00

1.5K 30 2
                                    

Tuan pilot | Rayyan Rizqin

"Abang 1 minggu lagi mara akan pergi ke luar negara sebab ada misi di sana sebagai pembantu makmal di hospital terbesar...apa abang boleh hantar mara dekat KLIA ?"

"Boleh sayang ... Apa yang tak boleh abang buat kalau sayang yang suruh ... Asalkan sayang selamat dan tidak menggatal dengan lelaki di sana sudah lah "

"Maaf abang ... Isteri abang terlalu mahal untuk lelaki yang bukan mahram selain abang dan ayah mara "

Dia memeluk mara sambil mengusap kepala mara dengan penuh kasih sayang

"Abang pegang kata kata sayang "

Malam itu mara mengemas barang keperluan seminggu di luar negara dan tidak lupa beg lagi satu mengisi semua keperluan doktor untuk jaga jaga di dalam pesawat nanti

Semasa sedang mengemas. Mara di kejutkan dengan seorang lelaki yang sudah berada di belakang tanpa bunyi apa apa yang mara dengar sejak lelaki itu masuk ke dalam bilik tidur mereka

"Astaghfirullah abang , terperanjat mara ... Bila abang masuk , mara tak dengar pun bunyi pintu terbuka dengan bunyi tapak kaki abang ?"

"Abang kan hero , hero kena lah masuk senyap senyap kalau tak nak orang lain tahu "

"Banyak lah hero , Kalau mara ada penyakit jantung memang mara dah rebah dekat depan abang "

"Sebab abang tahu mara tak ada sakit jantung abang buat ni .. kalau abang tahu mara ada sakit jantung tak ada nye abang nak buat ni ... Abang tak nak jadi duda dengan umur yang masih muda ni . Sayang pun tahu kan kalau sayang hilang , separuh nyawa abang pun hilang "

Mara tersenyum dengan apa yang dia dengar . Dia masih terbelah bagi untuk meninggalkan suaminya semasa dia berkerja , walaupun hanya seminggu

"Amore , sini duduk"

Mara bangun dan duduk di sebelah suaminya dengan senyuman yang tidak pudar dari tadi

"Amore , abang nak minta maaf sebab esok abang tak boleh hantar sayang dekat KLIA sebab abang ada pekerjaan dekat tempat lain "

Mara memberi senyuman manis di depan suaminya walaupun di dalam hatinya ada perasaan kecewa

"Tak apa abang , mara faham . Abang kerja nak cari rezeki... Takpe ayah boleh hantarkan mara esok ... Bila abang gerak , biar mara tolong kemaskan barang-barang abang "

"Sekali lagi abang minta maaf.. malam ni abang dah bergerak ke sana .... Sekarang ni abang nak bermanja dengan sayang dulu , barang tu biar mak Milah kemas "

"Tak susah kan mak Milah ke "

" Tak sayang .. dah jumpa abang bawak sayang pergi jalan jalan sebelum abang dah tak jumpa sayang dalam beberapa minggu"

Keesokkan harinya , dengan perasan kecewa mara duduk di kerusi pesawat yang betul betul di tepi tingkap sambil memandang ke arah langit

"Abang mara dah nak bergerak ni ... Mara harap , nanti mara balik ke sini abang ambil mara "

Belum sempat mara menutup mata . Mara mendengar suara yang dia sangatlah kenal

"Assalamualaikum dan salam sejahtera , di sini kapten anda bercakap. Sebentar lagi kita akan berlepas , saya harap tuan dan puan bersabar dan kepada isteri abang , abang harap sayang tidak terkejut mendengar suara suami awak yang kacak ni "

Semua penumpang mencari-cari siapa gerangan yang disebut oleh kapten kapal

Mara hanya menunduk kepalanya kerana malu dan merasa dirinya masih tidak percaya apa yang dia dengar sebentar tadi

"Aku rasa , aku mimpi ni . Baik aku tidur balik .. kut Kut aku bangun semua nye ok"

Tuan pilot| Rayyan Rizqin
Kapten Rayyan Rizqin dan doktor tsamara yumna

TUAN PILOT | RAYYAN RIZQIN (OG)Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu