Qayla sedar atas kesalahannya. Entah mengapa badannya melakukan refleksi secara tiba-tiba. Tidak fasal-fasal pula dia tidak sengaja menepis bekalan yang telah disiapkan oleh Nek Mah tadi.

Semestinya Nek Mah kecil hati. Qayla lebih mengenali neneknya, jika mahu dipujuk bukan main susah lagi.

Semakin besar langkah Qayla menuju ke jalan besar yang berhampiran dengan rumahnya lalu menunggu pula van sekolahnya tiba.

Mujur ia tidak mengambil masa yang lama. Van sekolahnya kebetulan sampai setelah saja Qayla tiba disana.

MATAHARI sudah mula menampakkan wajah. Qayla hadir sedikit lewat dari kebiasaannya.

Kaki kanan Qayla didahulukan merentasi bingkai pintu lalu diiringi kaki kirinya untuk masuk ke kelas.

Suasana kelasnya sepi. Lampu sudah terbuka tetapi tiada sesiapa pun yang ada didalamnya kecuali beg Danish sudah berada ditempat nya. Orangnya tiada.

Qayla tidak henti berfikir.

Setelah kejadian itu, dari awal pagi lagi Danish akan keluar dari kelas dan merayap-rayap sekeliling sekolah. Jika tidak pun, pasti lelaki itu pergi ke tingkat atas untuk menjenguk kekasih hatinya itu.

Qayla melabuhkan duduk di kerusinya lalu melemparkan pandangan jauh keluar tingkap.

Hatinya sedikit tenang melihat pembentukan awan yang begitu indah di pagi hari. Awan yang bercampur warna ungu kebiruan.

Terlalu indah sehingga sukar untuk dijelaskan satu persatu. Itulah salah satu kepuasan ketika dia hadir ke sekolah awal setiap hari.

KRINGG!!

BUNYI loceng rehat berbunyi. Yaya laju meluru ke meja Qayla. Perutnya sudah berkeroncong. Tidak tenang dia mahu belajar tadi.

"Qayla.. cepatlah nanti makanan habis!!" ujar Yaya sambil menepuk-nepuk perutnya yang sudah berbunyi beberapa kali.

"Ishh.. sabarlah. Kantin tu tak lari ke mana pun.." terkedek-kedek Qayla menyusun semula alat tulisnya ditepi buku. Tidak bermaya.

MEJA batu berdekatan perpustakaan itu ditujunya. Masing-masing lekas duduk lalu menjamah makanan yang mereka beli.

Sedang Qayla menyedut airnya, satu soalan ditanyakan oleh Yaya. Langsung kacau fikiran Qayla mahu menjawabnya.

"Kenapa aku rasa macam kau berubah.." soal Yaya. Matanya melihat cara pemakaian Qayla atas dan bawah.

"Berubah?" kening lebat Qayla terangkat.

"Iya.. tengoklah. Tiba-tiba pula kau suka lipat lengan baju kau tu. Dulu kau tak macam ni pun.." balas Yaya lagi.

Qayla melihat-lihat kondisi lengan bajunya. Lipatan masih dalam keadaan rapi. Kesemuanya dalam keadaan baik-baik saja. Bukankah ini yang dinamakan sebagai mengikut trend?

"Kenapa? Aku tengok ramai lagi buat macam ni. Okey aje.." mulut muncung Qayla keluar sedepa.

"Pandailah kau! Aku tau kau nak bersaing dengan Arissa kan? Jangan nak memperdayakan aku lah.." dahinya berkerut seribu. Baran pula mendengarkan jawapan yang keluar dari mulut sahabatnya itu.

Qayla terdiam. Dia meletakkan semula bekas minuman diatas meja.

"Semua boleh berubah, Yaya.." pandangannya ketanah.

"Itu aje alasan kau? Kau fikir dengan kau buat macam ni, Danish akan tiba-tiba sukakan kau lah begitu? Tak, Qayla.." suaranya meninggi

"Mana tau?" kening sebelahnya ternaik spontan.

Yaya tepuk dahi lalu langsung kekal menunduk. Kemudian dia memandang sahabatnya semula.

"Tapi kau tak perlu berubah macam ni, Qayla.." ujar Yaya.

Qayla mengeluh. Matanya dipejamkan. Senyuman lebar diberikan.

Perasaan Qayla langsung tidak dapat digambarkan. Sememang sakit apabila melihat seseorang yang disukai telah bersama dengan orang lain.

Tetapi Qayla seolah-olah tidak dapat melepaskan. Berimaginasi seperti hatinya mampu menahan segala apa yang sedang dia lalui sekarang.

"Yaya.." panggil Qayla lembut. Yaya langsung mengangkat kepala.

"Kalau seseorang yang kau sayang pergi tanpa penjelasan utuh. Apa kau rasa?"

"Aku.. kejar?" teragak-agak Yaya menjawab.

Seperti inspirasi kepada Qayla.

"Faham.." balas Qayla pendek.

Suasana menjadi sepi.

"Jangan kata ini tentang mamat tu! Kenapalah, dia ni suka sangat dekat mamat tu!" terdetik dalam hati Yaya.

Melihat air muka Qayla yang kian berubah. Dia tidak tahu mahu memujuk atau memarahi sahabatnya itu.

Bagaimana caranya dia mahu menasihati jikalau Qayla sudah hanyut dalam fatamorgana Danish yang bertopengkan manusia hanya pada awal-awal mereka berkenalan.

Qayla, yang sudah retak menanti seorang lelaki yang telah dimiliki gadis lain namun masih dia pertahankan. Nampak seperti Qayla tetap berjuang tetapi dia tidak sedar, itu adalah seni untuk menyakiti hatinya sendiri.

You're Mine?Where stories live. Discover now