Bab 2

412 17 2
                                    

Di dalam satu bilik yang khas untuk para pakar pediatrik seperti yang mara jadi sekarang. Mara sedang memenangkan fikiran supaya dia tidak tergagap dengan pesakit baru nya

"Hai adik yang hensem .. bolehkah kakak bertanya sesuatu dekat awak? " kata mara sambil merapatkan kerusi Adrian dangan dia .

Adrian anggukan sahaja

Mara menarik nafas dan menghembuskan nafas dengan perlahan-lahan sebelum dia beranikan diri untuk bertanya pelbagai soalan kepada Adrian

"Adik Adrian .. kalau doktor panggil awak Rian boleh ?" Tanya mara

"Kenapa doktor pulak .. awak tu kakak Adrian .. kakak Adrian tak boleh sama kan macam doktor Jahat tu " kata Adrian secara tiba-tiba. Membuat mara terdiam . Terdiam supaya tidak keluar kan gelak tawanya dengan kuat

"Hurm , okey dok.. eh kakak tak kan panggil diri kakak doktor ye .. tapi kalau Rian buat kakak marah .. kakak akan jadi macam doktor jahat yang kamu takut tu faham ! "

Adrian mengangguk patuh dengan tangan di buat seperti sedang mengangkat tadbir hormat seperti tentera

"Rian akan menurun perintah puan "

Mara tidak tahan dengan kecomelan Adrian.. membuat dia tidak tahan menahan ketawanya dari keluar

"Rian ni kelakar lah , kalau macam ni kakak tak boleh jadi doktor jahat tu sebab Rian mesti akan buat kakak ketawa" kata mara dengan gelak tawa yang masih belum berhenti

Mara yang masih tergelak dengan cepat mengawal dirinya supaya tidak di cop gila oleh si adrian

"Ok Rian , kakak nak check rian .. lepas siap check kakak bawak rian pergi bermain ye .. dekat sana ramai kawan-kawan baru .. Rian boleh berkawan dengan diorang dan main sama-sama dengan diorang semua , Tapi Rian kena ingat jangan bergaduh dengan diorang.. nanti diorang nangis , faham "

Adrian angguk patuh dengan semua yang di katakan oleh mara .

Mara bangun dan membetulkan bajunya ia juga tidak lupa mengangkat Adrian turun dari kerusi. Selepas itu mara mengambil fail Adrian di atas meja dan memimpin tangan Adrian supaya Adrian tidak lari atau pergi melancong ke tempat lain semasa mereka berjalan ke bilik Mira yang berada di belah bilik mara

Semasa pemeriksaan di mula , Adrian sangat patuh dan tidak membuat sebarang masalah di situ kerana ditemani oleh mara yang dia sudah anggap seperti kakak kandungnya sendiri

"Hei , kenapa tengok kakak macam tu ?" Tanya mara kerana sejak dari mula pemeriksaan Adrian tidak lepas memandang nya

"Rian tengok kakak sebab Rian takut kakak tinggalkan Rian sorang sorang" jujur Rian

Mara yang mendengar hanya mengeling kepala " Rian , kakak ni tak ada lah jahat sangat nak tinggalkan awak sorang sorang kat sini .. lagi pun kan ada kakak Mira kan sini " kata mara sambil menunjuk ke arah Mira yang sedang membuat kerja

"Tak nak kakak Mira ... Nak kakak mara je ... Tak nak yang lain " kata Rian

Rian dengan cepat memeluk lengan mara dengan sangat kuat supaya mara tidak pergi ke tempat lain selain di sisi nya

"Rian sayang .. kalau kamu pegang je kakak ... Macam mana kakak nak buat kerja , kan Rian kata nak pergi main sama-sama dengan kawan baru " pujuk mara

Mira tergelak dengan apa yang dia lihat di depan mata

"Seperti mak yang sedang pujuk anak " kata mira . Mara menjeling tajam membuat tuan badan mengalihkan pandangan

"Rian .. tolong bagi kakak pergi ya... Kalau Rian peluk kakak , kakak tak dapat siap kan kerja ni ... Kalau kakak tak siap kerja ni , kakak tak dapat bawa kamu pergi main " kata mara sambil mengelus rambut Adrian dengan penuh kasih sayang. Itu membuat Adrian makin nyaman bersama dengan mara

TUAN PILOT | RAYYAN RIZQIN (OG)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora