Bab 1

818 16 1
                                    

"MARA !" Panggilan itu terus membuatku kembali ke dunia nyata .

Mara...Ye itu nama aku . Nama penuh , Nur tsamara Yumna . Aku bekerja sebagai seorang pakar pediatrik. Aku mengambil keputusan untuk menjadi pakar pediatrik hermatologi-onkologi selepas sahaja aku tamatkan pembelajaran ku di Universiti Sains Malaysia Hospital (Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian)tapi malangnya aku sendiri ada penyakit yang membuat hidupku selalu murung dan aku sendiri bertanya tanya ada ke orang nak berkahwin dengan aku kalau tahu penyakit ini.

"Mara oh mara " dia menyebut kembali nama mara sambil berjalan ke arah mara dengan membawa satu fail berwarna hijau di tangan nya

"Ye Mira , kau nak apa panggil aku ni ? Rindu aku ke?" Tanya mara yang mendapat jelingan dari mira

"Eh tak ada masa aku nak rindu kau..Kau tu buat apa kat sini.. dari tadi aku cari kau tahu tak " kata mira

"Aku cuma duduk sini sambil melihat pemandangan yang indah ni " kata mara dan mendapat keluhan kecil dari sang pendengar . Mara membiarkan sahaja yang mara tahu kenapa kawan baik mencari dia sampai ke sini

" Kau nak apa cari aku ni Mira..selalu aku tengok kau berkepit dengan sang suami"kata mara sambil melihat sekeliling.. mana tahu lelaki itu sedang bermain sorok-sorok dengan dia. Tapi malangnya tiada petanda yang lelaki itu akan keluar dari persembunyian

"Si Haikal ada meeting..sebab tu aku cari kau maklumlah aku ada kau je selain si Haikal " kata Mira dengan muka tiba tiba bertukar sedih yang dibuat buat . Mara melihat itu hanya menjeling Mira

"Kau tak payah buat drama kat sini , cakap kau nak apa panggil aku " tanya mara dengan penasaran

"Oh terlupa pulak aku .. ni fail pesakit baru yang kau akan rawat " kata Mira dan menghulurkan fail kepada mara . Mara mengambil lalu membukanya untuk melihat isi di dalam

"6 tahun , biar betul ni " tengok mara lagi sekali

"Betul lah , buat kata doktor Farrel budak tu kena demam tinggi dalam 5 hari macam tu baru mak dia bawa pergi hospital dan dokter check dia ada masalah hermatologi-onkologi ... selepas buat appointment baru lah budak tu boleh transfer ke hospital sini dan doktor farrel pon memberi budak ini kepada kau ... mak budak tu kata dia takut kepada doktor ... sebab tu doktor farrel bagi kat kau sebab dia percaya yang kau boleh jaga budak tu"cerita mira panjang lebar kepada mara dan mira berharap yang kawan baiknya faham apa yang dia cerita kan kerana dia sangat malas untuk mengulang balik apa yang dia sampai kan tadi

Mara angguk kan sahaja . walaupun dia tidak faham apa yang di sampaikan kawan baiknya itu .

"Muhammad Adrian putra bin Muhammad al-sayadda .. aku macam kenal lah nama ni ''

mara mengingat semula nama yang tidak asing bagi dia . mira hanya pasrah dengan kawan baik nya yang mudah lupa tentang hal dunia . apatah lagi itu dunia bissnes

"dato muhammad al-sayadda yang terkenal dalam dunia bisnes... ala yang masuk televisyen semalam tu'' kata mari

Mara yang mendengar berita itu terkedu" a..apa aku pulak yang rawat.. kau lah rawat budak tu " kata mara yang meletak fail di sebelah mira . mira melihat sahaja tanpa niat untuk mengusik fail tersebut

"Eh tak boleh , kau kena ambil ni sebab aku dah ada pesakit lain " kata Mira sambil mengambil dan menghulurkan semula fail itu kepada mara .mara menerima fail itu dengan muka pasrah nya

"Baik lah puan Mira.. tapi aku tak janji yang aku boleh buat budak tu suka kan aku ... kau tahu lah aku ni jenis macam mana .. risau tak sampai seminit budak tu dah lari karang'' kata mara

''aku yakin kat kau lah .. kau tu bukan jahat sangat sampai budak tu nak lari tak cukup tanah pon..aku tahu muka kau tu nampak je garang tapi bila kena kerja anjing kau dah lari dulu sampai menangis nangis " kata Mira

TUAN PILOT | RAYYAN RIZQIN (OG)Where stories live. Discover now