Bab 8

83 3 0
                                    

Akhirnya Hari Kantin pun telah tiba. Tya mengambil Fira dirumah untuk datang ke sekolah atas sebab kereta kawannya itu tiba-tiba rosak. Setiba di parkir kereta,dari jauh Tya melihat Nelly dan Deyla sudah berada di khemah untuk memulakan jualan Air mereka.

''Wah Deyla dah datang awal..semangat lain macam ea kau ,kalau hari sekolah biasa kau lah yang paling akhir sampai sekolah..perli Fira.

''Wah kelakarnya Fira buat lawak..tapi orang tak gelak..Deyla sempat memberi sekilas jelingan.

Ketika sedang asyik berborak seorang pelajar junior datang ke arah mereka.

''Kak..Kitorang nak beli air milo dua."

''Boleh saja ,kalau adik ambil 3 ,akak bagi percuma satu tau...haa seronok ke tidak...gitu"Deyla memulakan Staretegi berniaga.

''Boleh la kak...bagi kitorang 3 Air milo."

''Haih,kau ni Deyla pandai je teknik jualan kau ni ya...jangan nanti kita pula yang tak ada untung..kau kemas sorang-sorang.Kata Nelly kepada Deyla.

''Hey Guys..ni Deyla tau..Bab jual menjual ni serahkan dekat aku yang pakar ni..cakap je nak jual apa..semua aku boleh jual tau.."

''Yelah jah ! Kau saja yang Betul ya...aku nak periksa semua okay tak...nanti aku datang khemah balik tau...beritahu Tya kepada kawan-kawannya.

''Oh ya...lupa kawan kita sorang ni kan kena memastikan acara ini berjalan Dengan sangat lancar bukan? Hahaah." Kata Fira.

''Kau ek kalau bab mengucing aku kemain lagi...cuba kalau kita kata dia...merajuk pula.."

''Dah jangan banyak cakap sini kau tolong aku bancuh air ni ..tinggal dua perisa je ni nak bancuh lain semua kitorang dah bancuh..."

Tya pun meronda semua gerai satu persatu untuk memastikan tiada sebarang masalah yang terjadi sepanjang majlis berlansung .
Ketika Tya sedang berjalan seorang,dia ditegur seorang lelaki yang pernah dia lihat sebelum ini.

''Tya ! Seorang je ke ? Saya nampak awak dari tadi,jadi saya tegur awak dulu...Nelly yang ajak saya datang sekali dengan Harith.."Ryan pun beranikan diri untuk memulai bicara sambil menunjukkan Harith yang sedang membeli makanan di salah satu gerai tidak jauh dengan mereka.

''Oh Ryan Hayder..saya tak perasan pula awak ada datang,dah ramai sangat kan..tentang soalan awak tu saya memang seorang, memang tak ramai jadi saya seorang sahaja.." Balas Tya sambil melemparkan senyuman yang manis kepadanya.

'' Sebenarnya saya ada nak tanya sikit dekat awak.. boleh ke Tya? "

''Boleh ja...saya tak ada minta bayaran pun...awak jangan risaulah..saya jawab je apa yang saya boleh jawab..awak nak tanya apa tu ? "

''Tya saya cuma nak kawan je dengan awak..boleh kan ? "Soal Ryan Haider.

''Tapi saya dah ada ramai kawan..apa kata awak jadi musuh saya ja..okay ??

''Eh awak ni bergurau pula...saya tengah serius dengan awak ni tau.."

''Lah awak tu yang ambil serius sangat ,kita kan memang dah kawan...kawan Nelly pun bolehlah kira kawan saya juga...just make it easy okay?.."

''Tapiii Tya..."

''hah ! Apa yang tiba-tiba bertapi pula..tadi awak yang nak sangat jadi kawan kan..saya dah benarkan dah..apa lagi yang tapi tu? Pelik jelah awak ni.. " Tya mengerutkan dahinya kerana pelik dengan tingkah laku Ryan yang serba tak kena .

''Kalau awak kawan saya , kenapa awak tak pernah angkat panggilan daripada saya ek?"

''Awak ada call saya  ke? Entahlah ya...rasa macam tak ada pula..Ryan saya nak kena balik khemah saya ni..kawan-kawan saya tengah tunggu tu.. kang lama-lama saya kat sini,kawan saya kat sana tu dah bertukar jadi Monster pula...hahahah.Tya gelak besar  sambil menutup mulut agar tidak kedengaran orang lain.

TAKDIR CINTA DIA (COMPLETED) Where stories live. Discover now