02 - Duduk Hospital

3 0 0
                                    

Semasa dapat tahu kaki ibu sakit dan memerlukan pantauan daripada doktor, abah minta nia tolong jagakan ibu kat hospital sebab abah tak boleh nak ambil cuti selalu. Nanti gaji kena potong. Abah berikan sekali nia duit belanja sebagai ganti kepada gaji daripada kerja yang nia lepaskan itu.

Tambahan pula, abah merupakan ketua keluarga. Semua perbelanjaan datang daripada gaji abah. Sekiranya gaji abah kena potong, banyak benda yang tertunggak dan tidak dapat dilunaskan bayarannya nanti.

Jadi nia pun tulis surat berhenti kerja dan serahkan kepada pengurus tempat kerja. Pengurus harapkan nia dapat bekerja lebih lama dengan syarikat mereka tetapi dia faham dengan situasi yang nia tengah alami.

Selama sebulan nia bekerja sebagai juruwang dekat situ, Alhamdulillah, ada ilmu baru yang nia pelajari. Pengalaman manis dan pahit yang nia hadapi semasa bekerja di situ bila diingat – ingat semula mampu membuat nia tersenyum sendiri.

Selepas nia berhenti kerja, ibu seringkali ulang alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Doktor bagitahu, antibody ibu telah bertukar menjadi virus dan akibatnya dia serang semua sel baik yang berada dalam badan.

Mungkin ada yang tahu mengenai penyakit ini kerana sekarang banyak portal kesihatan dan bahan ilmiah yang menyebarkan maklumat tentang penyakit ini untuk meningkatkan kesedaran rakyat; namanya Systemic Lupus Erythematosus (SLE) / LUPUS. Pada masa tu, penyakit ni masih belum dikenali ramai dan simptomnya juga tidak boleh dikenalpasti.

Jadinya, doktor bagi ibu makan ubat steroid untuk melawan penyakit tersebut tetapi kesan sampingan daripada ubat tersebut membuatkan kaki ibu jadi lemah. Setiap kali ibu duduk ataupun mencangkung, kena ada orang lain yang tolong angkat ibu supaya boleh berdiri semula.

Sekiranya nak berjalan ke mana – mana, ibu perlu pakai kerusi roda sebab kaki tak kuat sangat kan. Kadang – kadang tu dalam elok berjalan pun ibu boleh jatuh tiba – tiba. Tapi itulah, ibu tak nak pakai kerusi roda sebab malu dengan pandangan orang lain. Ibu kata, mesti dia orang cakap kesiannya muda – muda lagi dah pakai kerusi roda.

Allahu Akhbar, sampai macam tu sekali fikiran ibu.

Perasaan ibu semasa sakit memang berubah menjadi sensitif sangat, kalau kau orang semua nak tahu. Mudah tersentuh hati walaupun pada pandangan nia benda tu sebenarnya remeh sahaja. Jadi kalau ahli keluarga kau orang semua ada yang sakit, jagalah perasaan mereka. Banyakkan bersabar dengan perubahan emosi dia orang.

Nia dan ahli keluarga yang lain pujuk ibu untuk gunakan kerusi roda bila keluar berjalan sebab kaki ibu belum kuat lagi. Dan kami juga sering memberikan semangat agar ibu terus kuat melawan penyakitnya ketika itu.

Walaupun ibu tak nak pakai kerusi roda apabila berjalan di luar tetapi kita orang tetap juga bawak kerusi roda. Bila ibu dah tak larat nak berjalan lagi, kita orang akan suruh ibu duduk di kerusi roda dan kita orang akan tolak. Sebolehnya kita orang akan pergi ke tempat – tempat yang kurang orang sebab faham dengan ketidakselesaan ibu.

Tapi kalau ibu rasa nak berjalan, kami akan bergilir – gilir pegang tangan ibu dan bantu ibu berjalan. Semasa sakit, ibu tak boleh nak berjalan lama – lama dan jauh – jauh sebab ibu cepat penat. Berjalan sikit, kena berhenti rehat dan kemudian sambung berjalan semula.

Bila ibu dah duduk di wad, macam – macam ujian yang doktor buat. Setiap hari ada sahaja jururawat yang datang untuk mengambil sampel darah dan najis. Sampai bengkaklah tangan ibu. Terus nia bersuara, tangan ibu saya ni dah bengkak berhentilah dulu ambil sampel darah. Sakit tahu tak? Barulah dia berhenti ambil sampel darah.

Itu belum lagi cerita layanan yang diberikan oleh petugas kesihatan di hospital terbabit. Ada diantara mereka melayan pesakit dengan dingin dan kasar. Yelah, nia faham. Dia orang kena hadap berpuluh malahan beratus pesakit setiap hari. Tapi janganlah layan orang sakit dengan separuh hati.

Ibu pun nasib baik ada nia untuk teman. Jadinya ibu banyak bergantung dengan nia kalau nak buat apa – apa. Bayangkan ibu sendirian. Dahlah kaki tak kuat, kena pulak hadap semua tu sendirian. Boleh jadi tertekan tau.

Bukan nak kata semua jururawat tu perangainya serupa, tak.

Hanya segelintir sahaja.

Tapi macam orang cakaplah, kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Hmmm

BERSAMBUNG

Kronologi Ibuku SayangWhere stories live. Discover now