BAB 4

125 3 0
                                    

Hujan telah  turun dengan begitu lebat pada waktu pagi  sehingga membuatkan sesetengah pelajar lambat sampai ke sekolah dan ada yang tidak hadir atas alasan hari hujan. Seperti biasa Tya telah sampai ke sekolah dengan awal kerana sikapnya yang begitu sejak daripada dulu lagi,dia sudah terbiasa untuk sampai awal supaya tidak kelam kabut setelah sampai ketempat yang ditujunya.

Dari jauh Tya ternampak lambaian tangan ke arahnya ,tapi Tya juga tidak pasti  siapa kerana dia tertinggal cermin mata di kelas kerana bergegas ke kantin untuk sarapan pagi kerana hari ini dia ingin sarapan dikantin sekolah.

''Tya !! Aku panggil kau banyak kali dari jauh kau buat tak tahu je..penat tau tangan aku ni ,boleh cramp tau..Fira terus membebel tanpa henti .

''Kau dah kenapa ,kau nampak kan aku tak pakai cermin mata,mananya aku nak nampak siapa yang dok melambai..kira okay lah tu buat tak tahu ,kalau aku buat pengsan baru kau tau.hahaha..lagipun kau tau kan orang rabun kurang pendengaran..".Jawab Tya kepada Fira.

''Halah kau tu banyak sangat alasan..pandai je nak menjawab
Eh..kau dah siap ke sarapan..jangan gerak dulu tau tunggu aku kejap..aku beli makanan kejap..lagipun Deyla dengan Nelly pun belum sampai kan.

''Dah sampai dah diorang, ada kat dalam kelas,diorang tak turun sebab diorang dah sarapan dekat rumah..haa.cepatlah aku temankan kau kejap sebelum aku ubah fikiran.."

''Okay..terima kasih cik Tya Humaira yang baik hati lagi cantik manis.."

''Eh kau ni aku geram je dengan kau ni, dah lama aku pendam ni..kecik je aku tengok kau ni...cepatlah pergi beli makanan tu janganlah asyik nak membebel je."

Setelah selesai makan, mereka berdua  pun terus naik ke kelas untuk sesi pembelajaran.Ketika dalam perjalanan mereka telah terserempak dengan Nelly dan Deyla  yang kebetulan mahu pergi ke tandas.

''Oi...tak ada orang lain ke aku nak jumoa dekat sekolah ni..asyik muka korang je,ni mesti nak pergi tandas kan...lawa sangat ke tandas tu ,bolehla aku daftarkan nama korang jadi  ahli persatuan tandas sekolah..ke nak jadi pengerusi tandas? Perli Fira kepada Deyla dan Nelly.

''Kau  ni kalau bab membahan orang pagi-pagi memang kau yang menang lah ek Fira..dah lah malas nak layan..bye.
Deyla dan Nelly pun berlalu pergi ke tandas manakala Fira dan Tya terus menuju ke kelas mereka.

Mereka pun menjalankan sesi pembelajaran seperti biasa..


Kriiing !!
Loceng rehat berbunyi dengan begitu nyaring sekali menandakan sudah tiba waktu rehat.Tya dan kawan- kawannya pun terus turun ke kantin untuk membeli makanan dan duduk dipondok yang berhadapan dengan kantin.

''Tya..aku nak tanya ni boleh tak? Kau kan belum ada pakwe ,cuma mungkin kau ada crush je lah kan. jadinya aku  nak tanya boleh tak kalau aku bagi number kau dekat kawan harith yang haritu datang masa majlis hari jadi aku tu..".Soal Nelly kepada Tya .

''Ooooh...yang haritu datang majlis kau tu Nelly ya..jangan bagilah Nelly ...aku tak rasa yang aku nak berkenalan dengan orang lain lagi..belum masa lagilah Nelly..biar jelah ya.. kau cakap je aku tak nak bagi okay...takpun bagitau je aku dah ada pakwe..Jawab Tya.

''Tapi kan Tya sebenarnya aku baru je bagi sebab dengar kau cakap ooooh tadi tu ..ingtkan kau okay...takpelah Tya benda pun dah bagi..tenang jelah ek Tya...aku rasa dia baik orangnya..tengok pun macam ikhlas tu..muka pun ada rupa..pilihan yang bagus tu.."Pujuk Nelly agar dapat meyakinkan Tya.

''Tak payah lah nak ikhlas bagai Nelly...kau dah buat salah kau pandailah nak cover balik ya..mana kau tau dia baik kalau kaubpun baru pertama kali junoa dia..datanglah propa kau tu ya..aku ni kan geram je dengan kau ni...pandai pandai je nak bagi number aku ya..cuba aku bagi number kau dekat orang lain..kau marah kan? Ish ! nak marah tapi kena sabar dengan kau ni..
Marah Tya kepada Nelly sehingga menampakkan wajahnya yang terlihat agak merah kerana menahan marah.

''Kalau jadi dekat aku..aku tengok keadaan lah Tya..kalau ada rupa mungkin tak apa lah boleh je kot.."sempat Nelly bergurau sambil mengangkat keningnya .

''Haha...bengong Nelly, kau tanya tapi dah bagi..baik tak payah tanya dok..Fira gelak sambil menunding jarinya ke arah Nelly.

''Entah Nelly..yang pelik-pelik  je dia ni...kawan siapa lah dia ni..aku takda eh kawan  macam kau.."sambung Deyla sambil melirik ke arah Nelly.

Setelah selesai  Waktu rehat mereka ,mereka pun terus masuk ke kelas ,kali ini giliran Deyla dan Tya pula pergi ke tandas sebelum masuk ke kelas.

Apabila mereka sampai sahaja dikelas , Tya terkedu kerana cikgu sudah memulakan sesi pembelajaran .Tya dan Deyla sempat bermain mata dengan Fira dan Nelly sebelum duduk dimeja mereka.

Deyla pun memulai bicara dengan berbisik ke arah Nelly.

''Eh beb...Awal pulak cikgu Biah sampai.. bisik Deyla kepada Nelly  disebelahnya.

''Mana ada cepat dok..korang tu yang keliling dunia baru masuk kelas kan...macam lah aku tak tau korang punya taktik jalan-jalan cuci mata  tu.. 
Semua blok kau lalu kan.."Jeling Nelly kepada Deyla.

''Ek eleh lebih lah si Nelly ni..macam kau tak pernah buat..Jebik Deyla kepada Nelly .

''Woi dahlah korang cikgu tu dari tadi dok perhati kita.jangan sebab korang ,kitorang yang kat belakang ni kena sekali..marah Fira kepada kawan yang berada didepan mejanya.

''Haa.kan Fira dah marah..belajar lah rajin-rajin macam fira baru boleh dapat number 2 dekat kelas.."Deyla sempat mengusik Fira.

''Kurang ajar ek..nanti kau "

''Sudah,pandang depan aku karate juga dedua ni"

Mereka pun terus terdiam dan fokus meneruskan sesi pembelajaran   sehingga akhir waktu persekolahan pukul 1 petang.

TAKDIR CINTA DIA (COMPLETED) Where stories live. Discover now