Sessantacinque [65]

272 16 0
                                    

Tersisa lagi 3 hari sebelum aku meninggalkan bumi German. Hari ini aku dan Elisya berpeluang pergi melawat ke tempat yang menarik di German dengan di pandu oleh Izzat dan seorang lagi rakan setugasnya. Dah macam ada bodyguard pula. Daren tidak dapat bersama dengan aku kerana dia mempunyai tugas luar yang harus di lakukan. Jenuh juga dia memujuk Dyan. Mujurlah Dyan seorang anak yang bijak dan cepat memahami akan sesuatu situasi.

"Okay.. ini namanya The Castle Garden atau di kenali sebagai 'Burggarten' "tutur Izzat selaku pemandu pelancong yang tidak berbayar.

"Burggarten ni dibina di tapak istana yang musnah dalam gempa bumi pada 1356, taman-taman ni juga memberikan kita pemandangan indah Old Town dan Double Bridge yang terkenal jauh di Lembah Tauber"jelas izzat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Burggarten ni dibina di tapak istana yang musnah dalam gempa bumi pada 1356, taman-taman ni juga memberikan kita pemandangan indah Old Town dan Double Bridge yang terkenal jauh di Lembah Tauber"jelas izzat.

"Katil bunga geometri ni, dibentangkan pada abad ke-17 dan ke-18, termasuk lapan arca yang mewakili empat musim dan empat elemen. Monumen nota lain adalah satu yang didedikasikan kepada Mayor Toppler abad ke-14 dan tuan-tuhan istana lama, dinasti Hohenstaufen yang sangat dominan" jelas Izzat. Aku dan Elisya mendengar dengan penuh tekun. Dyan sekadar mengangguk sedangkan dia tidak mengerti satu pun yang dikatakan oleh Izzat.

Aku dan Elisya tidak melepaskan peluang untuk bergambar. Izzat dan rakannya itulah yang menjadi jurugambar tidak berbayar kami. Kalau bukan mereka, siapa lagi yang nak tolong ambilkan gambar.

Dari kejauhan, ada sepasang mata yang memerhati pergerakan aku dan Elisya tanpa kami sedari.

"Also, ist das Ihre Frau? (So, is this your wife)"soal gadis disebelahnya.

Dia tidak menjawab hanya anggukkan yang diberi tanda jawapan. Gadis itu bersandar pada tiang sambil berpeluk tubuh. Lagak wajahnya jelas kelihatan angkuh.

"Sie sieht so unschuldig aus. Huh! schwach. (She look so innocent. Huh! Weak)"kata gadis itu lagi dalam nada suara yang angkuh.

Dang! Dia menghentakkan tangannya pada tiang di mana gadis itu berdiri. Anak matanya tajam menikam anak mata gadis itu.

"Wagen Sie es nicht, so über meine Frau zu reden! (Don't you dare to talk about my wife like that!)"marahnya mendekatkan wajahnya dengan gadis itu dengan pandangan membunuh. Lantas dia menapak pergi dari situ.

Gadis itu masih lagi kaku di situ. Tanpa di duga, wajah gadis itu memerah. Kedua tangannya di bawa ke pipi lalu di tepuknya. Dia mengorak langkah mengikuti jejak lelaki itu.

Aku menoleh ke belakang apabila merasakan seperti di perhati. Dyan mendongak memandang aku. Hairannya apabila aku tiba-tiba sahaja menoleh ke belakang tetapi tiada sesiapa pun di sana.

"Mummy, mummy tengok apa?"soal Dyan. Perhatian aku alih pada Dyan.

"Tak ada apa. Jom"kata ku dengan senyum.




Langkah Daren di atur laju masuk ke ruangan perisik yang disediakan oleh Thomas untuknya. Tolakkan pintu yang kuat memeranjatkan Natalia yang mengekorinya dari belakang. Dia mengeluarkan telefon bimbit milik nya dari poket seluar lalu mendail nombor seseorang.

"Hello, aku nak kau hack telefon setan tu!"arah nya.

"Asal weh?"soal suara dari dalam talian.

"Aku suruh kau buat tu kau buat je lah!. Dia nak lawan api dengan aku"amuk Daren.

"Okay"jawab suara itu ringkas. Langsung panggilan di matikan. Daren memandang ke luar tingkap dengan telefon yang di genggam kemas.

"Kau nak mati dengan aku Putra. Macam mana kau boleh tahu Vy ada dekat sini. Kau memang nak mampus!"Daren memandang skrin telefonnya yang tertera gambar aku sedang bergelak tawa dengan Elisya. Gambar itu juga dikirim menggunakan nombor milik Putra.

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

"E17 in position"kata Daren melalui alat komunikasi.

"N24 report, subject enter".

"Okay, keep looking"kata ketua misi.

Daren memerhati beberapa orang lelaki bersenjada menolak masuk kotak berisi senjata dan arak ke dalam kapal kargo. Ralit dia memerhati, dia ternampak akan susuk seorang lelaki berkut hitam labuh berkaca mata hitam sedang berbual dengan pengurus barangan kargo itu.

Mata Daren terbuntang sebaik sahaja lelaki itu menanggalkan kaca mata hitamnya. Terus dia menyembunyikan dirinya di balik dinding. Raut wajahnya sedikit cuak. Kepalanya di keluarkan sedikit bagi mengendap lelaki itu tanpa di kesan. Akan tetapi, bayangan lelaki itu sudah pun menghilang.

"E17 here, back to the unit"kata Daren terus dia berlalu pergi dari situ. Kotak fikirannya bercampur aduk memikirkan soal lelaki yang baru dilihatnya.



Daren memandang ke luar tingkap. Wajahnya tegang menunggu ketibaan pasukannya yang lain. Kedengaran pintu di kuak mengalihkan perhatiannya.

"Asal ni?"soal Izzat

"He's here"katanya dingin.

"Who?"tanya Azrai yang turut berada disitu.

"Rex. I saw him. He with them"tutur Daren. Memandangkan pasukannya ada yang terdiri dari orang luar negara. Terpaksalah dia berbicara dalam bahasa english.

"Who is Rex"tanya salah seorang ahli yang berasal dari German.

"He is our ex-squad. He was kicked out for breaking orders and causing the mission to leak. He is very dangerous. He knows all kinds of ambush plans we use."jelas Daren.

"I think, we need to change our plan"cadang Azrai.

"That why i call you guys to be here. Sir, we have to be careful with Rex"pesan Daren kepada ketua pasukan.

Ketua pasukannya memegang dagu memikirkan cara untuk menumpaskan Rex dan atasannya. Wajah masing-masing berubah tegang. Musuh yang bakal mereka hadapi kali ini bukanlah calang-calang orang. Jika tersilap langkah pasti akan terkubur.

"Azrai, i want you to check his background. Who are the people he works with and find out where they are. We cant miss any single information about him. No matter what, he needs to be eradicated"tegas ketua pasukan.

"Sir! Yes sir!".



Bersambung...

Sorry bab ni pendek sikit. Tak dapat idea untuk panjangkan. Sebab author nak tamatkan cerita ni secepat yang boleh. So, author perlu cut off beberapa scene supaya cerita ni tak menjadi terlampau panjang. Okay. Have a good day.

Avyren [✔️]Where stories live. Discover now