Quattro [4]

715 55 17
                                    

"Hai"aku tersenyum mengangkat kening. Daren mendongak memandang aku dengan wajah kosong. Terus dia melarikan matanya kembali kepada buku.

Aku merengus geram. Tanpa dipelawa, aku melabuhkan duduk ku disebelah Daren. Dagu aku tongkat sambil memandang Daren disisi.

"Hai, I nak kenal dengan you boleh?"tanya ku.

Terus terbelahak Tarkiq dihadapan. Segera dia mengcapai air lalu diminumnya. Daren mengerling Tarkiq sekilas. Dia tidak memperdulikan soalan aku dan kembali membaca.

"You, I tanya ni! Nama you apa?!"tanya ku sedikit memberontak.

Daren mengangkat lanyardnya lalu menunjukkan kad pelajarnya ke arah aku. Aku mendekatkan sedikit wajah aku dengan kad itu.

"Oh.. Daren. Erm..I nak you jadi boyfriend I"tutur ku selamba. Drastik Daren berpaling ke arah aku. Tarkiq yang sedang meneguk air tersedak sehingga menyebabkan air yang diminumnya tersembur melalui rongga hidung. Lekas dia memegang hidungnya yang terasa perit.

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

Aku merebahkan badan aku diatas meja . Wajah aku tak usah cakaplah monyok je lepas balik dari cafeteria tadi. Mahu tak monyok bila pujaan hati tak respond. Ish! Geram!

"Kau merepek apa ni?"tanya Daren dingin.

"I nak you jadi boyfriend I. Apa yang merepeknya?"soal ku.

"Sorry ar aku tak berminat"balas Daren. Tangannya menutup buku lantas berdiri. Kakinya dihayun pergi dari situ meninggalkan sisa makanannya. Terkopoh-kopoh Tarkiq mengikuti Daren dari belakang.

"Vy, you ni kenapa? Monyok je ni?"tanya Elisha.

"Ighh!!!!". Secara drastik aku menegakkan badan aku. Kedua tangan aku kepal berserta hentakan kaki. Terperanjat Elisha dan Kaira dengan teriakan ku.

"Hang ni pasai pa? Gila ka? Hish! Longgaq jantung aku"Kaira menggosok dadanya yang berdegup laju.

"I geram lah dengan Mr. nerd tu. Boleh dia cakap dia tak berminat. I ni tak cukup cantik ke untuk dia? Ihh!!"dada ku berombak naik turun menahan rasa geram.

"Kan I dah cakap. Buang masa je you kejar dia. Baik you layan je lelaki yang nak dekat you. Ada benefit juga"Elisha memujuk. Aku merengus menopang dagu.

Sekarang ni aku perlu fikirkan cara macam mana aku nak ambil hati si Mr. Nerd tu. Aku tak kisah walau apa jua cara sekali pun. Yang penting Daren jadi milik aku.

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

"Weh! Beraninya budak tu dekat dengan kau. Siap ajak kau jadi boyfriend dia lagi"tutur Tarkiq memusingkan kerusi lalu duduk menghadap meja Daren.

"Entah. Lepas aku cakap aku tak berminat tu, aku harap dia tak adalah ganggu aku lagi". Jawab Daren dengan matanya menghadap buku.

"Tapi.. aku rasa budak macam dia tu, tak kenal erti putus asa tau".

"Biarlah dia. Asal dia tak ganggu kehidupan aku sudah"jawab Daren mendatar.

"Bosan lah aku cakap dengan kau ni. Tak ada ekspresi langsung"keluh Tarkiq.

"Dari kau borak kosong dengan aku macam ni, baik kau siapkan assignment kau yang bertimbun tu"kata Daren mengangkat pandangannya.

Avyren [✔️]Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora