelas Arissa sekarang ini. Beberapa rakan sekelasnya juga sudah ada yang hadir.

Pintu belakang kelasnya dijadikan tempat bersembunyi. Perlahan-lahan dia menjengah kan kepalanya dari pintu itu.

Meja Danish kosong. Bagus!

"Huh.. nasib baik dia tak ada.." Qayla menghembus nafas lega.

"Apa yang tak ada?" ujar lelaki yang suaranya benar-benar garau.

Tersandar Qayla ke pintu kerana terkejut. Dia hanya menundukkan kepalanya lalu menutup wajahnya dengan tangan. Buat-buat saja tidak nampak!

Lelaki yang berbadan tegap dan bahkan tinggi itu kini ada dihadapannya.

"Cari siapa? Tak baik mengintai-intai orang.." kata lelaki itu.

"T..tak! Saya tak cari sesiapa! Saja jalan-jalan dekat sini.." menyanyah.

"Betul ke? Bukan mengintai cari saya?" balas lelaki itu lagi. Dari awal lagi dia geli hati melihat gadis dihadapannya itu sudah cemas.

"Hah? Awak ni.." tangan yang menutupi mukanya dibuka perlahan-lahan. Kemudian mata kanannya lambat-lambat dibuka.

"Danish!" lantas kedua mata Qayla celik. Ini bukan bernasib baik!

Lelaki dihadapannya gelak besar melihat wajah Qayla yang terperanjat gara-garanya. Itu sudah cukup membuat hatinya tercuit sedikit.

"Lain kali jangan menghendap orang. Kan dah kena balasannya.." ujar Danish sambil jari telunjuknya diarahkan pada Qayla.

"Macam mana awak tahu saya dekat sini?" soal Qayla. Anak matanya dielakkan dari memandang mata lelaki dihadapannya itu.

"Aa... saya pun tak tahu. Cuma ikut gerak hati.." tangannya menggaru-garu leher walaupun tidak gatal. Apa yang dia mahu dikatakan. Kepalanya mendongak. Kesal dengan alasan cliche yang dia jawab. Tetapi alasan apa lagi?

"Cari saya?" soal Qayla lagi. Sengaja ingin memerangkap Danish untuk mengaku hal yang sebenarnya.

You're Mine?Where stories live. Discover now