''Maaf Tya kitaorang tak tahu" kata Fira.

''Its okay lah beb...aku okay je.."

''Tapi kenapa?" Soal Nelly.

''Alasan  putus tu biarlah aku seorang ja yang tahu Nelly..dalam hal ni aku tak nak salahkan siapa-siapa"

''Okay ,kitorang hormat keputusan kau"

''Eh korang tambahlah lagi...aku ambilkan eh.."

''Tak apa lah Tya..kitorang ni dah jadi kirang selera dengar masalah kau..kenapa kau tak bagitahu kitorang tentang ni? Kenapa kau hadap seorang je Tya ? " Tanya Deyla.

''Tak tak aku tak hadap benda ni seorang.."sempat tya  mengerling sekilas ke arah Fayyadh.

''Tya pukul berapa Abang Irham sanding? "

''Tunggulah kejap lagi ..nanti boleh ambil gambar sama-sama"

kawan-kawan Tya menenemani Tya sehingga habis majlis  .selesai sahaja mereka pun meminta diri.

''Terima kasih datang "

''Okay Tya kitorang gerak dulu.."

Tya pun menghantar mereka sehingga ke tempat parkir kereta sambil diperhati oleh Fayyadh.

Setelah itu, Tya pun kembali ke dewan untuk membantu mengemas dan terus sahaja pulang ke rumah.

*****************************************************************************

Keesokkan harinya Tya dihantar abang irham untuk  pergi kerja kerana kereta Tya  buat hal lagi. Kali ini tayar pula pancit.

Irham menghantar Tya sehingga depan pintu sehingga ramai mata tertumpu kepada Tya dan Irham.Tya yang .elihat mereka hanya memberikan senyuman yang manis.

Tya baru teringat dia tertinggal handphone di rumah ketika dia berada didapur pagi tadi.

Ketika fayyadh masuk sahaja di pejabat ,dia terdengar gosip tentang Tya dihantar oleh  Boyfreind..membuat mood fayyadh menjadi kurang baik. Fayyadh masuk biliknya dengan muka yang serius.

''Tya ?  Dah siap ke fail yang Kak Ji minta Tya siapkan tu? "

''Dah..ni ha..kenapa kak Ji cakap berbisik dengan Tya ni...selalunya semua riuh rendah je.."

'' Tya tak tahu cerita ke? "

''Cerita apa pula ? " Soal Tya.

''Hari ni mood bos kita swing..kak ji pun tak tahu lah kenapa"

''Kenapa Kak ji ? Ada klien buat hal ke? ".

''Itulah kak Ji pun tak tahu kenapa..tak beranilah kak Ji nak tanya..kang kena sembir pula dengan bos..tak memasal"

''Ala nanti Bos okaylah tu..kejap je kot.." kata Tya.

Tya pun terus membuat kerja nya seperti biasanya.

''Eh Tya tak keluar rehat ke ? "

''Belum..Tya tunggu bos lah ,dia belum keluar kan ?"

''Bos dah lama keluar..Jomlah ikut Kak ji .."

''Oh okah kak ji.."

Tya pun mengikut langkah kak Ji, Tya agak terkejut, tak pernah pula bos pergi makan  tanpa memberitahu Tya sebab memang tiap hari tya akan makan bersama bosnya.

Selepas habis waktu rehat..kelibat Fayyadh melepasi bilik Tya dan tidak langsung memandang ke arah Tya'

Tya merasa pelik dengan keadaan bosnya pada hari ini.

''Eh kenapa dengan bos ni? Aku ada buat salah ke? Semalam okay je rasanya tak ada masalah apa..tapi kalau tak salah kenapa bos langsung tak tegur aku hari ni" kata Tya didalam hati.

''Kak ji , Report yang  Tya buat pagi tadi ada  banyak  salah ke? " Tanya Tya .

''Tak lah okay je.. macam biasalah kamu buat..kamu kan dah kerja lama ..kenapa pula kamu tanya macamtu?"

''Tya rasa kan kak Ji bos marah Tya lah kak Ji , hari ni dia tak tegur Tya langsung tau..makan tengahari pun dia tinggalkan Tya macamtu je."

''Itulah tu ,sebenarnya Kak Ji pun perasan juga. Sebab apa-apa urusan hari ni semua dia panggil Kak Ji sampaikan.."

''Haa.kan kak? Aduhai saya buat salah apa ni kak ji? "

''Ala..kamu tak payah fikir sangat bos kita tu profesional..kalau marah pun tak terbawa - bawa..dia pimpin syarikat Tya macam-macam yang dia kena fikir,semua benda dia nak hadap seorang..macamtulah cabaran orang yang berjaya " Terang Kak Ji.

Tya pun menarik nafas lega setelah mendengar penjelasan dari kak ji.
Barulah dia boleh meneruskan kerjanya.

Sebelum pukul 5 Irham sudah sampai untuk mengambil Tya balik dari kerja.
Fayyadh yang kebetulan balik awal melihat kereta yang dia kenali berada betul-betul didepan bangunannya.

''Am ! Kau buat apa tercongok dekat sini..ingat dah hilang..ya lah orang baru kahwin..mana nak ingat kita kan.."

''Eh kau ni..kau ingat aku parking sini sebab nak jumpa kau ke ? "

''Eh ya lah..dah tu kau buat apa dekat sini? "

'' Yadh aku rasa kau ni kena allignment balik hidup kau ni " Irham gelak besar.

''Siot lah kau ni Am . Aku ambil Tya balik kerja lah..dah kenapa aku nak jumpa kau pula ?bosan dah aku tengok muka kau.." Jelas Irham.

''Maksud pagi tadi kau lah yang hantar Tya? Soal Fayyadh.

''Eh ya lah.. siapa lagi nak hantar Tya tu..kereta dia tu buat hal lagi..punya kelam kabut dia pagi tadi..dia pun sama lah nak kena allignment juga sampai handphone  yang penting tu pun tertinggal..haa itu nasib baik aku hantar dia...kalau dia naik teksi pagi tadi? Dengan phone tak bawa.." bebel Irham.

''Oh macam tu rupanya.." Jawab Ryan.

'' Dah kau dok tercegat dekat situ kenapa ? Tu Tya dah keluar tu aku nak gerak balik. Kau tak nak balik ke? Yadh yadh.."

''Aduhai kau ni yadh ! Cepat sangat percaya rumor , Cuba kau tanya ja Tya pagi tadi ..kan dah  selesai masalah..dah lah kau tinggal dia makan seorang kalau dia mengadu kat irham lagi sekali lah telinga aku ni kena dengar ceramah . Ish yadh yadh tulah ego sangat kan dah makan diri..Yadh sempat merungut di dalam hatinya. Dia pun berjalan ke arah kereta untuk balik ke rumah.

TAKDIR CINTA DIA (COMPLETED) Where stories live. Discover now