𝟞𝟜 | 𝔸𝕐𝔻𝔼𝕃𝔸𝕀ℕ𝔼

Start from the beginning
                                    

Ayden membawa anak dan isterinya bersiar-siar di Taman Botanikal Putrajaya. Pelbagai aktiviti di anjurkan di sana dan sangat sesuai untuk seisi keluarga beriadah bersama.

"Areez Daiyan, be careful!" Tegur Ayden pada anak kecil yang sedang berlari seperti taman itu dia yang punya. Sejak boleh berjalan bukan main lasak lagi dia ke hulur ke hilir.

"Sayang, banyak sangat makanan yang sayang bawa ni..." Ayden sudah berbunyi bila melihat isterinya memegang dua buah beg IKEA yang berwarna biru di tangan kiri dan kanan.

"Adik nak pindah rumah ke?" Tegur Emir sambil mendukung Eshal Damaris.

"Tak payah nak mengata orang eh abang Emir, tu tengok isteri awak pun lebih kurang adik je." Perli Elaine dan terus dia berjalan di hadapan suaminya.

Emir dan Ayden saling berpandangan melihat isteri masing-masing. Lantas Ayden terus menahan isterinya supaya barang-barang berat itu berganti tangan dengannya. Tidak sampai hati membiarkan Elaine membawa semua barang-barang berat itu.

"Bunny, biar abang bawa semua. Kesian sayang cukcam little bunny abang ni bawa barang berat-berat ni." Sesi memujuk isteri sudah mulai mujur Elaine berlembut hati.

Aktiviti hujung minggu bersama ahli keluarga adalah aktiviti yang paling efektif untuk kekalkan hubungan rumah tangga bahagia bersama orang yang tersayang.

"Cukcam, trust me semua makanan tu akan habis nanti. Abang tengok la anak lampir kak Iyan tu je kuat makan belum lagi abang kembar dan daddy dia." Omel Elaine saat berjalan seiringan dengan suaminya.

"Ya sayang tapi ni macam kita nak berkhemah satu malam je gaya nya. But it's okay abang tak marah sayang pun. Chill okay baby." Pujuknya lagi. Elaine tersenyum dan terus merangkul lengan sasa suaminya.

Senyuman terukir di bibir Elaine.

"Betul abang tak marah? Hmm... Muka tu berkerut semacam je?" Usik Elaine.

Langkah nya terhenti redup matanya memandang ke arah isterinya.

"I wouldn't mad on you baby. My love and my everything." Ciuman ringkas sempat hinggap di pipi Elaine. Auch malu kita depan orang ni hubby.

"Cukcam, I could never imagine how my life is going to be without you. Only you cukcam! Only your patient can be negotiate with all my drama. He he he.." Elaine tersengih seperti kerang busuk.

"Memang pun! Banyak sangat drama you ni adik!" Sergah Darius. Pecah tawa Ayden dan yang lain mendengar Darius mencelah. Tak tengok cermin ke Darius oii.

Mereka terus ke tapak riadah, Harraz sedang menunggu mereka di sana bersama makanan portluck.  Adeena dan Aryan sudah tidak sabar lagi untuk bermain bersama Eshal dan Areez.

"Aeeyz!!!!! Ikut kakak Deena jom..." Teriak Adeena.

"Areez lah adik. Daddy, Aryan penat la betul kan pelat adik ni." Rungut Arif Aryan.

"Sudah, biarkan adik tu nanti kita ajar dia nak sebut dengan betul. Pergi main dulu dengan adik-adik tu." Pujuk Harraz.

Memandangkan majlis pernikahan Adlene Darwina dan Ryqal akan berlangsung tidak lama lagi jadi Ayden memilih hari ini untuk bersama seluruh ahli keluarganya di taman itu dan pada sebelah malam mereka akan menginap di resort milik Elaine di Port Dickson sempena restoran Harriz yang akan di lancarkan pada keesokkan harinya. Harraz terpaksa pulang bagi menghadiri majlis pembukaan kafe Harriz di resort Elaine Dahlia.

MY AYDEN DARHWISH [C]Where stories live. Discover now