𝟞𝟟 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼 (𝔽𝕀ℕ𝔸𝕃)

Start from the beginning
                                    

'Orang nak makanan je pun bukan minta yang bukan-bukan.' Elaine bermonolog sendirian tanpa dia sedar Emir sudah terpacak di pintu biliknya.

"Memang minta makanan tapi awak minta tu si Sajat yang duduk dekat Australia kan? Adik agak-agak lah. Kesian Ayden tu tau." Tutur Emir. Pusing kepalanya melihat tingkah laku adiknya ketika mengandung. Elaine hanya angguk mengiyakan soalan Emir itu.

"Allahu! Sajat tu not available adik. Sudah jangan cakap macam ni, balik nanti minta maaf dengan Ayden. Apa yang dia bagi tu adik makan je."

"Mesti tak sama dengan Sajat punya. Hmmm.." Mencebik wajahnya bila di tegur seperti itu oleh abang sulung nya.

"You know your husband very well cutiepie. Jangan merendah-rendahkan suami adik. He can do anything because he loves you little girl." Pesan Emir dan berlalu pergi ke ruangannya.

Elaine tersentak mendengar pesanan daripadanya abangnya. Ada betulnya juga, itu memang tidak dapat di nafikan Ayden sangat mencintainya sehingga sanggup melakukan apa sahaja asal dia gembira.

 Ada betulnya juga, itu memang tidak dapat di nafikan Ayden sangat mencintainya sehingga sanggup melakukan apa sahaja asal dia gembira

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sayang!"

Elaine yang sedang baring menghadap balkoni bilik itu terus memejamkan matanya saat dia merasakan ruang di sebelah seperti di henyak oleh seseorang. Mereka berdua tidak bercakap sejak Ayden pulang ke pejabatnya tanpa sepatah kata pun. Ayden melabuhkan punggungnya di sebelah isterinya menatap wajah Elaine yang pura-pura tidur itu. Nafasnya di hela sambil tangannya mengusap lembut tangan Elaine.

"Sayang abang, jangan bohong boleh? Abang tahu awak tak tidur pun." Ujarnya lembut.

Elaine masih menutup matanya.

"Kata nak makan lepat pisang. Jom kita makan sekali. Penat abang buat untuk sayang." Pujuk Ayden.

Kornea matanya terbuka meluas.

"Abang dapat dari Sajat ke?" Soalnya.

"Turun dan rasa dulu. Lepas makan kalau sayang tetap nak yang Sajat punya abang akan usahakan untuk jumpa dia." Pujuknya lagi.

Kuih lepat pisang sudah tersedia di atas meja makan. Matanya sudah meliar melihat kuih tradisional. Liurnya di telah berkali-kali, Ayden tersenyum kecil melihat isterinya sudah menelan air liur berkali-kali. Elaine melabuhkan punggung nya di kerusi yang sudah tersedia untuknya duduk di sebelah Ayden.

"Jemput makan sayang." Tutur Ayden sambil menolak sepiring lepat pisang pada Elaine.

Elaine menyuap sedikit demi sedikit ke dalam mulutnya. Kemanisan lepat pisang itu terasa pisangnya serta tepung dan bahan-bahan seakan cukup lengkap. Tidak ada yang kurang, suaminya sungguh hebat bila berada di dapur. Mana nak dapat suami yang hebat memasak seperti Ayden ni? Ada dekat shoppee tak?

"Sedap? Makan la lagi?" Tegur Ayden ketika Elaine menyuap suapan terakhir di dalam mulutnya.

"Abang buat semua ni ke? Anak umi pun suka lepat pisang juga ya?" Areez di sebelah kanannya angguk laju. Ayden hanya tersenyum memandang Elaine.

MY AYDEN DARHWISH [C]Where stories live. Discover now