Bab 3

425 17 2
                                    

Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam menandakan semua doktor sudah di benarkan untuk pulang ke rumah masing masing tetapi tidak dengan mara dan Mira .

Mereka berdua sedang menyiapkan pekerja yang mereka tangguh dua hari lepas membuat pekerjaan mereka makin bertambah dan bertambah banyak nya

Mara sekarang berada di dalam bilik Mira bersama dengan dua lagi doktor yang sedang on call kerana hendak melakukan pembedahan kepada pesakit yang sudah membuat temujanji

Selepas mengambil masa yang agak lama . Akhirnya mereka berdua siap juga membuat kerja . Mereka berdua mengemas barang-barang yang bersepah di atas meja . Lepas mengemas mereka berdua jalan keluar untuk balik ke rumah masing-masing kerana hari semakin gelap

Semasam di bawah . Mara berasa tidak sedap hati apabila melihat pemandangan yang agak membuat dia seram sejuk

"Takpe mara jangan fikir apa apa , kau jalan terus ke kereta lepastu kau masuk ke dalam kereta lepastu kau kunci kereta dan semua itu akan selamat " Mara menarik nafas dalam dalam dan menghembus nafas dengan perlahan Lahan .

Selepas mara percaya diri yang tiada apa apa yang akan berlaku , dia bergegas ke tempat parking kereta dan terus menerobos masuk ke dalam kereta dengan sepantas kilat . Mara tidak lupa juga mengunci kereta supaya tiada orang asing yang masuk ke dalam keretanya

Mara dengan cepat menghidupkan enjin kereta. Ia juga tidak lupa memakai tali pinggang keselamatan

Dalam perjalanan ingin pulang kerumah dengan tiba-tiba keretanya mati di tengah jalan yang sangat gelap . Mara yang panik dengan cepat mencuba menghidupkan enjin kereta berkali-kali tetapi malangnya tidak hidup

Mara yang berasa rumahnya tidak jauh lagi dari situ terus membuat keputusan untuk keluar dari kereta untuk berjalan kaki sahaja dan ia tidak lupa mengambil barang keperluan seperti laptop handbag dan tidak lupa mengambil kunci kereta supaya tidak di curi Nanti

Semasa berjalan sambil memegang telefon pintar yang menyalakan lampu . Mara ternampak dua orang lelaki yang mabuk sedang menghampirinya.

Mara yang berasa takut dengan bersungguh-sungguh berjalan laju supaya tidak berjumpa dengan Lelaki itu tetapi malang tidak berbau . Dua lelaki itu mengejar mara sampai mara tidak sengaja jatuh kerana terpijak tali begnya

"Cik manis nak kemana , kenapa abang nampak tergesa-gesa je ni "

"Bukan urusan kau " kata mara

Mara bangun dan ingin pergi dari situ tetapi dia di halang dengan seorang lelaki pendek . Lelaki itu memegang bahu mara . Itu membuat mara berasa sedikit takut dan sakit kerana lelaki itu menggengam bahunya dengan sangat kuat

"Nak abang teman kan tak ... Alang alang abang boleh jamu adik sikit" kata Lelaki yang berada di depan mara

"Aku tak nak lah , le-lepas lah , kau tak layak untuk sentuh aku " kata mara

Mara menepis tangan lelaki itu dari bahunya yang membuat lelaki itu makin kesal dan marah

"Apa degil sangat ni ... Aku cakap nak teman kau je kan "

Lelaki itu dengan berani menggengam bahu mara dengan lebih keras . Mara yang berasa sakit terus menyepak di bahagian sensitif lelaki itu , yang membuat lelaki itu berlutut kesakitan di hadapan mara .

Mara yang berasa dirinya tidak di jaga terus berlari dengan bersungguh-sungguh kerana dua lelaki itu masih tidak mahu kalah dan mengejarnya. Itu membuat mara semakin panik

Mara terus berlari bersungguh-sungguh sampai takdir ada di pihaknya. Mara melihat sebuah tokoh yang masih bercahaya, dengan kesempatan itu mara berlari ke tokoh itu untuk meminta bantuan

TUAN PILOT | RAYYAN RIZQIN (OG)Where stories live. Discover now