Sessantanove [69]

Start from the beginning
                                    

"Hello Daren. Kau ingat suara aku? Sayang kau ada dengan aku sekarang ni. Tengah nyenyak tidur"kata suara dari dalam talian.

"Mana kau bawa isteri aku!!"marah Daren lalu menukar perbualan itu kepada pembesar suara agar Alang juga dapat mendengarnya.

"Ke mana aku bawa isteri kau tu tak penting. Sebelum tu aku nak tanyalah dekat kau. Apa kau rasa kalau aku crekk bini kau"suara hilaian tawa itu membuatkan Daren makin bengang.

"KAU JANGAN SENTUH ISTERI AKULAH TAK GUNA!!!".

"Uish! Relax bro. Aku tak akan sentuh isteri kau, kalau kau datang jumpa aku dan selesaikan apa yang patut di selesaikan 10 tahun dulu. Nanti aku akan kirimkan lokasi dekat kau dan aku tunggu kau dekat sana. Ingat, anak dan isteri kau jadi taruhan". Talian terus dimatikan.

Daren menggenggam telefon bimbitnya kemas. Rasa amarahnya membuak-buak. Raut wajah alang turut kelihatan cemas.

"Daren, aku rasa kau kena selesaikan juga dan bawa adik dan Dyan balik"ujar Alang cemas.

"Alang, kau tunggu dekat rumah dan call yang lain"ujar Daren. Lantas dia mengatur langkah keluar. Akan tetapi langkahnya terhenti di muka pintu.

"Alang, kau tolong jagakan Dyan dan Vy kalau apa-apa terjadi dekat aku"pinta Daren. Terus dia menghilang di sebalik pintu rumah.




Di pejabat perisikan, pasukan Turbo dibawah pimpinan Daren mula mempersiapkan diri untuk bertempur. Segala perancangan telah di atur. Daren mengemaskan sarung tangannya. Wujud dirinya didalam pantulan cermin di pandang.

Inilah masanya. Pertempuran terakhirnya sebelum dia meninggalkan dunia perisikan. Sampul surat putih di dalam lokernya di tenung. Nafas di tarik dalam lalu di hembus panjang. Pintu loker di tutup.

"Daren, kau dah sedia?"soal Azrai yang turut sama turun padang.

Kain penutup mulut dan hidung di tarik ke atas menutupi separuh bahagian wajahnya. Kepalanya di angguk tanda sedia. Pandangan matanya turut berubah. Kaki di atur keluar di ikuti Azrai dari belakang.

Pasukan Turbo berkumpul bagi mendengar taklimat sebelum memulakan misi. Setelah itu Daren memimpin bacaan doa bagi yang muslim sebelum mereka bergerak.

"Masanya telah tiba"ujar Daren.

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

Kepala aku bagaikan berpusing. Rasa berdenyut masih lagi tersisa. Aku cuba untuk membuka kelopak mata aku walaupun masih lagi terasa berat. Pandangan aku kelihatan samar. Mata aku pejam rapat dan aku buka kembali bagi membaiki penglihatan mata aku.

Aku terkejut apabila melihat kawasan sekeliling. Sepertinya aku berada di sebuah rumah yang mewah. Anak mata aku tertumpu pada kerusi yang diduduki oleh seseorang. Perlahan-lahan aku mengesot. Akan tetapi, ada sesuatu yang menghalang pergerakan aku. Pandangan aku jatuh pada bahagian kaki. Terbuntang mata aku melihat kaki aku dirantai. Kaki aku tarik untuk melepaskan diri. Tetapi malangnya ianya hanya membuang tenaga sahaja.

Bunyi rantai yang terhasil menarik perhatian orang itu. Drastik di memusingkan kerusi dan memandang aku.

"Oh! Dah bangun rupanya"tegur orang itu.

Kepala aku angkat memandang wajah orang itu. Terus terkesima aku melihatnya. Tidak aku sangka, orang yang selama ini aku sangkakan baik, rupanya ada kejahatan disebalik topeng.

"Putra! Kenapa?"sahut ku.

"HAHAHAHAHA.. nampaknya kau memang naif. Aku hanya menjadikan kau sebagai umpan untuk aku hapuskan Avyren"tutur Putra menyilangkan kakinya.

"Avyren? Maksud kau Daren?". Putra mengangguk dengan angkuh.

"Tapi kenapa?".

"Sebab dialah hidup aku musnah. Dialah agent terbaik yang menjadi permintaan ramai. Aku? Di buang macam sampah! Tapi hari ni, aku nak tengok. Siapa yang terbaik"jelas Putra.

"Dyan. Anak saya mana?".

"Jangan risau, anak kau selamat dengan aku. Aku tak akan apa-apa kan anak kau. Hari ini juga, aku nak kau tengok suami kau mati depan mata kau"putra meletuskan tawanya dan terus bangkit meninggalkan aku sendirian di situ.

Aku menunduk menekur lantai menahan rasa sebak di dada. Rantai di kaki aku tarik sekuat hati. Tapi usaha aku hanya sia-sia. Tanpa ku duga, air mata aku jatuh membasahi pipi. Rantai di kaki aku rentap disertai teriakan kecewa.

"Argh!!". Tubuh aku terbaring di lantai di temani air mata.




Bersambung...

Avyren [✔️]Where stories live. Discover now