BAB 14

65 4 0
                                    

Selepas sahaja Tya menunaikan solat subuh,Tya baring semula sambil bermain game di telefon bimbitnya.

Tukk tukk!
Bunyi ketukan yang kuat dipintu Tya membuatnya tersentak dan bangun untuk membuka pintu .

''Tya ,Jom turun bawah tolong mama buat kuih untuk sarapan.."ajak mama tya .

''Mama nak buat kuih apa ma? Tak pernah -pernah nak buat kuih pagi-pagi..kenapa mama tak beli je dengan makcik milah depan tu..kesian dia ma,dia kan ibu tunggal mama kenalah tolong dia.."Tya berkata sambil menggelengkan kepalanya.

''Eh ,kamu kalau malas cakap aje malas nak tolong mama,kamu  jangan nak mengada Tya..pagi-pagi dah buat drama ,mama ni dah cukup masak dah dengan sikap kamu tu.."

''Mama ni pun..tya kan bergurau...gurau tu kan tandanya sayang...Mama nak buat kuih apa tu?"

''Ala buat kuih karipap je..inti mama dah masak dah...kamu cuma tolong mama sikit je ni..jom turun bawah.'"

''Okay kejap Tya turun..Tya sempat mengambil telefon bimbitnya .

Tya pun membantu mamanya sehingga selesai.Tya melihat jam sudah menunjukkan pukul 9 pagi. Dia pun keluar sekejap untuk pergi ke taman perumahannya. Bunyi getaran di koceknya buat dia terkejut.

''Hello ? Ya cari siapa ? "

''Saya Ryan Haider..saya cari Buah Hati saya..saya tiba-tiba teringat dia..nak tunggu dia call saya macam lambat sangatlah.."

''Oh maaflah encik...kat sini buah hati tak ada..saya jual Buah durian, anggur ,nangka ,cempedak pun ada..tapi buah hati tak ada..cari kat kedai lain lah ya.."

''Cari kedai lain? Awak pasti ke tu? Kalau saya cari dekat kedai lain..jangan menangis dekat bucu katil pula...hahaha."

''Ryan !! Awak ni kan ada-ada je tau..sebab tu saya malas nak layan awak.."

''Tidak Tya awak tak malas pun..cuma awak tak boleh nak menang lawan ayat dengan saya ...kan ? "

''Eh tak pun...awak jangan perasan ya..selama ni saya je yang menang..awak kalah..."

''Yeke ? Tapi saya menang..menang yang sangat jelas tau.."

''Bila pula awak menang ?"

''Saya dah memenangi hati awak..saya dah berjaya masuk ke ruang hati awak...itupun dah cukup untuk saya Tya.."

''Ryan..ayat awak ni manis sangat..bahaya..manis ayat awak ni boleh buat orang  potong kaki tau..haha"

''Awak buat apa sekarang? "

''Saya buat pandai je sekarang..hehe"

''Awak tau kan saya dah nak mula kerja  nanti? "

''Ya saya tau..semoga semuanya baik-baik untuk awak ya Ryan.."

''Tapi kan Tya..saya rasa berat hati lah nak pergi sana lepas saya dah dapat kepastian dari awak.."

''Maksud awak?"

''Yelah...saya takutlah nanti Tya jumpa orang lain pula masa saya tak ada dekat sini.."

''Kenapa mesti awak nak takut? awak tak percayakan saya ya? " Soal Tya.

''Eh bukan saya tak percaya awak...cuma saya tak percayakan orang lain.."

''Tya tolong jangan pernah berubah hati ya..tolong tunggu saya balik sini ya?Janji lah dengan saya.."

''Awak ni kenapa Ryan awak bukannya pergi tak balik ,awak cuma nak kerja dekat sabah ja..bila-bila awak boleh balik kan..."

''Sebenarnya saya ada target saya Tya..saya tak rasa saya akan selalu balik sini..saya akan duduk sana lama.. dan kita dah tak sama macam sebelum ni..sebab tu saya nak awak tunggu saya.."

TAKDIR CINTA DIA (COMPLETED) Where stories live. Discover now