***

"Hei, Rafael kan? Wanna team up?"

Rafael menoleh ke arah remaja tersebut dengan muka jengkel, "..Yusrizan"

"That's me"  jawab Yusrizan dengan senyuman. "Kau dah boleh beza antara aku dengan adik aku huh?"

"Kau tak macam adik kau.. kalau bukan disebabkan muka kau tu, tiada siapa akan cam korang adik beradik" balas Rafael sebelum berpeluk tubuh sambil memandang Yusrizan dengan pandangan kosong. "And no thanks, aku akan team up dengan Harris"

"But your little wh*re is being taken away by someone else.." Ujar Yusrizan sambil menunjuk ke arah Harris dan Khai yang berada jarak agak jauh daripada mereka. Rafael mengerutkan dahinya, dia langsung tidak suka dengan cara Yusrizan memanggil Harris.

"Kau jaga sikit mulut kau tu, sebelum aku yang akan tutupkan untuk kau" ujar Rafael, memberi amaran. Yusrizan hanya menjogetkan bahunya. "Like I care"

Rafael sekali lagi menoleh ke arah Harris dan Khai yang nampaknya sangat dekat dari jarak jauh. Rafael melepaskan helah nafas. "So..? Kau dah takda pilihan, anyway.."

Rafael menjeling tajam ke arah Yusrizan, "kau diamlah"

Yusrizan tersengih dengan balasan Rafael.

***

Khai pun berpasangan dengan Yusri dan Rafael berpasangan dengan Yusrizan (secara tak rela). Harris masih lagi tidak mempunyai pasangan, sempat lagi dia berterima kasih dalam hatinya kerana tidak patut mengikuti aktiviti tersebut. But he celebrated too early..

"Ni ada lagi satu orang yang takda pasangan, Harris.. kamu dan Rias akan jadi partner" ujar cikgu Fairuz dengan senyuman. Mata Harris terbeliak sejenak sebelum berubah ke asal dengan cepat. Rias hanya tersenyum, otaknya sibuk memikirkan cara untuk membuat Harris rasa terseksa.

Sesiapa yang cipta game ni, fuck you and your generation... bisik hati kecil Harris.

Apabila perbincangan antara mereka selesai, aktiviti pun di mulai. Rias dengan segera meninggalkan Harris membuatkan remaja itu menyumpah di dalam hatinya.

Truth to be told, dia memang takut. Sangat takut dengan kegelapan. Harris sudah terbiasa meminta tolong ke arah Rafael setiap kali dia berada dalam situasi seperti ini, tapi malangnya kali ini dia tersangkut pula dengan lelaki yang sangat membencinya.

Harris hanya mampu memujuk diri sendiri sambil cuba untuk mengikut jejak langkah Rias yang dengan sengaja menjauhkan dirinya daripada Harris. Harris melepaskan dengusan geram. Jalan punya jalan, mereka akhirnya tibe ke stesen yang pertama. Rias mengambil kesempatan ini untuk mengelak daripada Harris membuatkan remaja itu kebingungan. Harris cuba untuk melangkah, mencari Rias. Badannya mula menggeletar, kakinya terasa seperti sedang ditarik oleh sesuatu yang berat. Tanpa sedar, Harris sudah mula berjalan tanpa arah. Dia cuba untuk putar balik, mencari di mana keberadaan stesen pertama tadi, tapi malang sekali nasibnya apabila dia hanya melihat kegelapan.

Degupan jantung Harris semakin melaju daripada biasanya, dia takut. Setelah beberapa minit merayau tanpa arah, Harris pun rebah ke tanah, badannya masih menggeletar. Harris cuba untuk memeluk dirinya sendiri sambil membisik kepada dirinya sendiri untuk tidak takut. Rafael selalu melakukan perkara yang sama terhadap dirinya dulu. Tapi tetap tidak berjaya. Peluh mula memenuhi dahi Harris walaupun angin di dalam hutan tersebut itu terasa dingin.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 07, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

That Smile | BL | MelayuWhere stories live. Discover now