BAB 16

57 3 0
                                    

Ryan menghubungi tya sebaik saja dia sampai dilapangan terbang.Namun panggilan tersebut tidak dapat disambungkan . Ryan cuba menghubungi Tya berkali-kali tapi masih tidak dapat dihubungi.

Hari ini saudara Tya datang kerumah Tya. Tya meninggalkan telefon bimbitnya di meja bawah..tanpa dia sedari phone dia dalam Keadaan senyap. Oleh itu Tya tidak tahu yang Ryan telah menghubunginya.

Sedang tya sibuk menolong mamanya menyiapkan juadah untuk saudaranya , tiba-tiba dia teringat hari Ryan berlepas pergi. Tya melihat jam didinding, Ryan sudah pun berlepas pergi .Tya terus memeriksa telefon bimbitnya .
Dia melihat Ryan menelefon berulang kali.

Kali ini telefon Tya berdering sekali lagi,tya mengharapkan panggilan tersebut dari Ryan ,tapi panggilan tersebut  dari Nelly sahabatnya.

''Hello Tya ?"

''Ya Nelly"

''Kau pergi mana ? Ryan telefon kau banyak kali kau tak angkat? "

''Oh aku tak perasan phone aku silent..aku tengah kat dapur tolong mama aku masak untuk saudara aku nak datang.."Jawab tya dengan nad dengan nada  kesal.

''Aku call ni sebab nak sampaikan pesanan Ryan dekat kau . Dia kata kau kena kuat ,jangan sedih-sedih..dia nak kau happy macam selalu walau dia tak dapat ada dekat dengan kau..dia suruh jaga diri baik-baik,jaga makan, jangan suka tidur lewat, yang paling penting jaga hati ,tunggu dia balik .sebab kawasan dia akan pergi tu agak dalam sikit..jadi susah sikit nak hubungi kau..panjang lagilah pesanan dia.,ni yang aku ingat  je lah...yang penting kau kena jaga semualah.." Jelas Nelly.

''Ooh...thanks Nelly..aku pun tak tau macam mana aku boleh terlepas panggilan dari dia tadi" suara Tya sudah mula tersekat-sekat.

''Tya..baru je cakap tadi kan...jangan sedih-sedih..kau percaya pada takdir kan..kau doa je yang baik-baik okay? Kalau ada apa masalah kau bagitahu aku..."pujuk Nelly kepada kawannya..

''Okaylah Nelly ..terima kasih banyak tau...bye Nelly.

''Yelah...bye Tya."

Tamat sahaja panggilan tersebut ,tya terus menuju kebiliknya.kali ini airmata Tya  sudah tidak tertahan dan jatuh juga. Entah kenapa tiba-tiba dia mulai  rasa menyesal kerana tidak menghalangi Ryan pergi.

Tya membasuh muka terlebih dahulu sebelum turun ke bawah kembali menolong mamanya kerana dia tidak mahu mamanya perasan dia baru lepas menangis.

''Haa Tya ? Kamu okay ke ? "

''Okay ja...kenapa mama? "

''Jangan tipu mama..tadi kamu lain...sekarang ni tiba-tiba lain..kalau ada masalah bagitahu mama,mungkin mama boleh tolong..."

''Tak apa lah ma..benda dah jadi dah tak boleh nak patah balik..tya okay ja..tya terima je dengan hati yang terbuka walau terpaksa melepaskan.."

''Aik lain macam ayat kamu tu Tya..macam ayat baru lepas putus Cinta.."

''Tapi kali ini Tya bukan putus cinta ma ,cuma Tya mungkin akan kehilangan orang yang Tya cinta? " Jawab Tya spontan dengan nada suara yang mendatar.

''Kenapa ni sebenarnya? Cuba cerita dengan mama dari mula..bagi mama faham ."

''Entahla ma, dia datang memang pada saat yang tepat Tya perlukan kawan, sokong Tya dalam pelajaran Tya, bagi Tya nasihat , tolong Tya masa  susah senang Tya lebih kurang 2 tahun ma dia sentiasa ada dengan Tya...bila Tya dah mula  rasa selesa dengan dia..dia pergi tinggal Tya.."

''Jadi dia putuskan hubungan ? Dia tinggal kamu? Kenapa kamu nak sedih lagi itu maksudnya dia tak betul sayangkan kamu, dia saja je nak permainkan perasaan kamu.."

''Tak bukan itu maksud Tya..dia tinggal Tya sebab kerja..dia dapat kerja dekat sabah..Tya rasa sedih sebab Dia dah terlebih sayangkan Tya..dia ajak Tya ke hubungan yang lebih serius ,tapi Tya tolak,Tya cuma mampu  kata tya tunggu dia..dia memang dah sediakan semua untuk Tya.Tya takut Tya tak dapat tunaikan janji tu untuk dia ma...macam mana kalau dia tiba-tiba  berubah? Atau Tya yang berubah hati?." Luah Tya untuk meminta pendapat mamanya. 

''Tya..semua tu Tya tak perlu fikirkan..serahkan perkara tu semua pada Allah..tya kena ingat dan percaya dengan takdir-NYA. Tya cuma perlu lalui dan sentiasa berdoa agar semuanya baik-baik sahaja.."

''Okay mama..thanks tau nak dengar cerita Tya.."

''Siapa nama dia Tya? Tya tak pernah cerita pun"

''Nama dia Ryan Hayder..umur dia tak sama dengan Tya ..dia tua 3 tahun macamtu dari Tya"

''Ryan Hayder? Sedap namanya mesti orangnya handsome ni.."usik mama Tya.

''Eh mestilah handsome...Tya pun ada ciri-ciri lelaki idaman tau.."

''Haa.Tya..mama ada satu idea.."
Daripada kamu sedih-sedih, lebih baik kamu  sibukkan diri kamu ? Daripada kamu duduk dekat rumah fikir macam-macam..lebih baik kamu terima je tawaran kerja dari yadh tu.sekurang-kurangnya adalah aktiviti ,tak adalah kamu nak fikir bukan-bukan.."

''Mama rasa okay ke kalau Tya terima ?"

''Mestilah okay, kalau betul kamu memang dah moveon apa yang kamu takutkan untuk terima bekerja kat tempat Fayyadh Syah tu.." kata mama tya.

''Betul juga kan ma...nak cari kerja pun susah sekarang..okaylah nanti Tya beritahu Syah. "

''Assalamualaikum..."

Kedengaran suara orang memberi salam dari luar rumahnya.

''Eh Mak cik Efa ,masuklah mama dah lama tunggu tu.."

''Tya sihat ke ? "

''Sihat alhamdulillah..jomlah ajak semua masuk.."

Tya menjemput semua masuk dan menikmati juadah yang telah disiapkan oleh mereka sejak dari pagi.
Manakala Tya pula  menuju ke biliknya untuk memberitahu Fayyadh Syah tentang keputusannya.

Tuuttt tuutt...

''Hello Tya ?"

''Syah Saya nak bagitahu awak ni saya terima kerja yang awak offer haritu.."

''Baiklah Cik P.A "

''Cik P.A? Kenapa awak panggil saya Cik P.A pula ni? "

''Ya lah , awak akan bekerja dengan saya sebagai setiausaha peribadi saya.." jawab Fayyadh  Syah.

''Bila masa pula saya kata saya nak jadi P.A awak? Saya cuma nak kerja biasa je dekat syarikat awak tu, kerja buat air ke,cuci pinggan ke.."

''Habistu kenapa awak setuju nak terima pekerjaan ni? "

''Saya setuju sebab saya nak jadi pekerja biasa je kat syarikat awak tu..lagipun saya bukan ada pengalaman pun.."

''Tapi masatu awak tak tanya saya pun kan saya nak bagi awak jawatan apa ? " soal Fayyadh  Syah .

''Ish. Nantilah saya tanya mama saya dulu.."

''Saya dah tanyakan untuk awak..dan mama awak tersangatlah setuju..awak jangan lah risau nanti pekerja saya akan tolong awak supaya awak boleh bekerja sebagai setiausaha peribadi saya dengan cemerlang gemilang dan terbilang..hahaha."

''Fayyadh Syah !  tak kelakar tau.."

''Okay syah tau memang tak kelakar ,jumpa esok pukul 8 pagi dekat syarikat saya ya..ke awak nak saya ambil awak ? Saya tukar ayat saya esok pukul 8 pagi dekat depan rumah awak.."

''Ish. Tak nak..saya pergi sendiri je nanti..okaylah bye."

Fayyadh Syah tersenyum lebar apabila mendapat tahu tentang keputusan Tya Humaira . Kali ini Fayyadh Syah tekad untuk mendapatkan semula  hati Tya. Dia akan menggunakan pelbagai cara hanya untuk mendapatkan  hati gadis itu. Fayyadh  Syah sengaja memberikan Tya jawatan setiausaha peribadi agar dia boleh mendekati Tya  Humaira Seperti dahulu..

TAKDIR CINTA DIA (COMPLETED) Onde histórias criam vida. Descubra agora