BAB 19

63 1 0
                                    

Keesokkan harinya , awal pagi lagi Tya menunggu Fayyadh Syah untuk mengambilnya pergi ke pejabat bersama-sama.

Pon !
Pak karim  membunyikan hon di hadapan rumah Tya .

''Mama ! Tya pergi dulu...yadh dah sampai.."

''Selamat pagi Bos ! " Tya memberi senyuman manis kepada bosnya.

''Selamat Pagi ! Hari ni awak duduk belakang , ada isteri pak karim kat depan tu.."

''Oh saya tak perasan lah yadh..cermin kereta awak ni gelap sangat.awak tau tak cermin gelap ni salah disisi undang-undang kalau saya laporkan pada polis habis awak kena saman tau.." Panjang Tya membebel kepada Fayyadh Syah .

''Hah..ini lah yang saya tunggu,inilah  baru Tya saya..membebel tak berhenti..kalau tak senyap aje..muka tu asyik nak muram aje.." kata Fayyadh  Syah.

Tya terus terdiam selepas mendengar perkataan tersebut dari Fayyadh Syah.

Sampai sahaja di pejabat ,tya pun terus masuk ke biliknya untuk menyambung kerjanya.ketika Tya pergi ke Pantry tya terdengar perbualan diantara pekerja disitu.

''Kau tau tak tadi bekas kekasih bos datang nak jumpa bos katanya. Muka lagi nak acah lawa "

''Haa.muka berlagak gila..dia ingat bos nak terima dia lagi ke ? Dia yang curang lepastu nak balik lagi dengan bos ,tak malu betul..kalau aku jadi bos ,terus blacklist muka dia datang sini.."

''Bukannya bos tak nak blacklist dia..dia kan ada lagi 2 bulan projek dengan kita..Lepastu baru boleh suruh dia pergi..cari model lain".

''Itulah tu , sekarang ni kena lah hadap muka perempuan tu..nasib baik dia datang sebulan 2 kali je tau..kalau hari-hari boleh sawan kita semua nak layan karenah dia tu"

''Kau nak kena sawan? Habis bos tu kena hadap dia lagi pening kepala tau "

Tya yang terdengar perbualan tersebut terus kembali ke biliknya.dia tidak jadi untuk mengambil makanan. Entah kenapa tiba- tiba dia merasa sedih mendengar cinta Fayyadh Syah telah dikhianati.
Malahan dia terpaksa melihat orang yang menyakiti dia atas urusan kerja. Hati Tya  tiba-tiba tersentuh kerana Tya sangat memahami akan sikap Fayyadh yang sentiasa ikhlas terhadap orang lain.

Tya masih ingat ketika dia membuat keptusan untuk memilih Erika suatu masa dulu , dia berjumpa dengan Tya untuk meminta maaf kerana tidak dapat menjadi Syah yang sama kerana dia sudah ada kekasih.masih lagi  tersemat  difikiran Tya sehingga kini namun siapa sangka rupanya Erika hanya permainkan hati fayyadh.dia  cuma pergunakan Fayyadh sahaja.

Sedang Tya termenung, kak ji yang dihadapan Tya menyentuh bahu Tya .

''Eh Kak Ji dah lama ke datang bilik Tya? Soal Tya.

''Ya lama dah Kak ji ni nak ajar kamu buat invois ni ha.."

''Oh maaflah kak Ji, Tya tak perasanlah.."

''Kamu tu bukan tak perasan tapi kamu tu berangan tadi"

Kak Ji pun mengajar Tya pelajaran yang baru untuk menjadi P.A yang baik untuk bos beliau.

Telefon bimbit Tya berdering ..terpapar nama Fayyadh Syah di skrin..

''Hello Tya ? Saya nak keluar ni..awak ikut sekali ya.."

''Tapi bos belum lagi waktu rehat lagi setengah jam baru rehat nanti saya kena potong gaji.." kata Tya.

''Eh awak ni, soal gaji tu awak tak payah lah risau , saya yang ajak keluar, saya ada nak melawat stokis saya dekat pusat beli belah..awak nak belajar kan..jadi kenalah ikut " Jelas Fayyadh.

TAKDIR CINTA DIA (COMPLETED) Where stories live. Discover now