Cinquantatre [53]

284 22 4
                                    

Hari ini merupakan hari pertama aku bekerja sebagai kerani di syarikat Legasi Kayangan. Tudung aku kemaskan dihadapan cermin. Seraya itu, fikiran aku teringat akan perkara yang berlaku 3 hari yang lalu.

Along melihat aku asyik menghadap komputer sejak tadi. Lepas sahaja makan malam, aku terus menghadap komputer. Aku akan terus berusaha untuk mencari kerja dengan pencapaian yang aku ada saat ini.

"Adik, buat apa? Dari tadi lagi along tengok"tegur along.

"Adik tengah cari kerja"jawab ku.

"Buat apa?".

"Adik tak nak alang dan papa tanggung adik dengan Dyan sampai bila-bila"jawab ku lagi.

"Habis tu, adik apply kerja ni, dapat tak?"tanya along melabuhkan duduk disamping aku.

Bibir ku ketap dengan gelengan kepala. Along melihat aku begitu berasa sedikit simpati. Dia mula teringat akan sesuatu.

"Oh ya! Dekat syarikat ada kerja kosong. Itupun kalau adik nak"ujar along.

"Kerja apa?"tanya ku penuh semangat.

"Kerja kerani jelah. Adik nak ke?".

"Nak! Nak!"jawab ku.

"Okay. Esok datang office untuk interview lepas tu minggu depan start kerja".

"Kena interview juga ke?" Tanya ku.

"Mestilah. Itu salah satu syarat untuk mendapatkan kerja"kata along.

"Takpe. Asalkan adik dapat kerja. Thank you along"aku memeluk along erat tanda terima kasih. Along membalas pelukan aku. Tanganya mengelus kepala aku perlahan.

Baju kurung terletak elok dibadan aku kemaskan. Lama betul aku tidak mengenakan baju kurung. Aku merenung susuk tubuh aku didalam pantulan cermin. Badan ni tak berubah sedikit pun walaupun aku dah ada anak.

Aku menoleh ke arah Dyan yang duduk di atas katil bermain dengan mainannya. Kaki ku hayun mendapatkan Dyan.

"Dyan, are you ready to go to school?"tanya ku.

"Yes!" Sahut Dyan penuh semangat.

"Okay. Come. Nanti lambat".

Aku mengangkat Dyan turun dari katil dan memimpinnya keluar dari bilik. Anak tangga ku pijak satu persatu mengikuti langkah Dyan yang kecil saat menuruni tangga.

Sebelum ke pejabat, aku akan menghantar Dyan ke taska terlebih dahulu. Lambaian aku lempar ke arah Dyan yang dipimpin oleh gurunya masuk ke dalam kelas. Setelah itu, aku terus bergerak ke pejabat untuk memulakan hari pertama aku bekerja di Legasi Kayangan.




Kaki melangkah keluar dari perut kereta sambil terpegun melihat kemegahan bangunan Legasi Kayangan. Beg tangan aku sangkut ke bahu dan kunci kereta aku tekan. Satu persatu langkah ku atur menuju ke bangunan Legasi Kayangan.

Masuk sahaja di dalam bangunan, terdapat dua orang wanita dan seorang lelaki yang bertugas di meja hadapan. Aku menapak ke arah lif kerana pejabat aku bekerja berada di tingkat 2. Sementara menunggu pintu lif terbuka, ada juga pekerja disitu menegur aku dengan ramah. Teguran itu juga aku sambut dengan baik.

Sebaik sahaja pintu lif terbuka, badan aku lolos masuk ke dalam lif dan butang bertulis angka dua aku tekan. Pintu lif terus tertutup dan bergerak naik ke atas.

Berhentinya lif ditingkat dua, aku terus melangkah keluar. Pejabat bos aku tuju bagi melapor diri di hari pertama kerja. Bukan bos besar ya, bos kecil.

Seusai itu, aku dibawa bertemu dengan pekerja yang berada di bahagian itu. Masing-masing menyambut aku dengan ramah kecuali satu orang iaitu Kak Juita. Dia sepertinya tidak begitu menyukai aku dari segi reaksi yang dia pamerkan kepada aku. Kebanyakkan pekerja di Legasi Kayangan tidak begitu mengenali siapa aku. Oleh kerana aku ni tidak terlalu menonjolkan diri sebagai anak Tuan Erjaz.

"Okay, Vy. Ini tempat awak, nanti saya akan ajar macam mana nak handle tugas awak and so on lah. Kalau ada apa-apa boleh inform me. Meja saya dekat sana je"kata Kak Yani dengan senyum ramah.

"Baik kak"jawab ku. Kak yani pun berlalu ke mejanya meninggalkan aku disitu.

Belakang badan aku sandar pada kepala kerusi. Untuk menampakkan aku ini tidak hanya duduk goyang kaki, aku mengambil keputusan untuk mengemas meja kerja aku yang sedikit berhabuk dan tidak kemas. Maklumlah, sudah hampir tiga bulan tiada pekerja baru disitu. Segala tugas kerani tentunya diserahkan kepada Kak Yani. Bila aku dah masuk kerja, ringanlah sikit kerja Kak Yani tu.

Sedang aku mengemas, telefon bimbit aku berdering. Telefon bimbit aku keluarkan dari beg tangan. Tertera nama along di skrin telefon. Lantas aku menjawabnya.

"Hello.."sahut ku melabuhkan duduk diatas kerusi.

"Assalamualaikum adik. Macam mana first day kerja. Okay?"soal along di hujung talian.

"Okay, tapi Kak Yani tak bagi kerja lagi. Ni tengah kemas-kemas meja sikit. Along dah masuk office ke?"soal ku.

"Belum, along ada dekat luar lagi. Sekejap lagi along ada meeting dekat LK. Lepas meeting adik teman along lunch. Boleh?".

"Boleh tu boleh. Tapi dekat office ni tak ramai orang tahu yang adik ni siapa. Nanti dia orang cakap adik ni scandle along pula"aku teragak-agak mahu menerima pelawaan along.

"Siapa yang berani mengata adik along. Biar along jumpa dengan dia".

"Eh! Tak ada long. Emm.. okay-okay tapi along bagitahu adik, nak makan dekat mana. Nanti adik jumpa along dekat sana"aku menerima pelawaan itu. Apa boleh buat. Kalau menolak nanti kecil hati pula along aku tu. Dah empat orang anak pun masih perangai macam budak-budak.

"That my princess. Okay. See you soon". Panggilan di matikan. Aku menghela nafas berat.

Tiba-tiba seseorang datang menghempas lembaran kertas di atas meja aku dengan penuh lagak sambil bercekak pinggang. Aku mengangkat kepala aku memandangnya.

"Ya kak Juita. Ada apa ya?"tanya ku lembut.

"Bukan main kau ya. Baru masuk kerja dan main telefon"herdiknya. Kening aku berkerut.

"Tapi tadi saya-".

"Tadi apa? Kau jangan ingat aku tak nampak kau tengah bergayut tadi"pantas Kak Juita memotong percakapan aku. Aku tidak mahu membalas hanya mampu diam dan menerima segala tomahannya.

"Aku nak kau pergi fotostat minit ni, buat lima salinan. Sekejap lagi bos ada meeting dengan CEO"arah Kak Juita dan terus menapak pergi.

Aku sekadar menarik senyum tipis. Kertas yang diberinya tadi aku ambil lalu aku menapak ke tempat dimana letaknya mesin fotostat. Adalah juga beberapa orang pekerja yang melihat akan kejadian tadi. Tapi mereka hanya mampu menyuruh aku untuk bersabar. Biasalah, budak baru memang akan selalu kena buli.

Usai itu, aku kembali ke meja untuk menyusun kembali minit itu satu persatu menjadi lima lembaran. Setelah selesai, aku mendatangi meja Kak Juita dan menyerahkannya kembali.

"Nah kak, dah siap"ujar ku.

"Okay. Letak dekat situ"kata Kak Juita berlagak. Sempat juga aku mengerling komputernya. Rupanya dia tengah bermain facebook. Kaki aku hayun pergi ke meja aku. Biarlah dia nak buat apa pun. Bukan urusan aku. Kalau tertangkap SodakaAllahul'azim lah.



Bersambung...

Avyren [✔️]Where stories live. Discover now