Qayla menoleh kearah lain. Dielakkan anak matanya bertembung dengan lelaki itu.

"Kalau iya pun, kenapa?" tutur Danish lagi.

Gadis itu masih berdiam tidak menjawab.

Danish tidak menghiraukan Qayla jika dia tidak mahu mendengarnya atau tidak. Dia tidak peduli. Dia tahu Qayla sedang marah padanya. Ya, itulah risiko atas perkara yang dia lakukan semalam.

"Awak jealous?"

Nafas panjang ditarik lalu Danish hembuskan perlahan.

Berat ingin dia katakan.

"Awak suka saya ke, Qayla?" soal Danish.

Dup! Bagai dihempap batu, dada Qayla sendat. Matanya membulat. Dia memandang lelaki itu tidak berkedip.

"Danish dengar perbualan aku dengan Yaya semalam? Habislah aku!!" Qayla bersenandika didalam hati.

"S..siapa yang beritahu awak? M..macam mana awak tahu?" Qayla mengundurkan diri kebelakang perlahan-lahan. Langkah demi langkah.

"Dari siapa awak tak perlu tahu. Jadi memang awak suka saya? Sejak bila?" soal Danish lagi. Melihat Qayla seperti mahu melarikan diri, dia juga maju selangkah demi selangkah kehadapan.

Gadis itu membisu. Beberapa detik kemudian barulah dia berterus-terang. Tiada cara lain lagi!

"Ya! Dari tingkatan 2, Danish. Saya pendam perasaan saya pada awak. Bila saya pertama kali dapat mesej awak. Saya gembira sangat sebab awak kenal saya. Dan akhirnya kita makin rapat walaupun saya yang terus-menerus kena buli dengan Arissa. Tapi saya tetap nak rapat dengan awak. Tapi tengoklah awak sekarang.." Qayla meluahkan segala isi hatinya pada lelaki itu. Mungkin sudah tiba masanya jika dibilang ini adalah pengakhiran.

"Kenapa dengan saya?" Danish perlahan-lahan semakin maju kehadapan.

PAP!

Belakang badan Qayla menghentak pada dinding. Kemana dia tidak mampu melangkah kebelakang lagi dari lelaki itu.

Lantas Qayla menjawab lagi..

"Awak menghilang, awak abaikan saya, dan awak tipu saya.."

Qayla telan liur menyambung kata dalam hati semata. Dan sampai saat ini, dia seolah-olah dapat mengagak bahawa dia dan juga Danish sememangnya tidak ditakdirkan untuk bersama dari awal lagi. Tetapi hatinya menolak untuk menerimanya.

Ada sahaja perkara yang cuba untuk menghancurkan pertemanan mereka dari mulanya.

Pedih hati Qayla untuk menelan segala penderitaan demi mempertahankan suatu hubungan yang tidak pasti.

Bibirnya diketap menahan sebak yang bakal pecah. Nafas ditarik dalam. Dia tunduk. Air matanya gugur jua setitis tetapi cepat-cepat dikesat sebelum Danish perasan.

Danish berhenti melangkah. Dia berdiri dihadapan gadis itu tanpa reaksi lalu meramas rambutnya.

"Saya tak suka awak.." perlahan Danish membalas.

Qayla tidak mampu lagi memandang lelaki dihadapannya itu. Tangannya digenggam sekuat hati. Geram dengan segala apa yang dia dengari.

"Jadi, awak main-mainkan saya aja selama ni?" Qayla mendongak menyoroti mata lelaki itu.

"Saya tak suruh pun awak sukakan saya sedalam ni. Saya mengaku saya beri awak harapan.. maafkan saya." melihat Qayla yang sudah diam. Danish hanya melangkah pergi.

Tetapi sempat Qayla menahan lelaki itu lagi.

"Tak ada cara lain? Awak memang nak tinggalkan saya macam tu aje ke?! Awak memang pentingkan diri sendiri!" ujar Qayla penuh kecewa. Berharap moga ada sayang yang tumpah.

Danish berhenti seketika.

"Cakaplah apa yang awak nak kata." tutur Danish penuh ego.

Dia mengeluh lalu tangan kanannya dengan cepat menggosok-gosok mata. Lelaki itu mengatakan sesuatu lagi sebelum kembali mengasingkan diri daripada Qayla.

"Betullah awak cakap. Saya memang pentingkan diri sendiri."

"Bermula dari hari ni, kalau awak rasa awak dah benci saya. Jauhkanlah diri awak daripada saya. Saya ada sebab saya sendiri kenapa saya jadi macam ni.." nada suara Danish benar-benar serius.

"Dan awak tak perlu tahu" ujar Danish lagi.

Ibarat tertusuk beribu-ribu pisau pada Qayla. Perit hatinya mahu menerima satu per satu perkataan yang keluar dari mulut lelaki yang dia anggap sebagai pengubat jiwanya.

Beginikah rasanya perasaan patah hati?

Tetapi ini lebih sakit, kerana hubungannya hancur padahal dia masih belum mendapatkan Danish lagi.

Ia memang menyakitkan..

You're Mine?Where stories live. Discover now