Dieci [10]

630 52 26
                                    

"Uish! Buku baru bhai.."sapa satu suara bertopi dan bertopeng mulut merampas buku yang dibaca Daren. Daren mengeluh berat. Dia memandang orang itu kosong.

"Eh! Kau ni.. buku tu awek dia bagilah. Kau sesedap rasa je rampas"kata Tarkiq menyumbat keropok ke dalam mulut.

"Serious ar Daren. Awek? Sejak bila hati kau tercatat nama awek ni?". Orang itu melabuhkan duduk disalah satu kerusi. Penutup mulut dilurutkan ke bawah

"Dia bukan awek aku. Orang bagi, aku ambillah"Daren merampas kembali buku dari tangan orang itu.

"Woah!! Daren ada peminat la.. tergugatlah aku kalau kau lagi hot dari aku"kata Orang itu.

Daren hanya diam. Malas dia mahu menjawab persoalan dari kawan otak tiga suku ya itu. Lebih baik dia menghabiskan masa dengan membaca. Dapat juga pengetahuan.

"Siapa awek tu?"Tanya orang itu lagi teruja ingin tahu siapalah yang sudah terpikat dengan kawannya yang nerd lagikan ulat buku itu.

"Adik kau"jawab Daren mendatar.

Terus senyum orang itu mati. Dapat dilihat riak wajah terkesima dilaman wajah orang itu. Daren mengerling seteru dengan ekor mata. Bibirnya menjungkit senyum.

"Azrai, kau asal?"Tarkiq menepuk bahu kawannya itu.

"Seriouslah adik aku bagi buku dekat kau?"tanya Azrai inginkan kepastian.

"Iya.. dia bagi dekat aku. Kenapa?"Daren menutup buku lalu memandang Azrai yang berkerut memikirkan sesuatu.

"Setahu aku, adik aku tak pandang orang nerd macam kau. Itu yang buat aku pelik. Kau ada jampi dia ke?"tutur Azrai selamba.

Pap!

Buku di hempuk di kepala Azrai. Azrai mengaduh sakit. Tangannya naik ke kepala menggosok.

"Asal kau pukul aku?"tanya Azrai.

"Memang patut kau kena pukul. Kau ingat aku ni tak tahu hukum hakam sampai nak jampi-jampi orang ni"bidas Daren.

"Hehehehe.. sorry. Peace. Damai man"Azrai menayang sebaris gigi dengan dua jari diangkat ke udara.

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

Di sebuah pelabuhan tersembunyi kelihatan sebuah kapal sedang berlabuh. Dua kereta hitam berhenti di pelabuhan. Keluar dua figura berjas kelabu dan biru dari perut kereta itu bersama beberapa bodyguard.

Mereka menapak mendekati kontena yang baru di angkut keluar dari kapal. Seorang lelaki bertatoo dilengan dan belakang leher menghampiri.

"So, seperti yang sudah dijanjikan. Barang sudah sampai. Duit aku mana?". Lelaki bertatoo itu memulakan bicara.

Dua orang lelaki berjas kelabu dan biru memetik jari memberi isyarat kepada pengawal peribadi mereka. Dua orang pengawal membuka pintu kereta dan mengeluarkan briefcase yang berisi duit puluhan ribu.

"Sebelum aku bagi duit dekat kau, aku nak tengok barang dulu"lelaki berjas kelabu menutur diksi.

"Sure. Dipersilakan"lelaki bertatoo membuka pintu kontena. Didalam kontena itu penuh dengan senjata api, dadah dan barang yang melanggar undang-undang keselamatan negara.

"Good job. Tak sia-sia aku berurusan dengan kau". Kata lelaki berjas kelabu.

"Where my girl?"tanya lelaki berjas biru.

Avyren [✔️]Where stories live. Discover now