Sessantaquattro [64]

276 18 0
                                    

Malam sudah semakin larut Daren dan Uda masih lagi berborak di ruang tamu entah apa yang mereka borakkan pun tak tahulah. Elisya sudah awal-awal lagi masuk ke bilik bagi menidurkan Mina. Dan sampai sekarang dia masih tidak keluar bilik. Mungkin dengan dia sekali tertidur agaknya.

Aku mengelap tangan aku pada kain kecil setelah selesai mencuci pinggan mangkuk. Langkah ku atur ke ruang tamu bagi memeriksa Dyan yang berada bersama Daren. Langkah aku terhenti apabila melihat Dyan sudah pun tertidur di pangkuan Daren.

"Emm.. abang, boleh tolong angkatkan Dyan masuk bilik tak? Kesian pula dia tidur macam tu"pintu ku pada Daren.

"Okay"jawab Daren ringkas. Dia lantas mengcempung Dyan lalu di bawa ke bilik. Setelah itu, Daren kembali keluar dari bilik dan aku terus menapak masuk.

"Bro, aku balik dululah. Dah lewat ni"ujar Daren.

"Tidur sini je lah..."kata Uda selamba. Daren sudah tergaru kepala mendengarnya.

"Kau dah kenapa?"sahut Uda melihat wajah Daren berkerut seribu.

"Hah?! Tak ada apalah... weh! Aku rasa tak boleh lah nak tidur sini. Esok aku ada kerja"tempelak Daren.

"Heh! Kerja kau, kerja aku juga tau. Jangan nak mengada. Aku ni merangkap abang ipar kau, kau kena dengar cakap aku. Malam ni kau tidur sini"kata uda.

"Aduh...tsk!"Daren berdecit.

"Ha.. aku tahu kenapa kau tak nak tidur sini. Kau kekok kan nak tidur sebilik dengan adik aku"usik Uda menjungkit kedua belah keningnya dengan senyum.

"Hah! Mengarut"nafi Daren.

"Okay, kalau macam tu. Asilah masuk ke bilik ya encik Daren Emeir".

Kepala Daren menoleh ke arah pintu bilik yang sedikit terbuka dengan pandangan kosong. Liurnya di telan kesat. Dengan helaan nafas berat, dia perlahan-lahan menapak ke arah pintu bilik aku.

Langkahnya terhenti seketika di hadapan pintu. Dia menoleh ke arah uda yang tersenyum sambil berpeluk tubuh masih memerhati Daren untuk masuk. Tangan Daren terangak-agak mahu menolak pintu. Tiba-tiba pintu di kuak dari dalam memeranjatkan Daren.

"Em.. abang buat apa dekat sini?"soal ku kepada Daren yang berdiri tegak di hadapan pintu.

"Ammm..". Aku menyengetkan kepala aku melihat ke arah belakang Daren. Terlihat Uda masih lagi berdiri berpeluk tubuh memandang ke arah kami.

"Em.. abang masuk lah. Vy nak pergi toilet dulu". Aku menapak melepasi Daren menuju ke bilik air yang berada berhadapan dengan bilik aku.

Daren melangkah masuk ke dalam bilik. Anak matanya memandang tajam ke arah Uda sekilas.




Daun pintu bilik aku buka perlahan, takut pula kalau Dyan terjaga. Kaki menapak masuk ke dalam bilik yang sudah gelap gulita. Biasan cahaya lampu tidur disisi katil membenarkan aku untuk melihat ke arah katil.

Punggung aku labuhkan. Selimut aku tarik menyelimuti Dyan dan juga Daren yang berada di seberang. Badan aku rebahkan memandang siling. Aku cuba untuk melelapkan mata tetapi tidak berjaya. Atau mungkin sebab Daren turut ada disitu membuatkan aku tak dapat melelapkan mata.

"Sayang, kenapa tak tidur lagi?"soal Daren sedikit berbisik.

"Tak boleh nak lelap"jawab ku memandang ke arahnya.

Perbicaraan kami terjeda tanpa topik. Otak aku ligat memikirkan apa yang perlu ditanya agar keadaan kami tidak begitu canggung.

"Abang, can i ask you something?"soal ku memecah sunyi.

Avyren [✔️]Where stories live. Discover now