06 - Bersemadinya Ibu

2 0 0
                                    

Kenapa along tak terlibat dalam urusan mandi dan kafankan jenazah?

Along berada jauh di Perak, jadi dia tak dapat nak mandi dan kafankan jenazah ibu. Kami pun tak boleh nak tunggu along sampai ke hospital untuk melakukan urusan mandi dan kafankan jenazah sebab pihak hospital tak bagi tangguh lama – lama. Jadinya, kami buat urusan mandi dan kafankan jenazah tanpa along.

Selesai urusan mandi dan kafankan jenazah, semua orang sepakat untuk bawak balik jenazah ke kampung. Ibu akan dikebumikan di tanah perkuburan sana. Nia dan mak saudara naik van jenazah. Manakala abah dan adik pula naik kereta serta mengikuti van jenazah dari belakang.

Sepanjang perjalanan tu, nia tak henti – henti cuba telefon dan mesej along untuk menyampaikan berita pemergian ibu. Dari tengah malam nia cuba hubungi along tapi semua usaha nia hanyalah sia – sia. Nia tertekan bila dah banyak kali telefon pun, panggilan nia masih tak berangkat. Mesej yang nia hantar pun langsung tak dibalasnya. Nak minta tolong kawan – kawan along sampaikan berita pemergian ibu pun tak boleh sebab nia takde nombor telefon mereka.

Nombor yang ada pada nia ketika itu hanyalah nombor teman lelaki along. Tapi jantan ni langsung tak berguna. Nia telefon tak berangkat. Nia mesej minta tolong sampaikan berita pemergian ibu dekat along pun dia tak balas. Hampeh betul.

Dalam pukul tujuh pagi macam tu barulah nia dapat hubungi dia. Sebaik sahaja along jawab panggilan nia, terus nia menangis semahu – mahunya dan marah dia kenapa tak angkat telefon dan balas mesej nia. Along terus minta maaf dan dia kata malam tadi dia tidur pukul tiga pagi sebab ada banyak kerja yang perlu diselesaikan. Lepas tu telefon bimbit pulak dia letakkan dalam mod senyap sebab tak nak ada gangguan.

Nia bagitahu dia suruh balik kampung sebab jenazah akan dibawa balik ke sana untuk urusan pengebumian. Along kata dia akan cuba untuk balik ke kampung secepat mungkin.

Dan situasi tegang serta tertekan tidak habis sampai disitu sahaja.

Bila jenazah dah sampai di kampung dan semua saudara mara sudah hadir berkumpul di rumah peninggalan arwah nenek, datuk saudara nia suruh cepatkan urusan pengebumian jenazah dan tak perlu nak tunggu along sampai ke kampung. Tapi abah tak setuju dan abah kata nak tunggu along sampai ke kampung supaya dia berpeluang menatap dan mencium wajah ibu buat kali yang terakhir. Lagipun masa tu along dah nak sampai ke kampung dah.

Datuk saudara nia balas, kalau takde orang yang nak angkat jenazah ni macam mana? Engkau nak pikul seorang ke?

Nia terpempan dengar soalan yang dilontarkan oleh datuk saudara nia tu. Sebak terus nia masa tu. Baru sahaja kehilangan ibu, orang dah perlakukan nia dan adik – beradik macam ni. Takkanlah anak sendiri nak tengok muka mak untuk kali terakhir pun tak boleh?

Abah jawab, kalau takde orang nak angkat jenazah takpe, saya ada, saya boleh angkat.

Sebak lagi sekali nia masa tu sebab abah pertahankan hak along untuk tatap wajah ibu buat kali terakhir.

Mujur juga ada beberapa orang kampung yang sokong abah dan mereka kata mereka akan tunggu sehingga zohor memandangkan along pun sudah hampir sampai ke kampung.

Sebelum tengah hari along dah sampai kat kampung. Kawan – kawan universiti dia tumpangkan naik kereta daripada Perak sampai ke kampung. Sebaik sahaja along masuk untuk cium jenazah ibu, nia terus dapatkan along dan peluk dia erat – erat. Tiada lagi tempat untuk kami adik – beradik bergantung harap.

Selesai sahaja along mencium ibu, jenazah dibawa ke tanah perkebuburan untuk dikebumikan. Ramai saudara mara yang marah sebab tak bagitahu ibu sakit dan berada di hospital. Kami sekeluarga pun tak sangka ibu akan pergi. Kami ingatkan sakitnya ringan sahaja. Lagipun ibu sendiri tak suka orang datang melawat, menjatuhkan semangat orang sakit katanya.

Terima kasih sangat kepada saudara mara dan kawan sepejabat abah yang sudi luangkan masa dan datang daripada jauh

BERSAMBUNG

Kronologi Ibuku SayangWhere stories live. Discover now