3 | BADUT

14 0 0
                                    

"Qil, kau cuba serious sekejap."

"Ya Allah, Aqil. Kau sumpah lah?" Hero mencekak pinggang. Telefon ditekap pada telinga. Suara menjengkelkan Aqil merunsingkan Hero yang sudah sedia serabut. "Muhammad Aqil Rayyan. Kau diam sekejap. Sekejap je," arah Hero. Suara nyaring di hujung telefon ini boleh membuatkan dia dapat penyakit darah tinggi dan pekak sepanjang hidup.

Kian senyap, Hero menyambung semula bicaranya.

"Aku dah kata tadi. Cicak itu kau angkutlah pakai apa-apa dulu. Mangkuk ke cawan ke. Lepas cicak itu dah masuk, kau buang lah. Jangan bare hands—"

"Ah, kau! Bual boleh lah. Cuba kau balik sini, kau buat," bentak Aqil. Dapat Hero tangkap bunyi hantukkan dan aduhan di hujung talian. Kepala Aqil terhantuk dekat kabinet dapur lah itu. "Hero! Aku rasa cicak ini bernyawa lagi!"

"Kenapa dia bergerakkkkkk?" Hero mengeluskan nafas panjang. Jujur, dia mahu selesaikan tugas itu sendiri. Tapi apa daya.

Janji temunya masih berlangsung.

Habis sahaja kelas petang tadi, terus dia dapat panggilan daripada ayahnya mengatakan dia harus hadiri janji temu dengan anak CEO Tengku Ahmad pada pukul lapan malam hari ini juga. Sudah lah dia kelam kabut. Iron baju pun tak cukup panas.

   Plug tak on.

Proper dan formal dress perlu diutamakan. Nak tak nak, dia kena jaga penampilan demi menjaga nama baik ayahnya. Kedai makan classic dengan lima bintang ini pun ditempah khas oleh Dr. Reyzar untuk janji temunya. Biar nampak lebih romantic!

Tidak boleh ada sedikit pun cacat-cela dalam mempamerkan kekayaan anak-beranak ini!

"Perempuan suka duit. Jadi, kau kena tunjukkan kekayaan kau untuk cuit hati mereka," itulah salah satu petikkan kata-kata Dr. Reyzar dalam mendidik anak terunanya.

Apabila Hero mahu menolak permintaan ayah, hm. Memang ngeri bila difikirkan balik detik-detik Dr. Reyzar naik ke UK, balik hari semata-mata mahu lemparkan satu tamparan berdas pada wajah Hero.

"Aku yakin mayat cicak itu dah kejung. Kejap lagi pula jasad dia yang hilang, kecut. Kau cuma behalusinasi, Qil. Nak, nak kepala kau baru terhantuk."

"Kau panggil Iman je lah. Harapkan kau buat, sampai ke esok hari tak habis-habis. Silap hari bulan, kau yang demam panas dihantui jasad tidak beroh cicak kejung itu."

"Aku letak dulu. Dah, tak payah lah kau tenung cicak itu lama-lama." Belum sempat Hero mahu mengakhiri talian, Aqil bersuara lagi. "Eh, balik nanti minta tapau steak."

Nafas ditarik dalam sebelum perlahan-lahan dihembuskan.

"Janji temu ini pun dah boleh buat aku naik gila. Jangan sampai kau aku tibai balik nanti, Qil."

   "Tapau fish and chips sekali."

TET!

   Hero tilik lama skrin telefonnya. Matanya berkedip-kedip. Aqil letak macam itu sahaja?

Roses are red, violets are blue, pickles is sour, and so are you, Aqil.

Translate: Sudah lah kurang gula budak Aqil ini. Lebih asam pula itu. Kurang asam!

Tak guna betul. Sakit dadanya diperlakukan sebegitu.

"Hero...?" Panggil seorang wanita. "Kau buat apa keluar? Bukan aku dah cakap tunggu kat dalam je ke? Kau itu bukan amfibia, tak tahu sejuk." Kasar budi bahasanya. Walaupun kasar, percayalah. Ini sikap semula jadi Hero.

BLIND DATE [OG]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora