bab 4

377 16 0
                                    

Hari ini mara bangun terlalu pagi dengan semangat yang membara untuk melihat encik bunga di tokoh yang tidak jauh dari rumah nya .

Lepas bersiap , mara dengan semangat membuat serapan untuk keluarga nya dan bekal untuk encik bunga sekali dia tidak lupa untuk menyiapkan dengan perasaan penuh kasih sayang

Semasa sedang memasak , mara di kejutkan dengan seseorang perempuan yang berada di belakangnya dengan memakai telekung yang membuat mara menjerit di pagi hari

"Arhggg "

Senduk yang di pegang mara jatuh dan mengenai kaki nya

"Ish nenek, terkejut mara , dah lah telekung nenek warna putih" kata mara

"Ala kamu ni , dengan nenek pun nak takut .... Ni dah kenapa ... demam ke bangun awal ... Selalu tunggu bapak kamu kejut kamu baru nak bangun atau tunggu jiran sebelah tu dengar suara adik kamu menjerit dulu baru bangun " kata nek Ica

"Hari ni mara nak pergi kerja awal sikit... Sebab mara kena naik teksi ... Nenek kan tahu kereta mara rosak ... Tadi baru orang bengkel ambil kereta kat tepi jalan tu ... Alang alang mara nak tengok kereta mara kat bengkel sebelum pergi tempat kerja " kata mara

Nek Ica angguk tanpa mencurigakan kata kata cucunya itu . Nek ica berjalan masuk ke dalam biliknya yang betul-betul berada di dapur supaya nek ica senang untuk ulang alik ke bilik air tanpa memerlu berjalan jauh






Siap sahaja dari memasak , mara pergi ke bilik tuan fakhusy untuk menyuruh bapak nya makan dan dia tidak lupa mengejutkan Aura bangun kerana aura dari tadi tiada batang hidung menanda yang dia sudah keluar dari bilik nya

Aura ialah seorang pembantu untuk menjaga nek ica yang sedang sakit , tetapi bagi mara , aura sudah di anggap adiknya sendiri

Di meja makan mereka bertiga memandang mara pelik kerana muka perempuan tu hari ini lain daripada lain.

"Mara , ayah nak tanya ni " panggil tuan fakhusy

Mara memandang ayahnya tanpa berkelip

"Kenapa ayah , ayah nak bagi mara duit ke " tanya mara dengan muka tidak bersalah

"Eh kamu ni , bukan lah " kata tuan fakhusy

"Tak lah mara gurau ... Lagi pun mara ada duit lah .... Habis ayah nak tanya apa ?" Tanya mara dengan serius

"Ayah nak tanya , kamu ada apa apa ke ..sebab ayah tengok kamu bangun awal sangat ni ?"

"Ma-mana ada apa apa ... Hari ni kan mara naik teksi , sebab tu bangun awal " kata mara

"Ke akak mara ada pakwe " tanya Aura yang berada di sebelah nek ica tanpa bersalah

Mara terbatuk batuk selepas mendengar perkataan yang keluar dari mulut Aura . membuat Tuan fakhusy terus menuangkan air untuk mara lalu cepat-cepat memberikan kepada mara . Mara dengan cepat mengambil air itu lalu meminumnya.

"Kamu ni mara , cuba lah makan tu elok-elok... Kamu tu doktor , kalau hantar pergi hospital tak ke pelik doktor kat sana tengok kamu " kata nek ica

"Ish aura ni ha .. tanya soalan yang pelik-pelik" kata mara

"Eh aura pulak , tapi kan kak ... Jiran sebelah ni boleh tahan juga anak dia ... Kerja pilot pulak tu , semalam aura nampak anak dia baru balik dari tempat kerja dengan memakai seragam kemas pilot ... Menampakkan dia bertambah hensem" kata aura

"Eh tak nak akak , dah lah akak pergi kerja dulu nanti jangan lupa beres ni semua , nenek tu jangan lupa bagi makan ubat dan ayah jangan lupa makan ubat yang mara dah letak kat dalam beg kerja ayah ... Dah bye mara pergi dulu "

TUAN PILOT | RAYYAN RIZQIN (OG)Where stories live. Discover now