BAB 13

64 4 0
                                    

Tya masih belum dapat tidur walaupun dia cuba memejamkan mata berulang kali. Tya masih teringat akan kata-kata Ryan Hayder siang tadi yang membuat dia sukar untuk melelapkan mata.

****Tya berbicara didalam hati*******
Kenapa aku asyik teringat apa yang Ryan kata ya? Kenapa dalam kepala otak aku ni tak habis -habis ingat kat Ryan..aku suka dia ke? Eh takkanlah kan? Tapi aku nak dia ada dalam setiap  hari-hari aku..sebab apa ek? Sebab kawan ke sebab aku suka dia?ish peninglah..

Tuutt tuuut...
Telefon Tya berdering,Tya terus menekan butang terima kerana dia tau waktu sebegini hanya Ryan yang akan menghubunginya.

''Tya ?Tya okay ?"

''Haa? Okay..Tya okay.."

''Betul ni okay? Kalau okay kenapa sedih? "
''Eh tya tak sedih pun..Tya cuma penat sikit..siang tadi banyak berjalan kan.."Tya cuba mengubah topik peebualan mereka.

''Tya tak nak saya terima kerja tu ya?" Soal Ryan secara tiba-tiba.

''Taklah Ryan..Tya tahu mesti Ryan akan pilih keputusan yang tepat dan terbaik untuk hidup Ryan kan...tya sebagai kawan setuju dengan keputusan yang Ryan buat tu.."

''Okay sebab itu Ryan nak tau satu kepastian malam ni.."

''Kepastian apa ya? Lain macam je soalan Ryan bagi ni..janganlah serius sangat..tya takut nak jawab.

''Soalan ni jadi sangat mudah kalau Tya jawab dengan hati Tya"

''Tya boleh terima Ryan lebih dari seorang kawan? Jadi teman hidup ryan sampai bila-bila?Kalau memang tak ada sikit pun rasa suka Tya dekat Ryan..lepas ni Ryan janji dengan Tya...Ryan tak akan ganggu hidup Tya lagi.."

''Apa maksud Ryan ? Kenapa tiba-tiba Ryan tanya Tya soalan macam ni dan kenapa mesti Ryan terus nak pergi dari Tya..Tya tak faham..betul-betul tak faham.."

''Tya , tak ada lelaki yang boleh berkawan baik dengan perempuan.salah seorang mesti akan melibatkan hati..
Sebenarnya Ryan nak berterus terang dengan Tya bahawa Ryan sudah menyukai Tya sejak sekian lama lagi..jadi Ryan cuma nak pastikan yang Ryan tidak bertepuk sebelah tangan selama ni.."

''Tya sebenarnya tak tau dengan perasaan Tya..Dari sudut hati tya sendiri tak dapat faham dengan perasaan Tya..tya takut apa yang Tya rasa ni salah..Tya takut dikecewakan..tya tak nak lalui cinta yang boleh buat Tya terluka.."

'' Tya tak pasti atau Tya tak nak terima kenyataan hati Tya yang sebenar? Ryan tak bertepuk sebelah tangan kan? Soal rya sekali lagi kepada Tya .

''ya kalau Ryan memang nak tahu ,memang betul Tya dah mula sayangkan Ryan..tapi Tya takut hilang Ryan bila status kita lebih dari kawan..Tya tak nafikan semua tu Ryan..tapi tolong faham Tya.."

''Haa.cakap macam ni dari dulu kan senang, tak adalah ryan nak tunggu Tya mengaku sampai ambil masa lama macam ni..nasib baiklah Ryan ni bijak nak selesaikan masalah kita ni.."

''Eh kejap..jadi ryan ugut untuk pergi dari Tya tu sebenarnya untuk Tya mengaku semua?"

''Kalau Ryan tak buat macamtu smpai bila bila pun Tya asyik nak mengelak je.."

''Okay kali ni Tya marah..dan Tya rasa memang Ryan kena pergi dari hidup tya.."

''Pergi dari Tya ? Tak mungkin Tya...awak ingat perkataan saya ni..awak tak akan pernah boleh lupa saya walau berkali awak cuba sebab saya dah kunci hati awak tu "

''Ish..dah lah menyampah lah dengar ayat awak yang klise tu Ryan.."

'' Tak kisahlah Tya walau klise pun..yang penting saya dah dapat tahu perasaan awak dekat saya"

''Okay hari ni hari awak..esok hari saya pula "

''Oh tadi awak kata awak pening kan? Lepas ni awak tak pening dah..cuma lepas ni awak pening sebab tak dapat jumpa jalan lain dah.."

''Kenapa pula ? "

''Sebab awak dah masuk dalam hati saya..sampai bila-bila pun awak tak akan dapat keluar Tya..Percaya lah apa yang saya cakap ni.."

''Eh awak ni..dengan orang lain bolehlah nak percaya..tapi saya belum boleh percaya tau..saya nak rehat dulu lah..sambung nanti okay...selamat malam."

''Cepatnya dah nak letak..selalu kita oncall sampai 1 jam lebih tau...ni baru sekejap ja..awak nak letak dah? okaylah selamat malam...Jangan rindu saya tau..hahaha."

''Lambat lagilah saya nak rindu dekat awak...lebih baik saya rindu kat nenek saya yang dekat kampung tu..okay bye."

Tamat sahaja panggilan tersebut,Tya terlihat mukanya sendiri di cermin.dia menatap dirinya dengan keadaan pelik.

''Ish dah kenapalah dengan aku ni tak habis senyum dari tadi...gila ke apa ? dah tak okay dah aku ni..lain macam sumpahan Ryan Hayder ni..makin takut pulak aku nak teruskan hubungan ni..bahaya ni bahaya"..tya berbicara didalam hati sambil menampar -nampar mukanya.

''Aduh ! Sakit betul..okay aku tak mimpi...memang realiti ni..ish kau ni Tya.

Tya terus bangun untuk menutup lampu biliknya.Lalu dia merebahkan dirinya sambil tidak habis fikir tentang setiap kata-kata yang Ryan Hayder sampaikan padanya.sebelum ni dia tidak pernah merasa perasaan yang sebegitu walau sebelum ini dia juga pernah sahaja rapat dengan lelaki yang lain .

TAKDIR CINTA DIA (COMPLETED) حيث تعيش القصص. اكتشف الآن