Tya pun mengikut arahan Kak Ji, dia mengikut Kak Ji dari belakang.

Tuk tuk!

''ya masuk"

''Bos ,hari ni Tya dah lapor diri untuk hari pertama..saya dah tunjukkan bilik dan beritahu dia serba sedikit tentang syarikat kita"

''Okay Fauziah.. terima kasih,lepas ni Tolong Tya Humaira untuk urusan kerja setiausaha peribadi saya ya...tak apa awak boleh sambung kerja..saya ada nak bercakap sedikit dengan Tya "

''Baik bos,saya Tolong Tya mana yang mampu..kak Ji Keluar dulu"

''Eh Kak Ji,Jangan tinggal saya..saya macam mana.saya takut kak...saya .nak ikut.."

''Ish kamu ni Tya..macam kena tinggal dekat penjara pula..bos nak cakap je bukannya nak makan kamu..duduk diam situ..."Kak Ji membesarkan matanya.

''Saya minta diri dulu Bos" Kak Ji pun keluar dari bilik Tersebut.

Tya terus mengalihkan pandangannya apabila Fayyadh Syah menatap wajahnya.Tya sepertinya sudah terpaku disitu,hanya mata yang melilau kesana sini.Dia takut nak bertentang mata dengan Fayyadh Syah kali ini,mana taknya dengan tatapan sahaja boleh membuat semua perempuan cair melihat Fayyadh Syah.

''Hah Tya.. selamat datang ke syarikat saya yang kecil ni..dekat sini awak jangan risau mereka semua saya dah anggap keluarga..dekat sini tak ada yang bersikap toksik...semua saya dah buang jauh-jauh..diorang semua sangat supportive ..diaorang bekerja sama-sama macam satu keluarga..susah senang sama-sama..dekat sini saya dikenali dengan nama Fayyadh,begitu juga panggilan saya bila berjumpa dengan klien saya . jadi awak kenalah biasakan diri dengan nama Fayyadh tu.okay jadi macam mana dengan separuh hari awak dekat sini? " soal Fayyadh  Syah kepada Tya .

''Tya okay"Balas Tya.

''Tya ? Awak ni okay ke tak ni? Tiba-tiba awak jadi pendiam..macam tak selesa langsung nak cakap dengan saya..sedangkan selalunya mulut awak tu tak berhenti asyik membebel je..sampai saya sendiri tak dapat peluang nak bercakap" kata Fayyadh Syah kepada Tya.

''saya okay je Syah..Eh bos" Tya dah mula tergagap bila ditenung oleh Syah.Dia tak nafikan Syah memang kelihatan berbeza hari ini..sebelum ni dia cuma melihat Fayyadh Syah berpakaian biasa sahaja ,tidak pernah pula dengan berpakaian kemas ,tambahan memakai coat pula membuat dia bertambah handsome.

''Tak kisahlah Tya awak nak panggil saya Syah ke Fayyadh ke Bos ke ,kalau nak panggil saya abang pun boleh juga" Sempat Fayyadh Syah mengusik Tya .

''Haa? Abang ? Kenapa mesti abang ya?" Soal Tya.

''Mana tahu suatu hari nanti saya jadi abang sayang awak ke?hahaha. "

''Syah, kita kan dah janji untuk profesional dalam kerja kan..kalau Syah terus macam ni..Tya nak baliklah.."

''Tya ni masih tak berubah sama je macam dulu..bila dah kalah je mulalah dia nak merajuk..haa okay..Tya pergi buat kerja dulu ya..lagi 1 jam Dah boleh makan tengahari dah tu.." Fayyadh Syah mula memujuk Tya.

''Okay bos,saya keluar dulu.."

''ya ..baik-baik jalan tu tengok depan..jangan tengok saya takut terjatuh pula..Fayyadh Syah sempat mengusik Tya .

Tya pun berjalan menuju ke biliknya..baru sahaja dia sampai dimeja..kak J i telah datang kepadanya.

''Tya bos cakap apa je tu? Tya memang dah lama ke kenal bos ? Sebab Kak Ji tengoklah Bos tak pernah lagi nampak gembira macam ni..selalunya nak senyum pun susah tau.."Kak ji mula soal siasat Tya dengan pelbagai soalan.

''Kak Ji ,Tya tak kenal rapat pun dengan Bos tu..Kak Ji janganlah tanya Tya macam Tya ni buat salah besar.

''Tak lah ,ni kak Ji nak tanya ,kamu bawa makanan tengahari tak? Kalau tak bawa, jomlah rehat nanti keluar dengan kak Ji makan dekat kedai depan tu..diaorang semua ni keluar ,nanti kamu tinggal seorang pula.."Jelas Kak Ji.

'' Oh macam tu ke Kak Ji? Yelah Tya ikutlah..takutlah nak duduk dalam ni seorang" Jawab Tya.

Tya pun mula belajar buat minit mesyuarat dari Kak Ji,Kak ji juga pesan agar Tya mesti sentiasa bawa buku nota untuk memastikan setiap jadual bos ditulis agar tidak lupa . Tya perlu sentiasa update jadual harian dengan bos .Tya juga kena tahu tarikh untuk jumpa klien dan sebagainya. Tya juga perlu keluar jika bos ada mesyuarat diluar . Kerana tugas setiausaha peribadi merupakan tugas yang besar.

Tya melihat jam sudah pukul 12 tengah hari.Tya pun mencapai bag untuk keluar makan.. Tya melihat Kak Ji sudah menunggu depan pintu.

'' Fauziah, kenapa awak tercegat dekat pintu Tya ni? Soal Fayyadh Syah .

''Saya nak ajak Tya ni keluar makan,dia tak ada kawan ,semua orang kan makan kat kedai depan.."

''Oh tak apa..terima kasih ya..mulai hari ni awak tak payah ajak Tya sekali keluar makan..sebab lepas ni dia akan makan dengan saya dekat luar.."

''Eh tak apa Bos ,Saya nak ikut kak Ji, saya dah janji nak makan dengan dia sampai bila-bila" Jawab Tya.

''Oh ye ke Fauziah ? "Fayyadh Syah mengajukan soalannya sambil mengangkat keningnya.

''Errr...Memang janji nak makan sama ,tapi tak ada lah janji sampai bila-bila..kalau bos nak keluar dengan Tya..saya keluar dulu lah ya..bye tya..kak Ji keluar dulu..lain kali kita makan sama ya.."

''Haa ,termenung apa lagi tu..jomlah kita keluar.. tadi dah semangat sangat nak pergi makan.."

''Bos ,mana boleh keluar makan dengan pekerja.." Rungut Tya.

''Eh awak tu setiausaha peribadi saya,jadi mana saya pergi ,situlah awak kena ada walaupun makan tengahari sekalipun..lagi satu,awak tu bukan pekerja saya je..tapi awak tu jiran saya juga..kalau awak kena culik macam mana ? Siapa nak jawab pada mama awak? Bertalu-talu soalan yang diajukan kepada Tya sehingga Tya tidak sempat menjawabnya dek kerana ceramah Fayyadh Syah kepada dirinya.

''Tapi saya tak nak keluar berdua je dengan dengan bos..nanti kena gosip pula"

''Siapa kata kita keluar berdua aje? Tengok tu pak karim dah tunggu kita"

''Pak karim? Siapa pak Karim? "

''Lah pemandu peribadi saya lah...kita naik kereta syarikat.. nanti kalau saya naik kereta sendiri mesti awak tak nak ikut kan..lagi satu awak kena berbaik tau dengan pak karim tu..sebab lepas ni boleh kata tiap hari awak akan jumpa dia..tambah Fayyadh Syah lagi.

''Kenapa kereta ni besar sangat , tak ada lagi besar ke..malulah saya naik kereta duduk belakang macam ni..saya nak duduk depan lah dengan pak karim"
Tya terus turun duduk di sebelah pak karim."

Fayyadh Syah hanya melihat Tya dengan senyuman sambil menggelengkan keoalanya ,kerana dia sudah  faham sangat dengan perangai Tya sejak dari dulu lagi.

Sampai sahaja dikedai makan,Fayyadh Syah terus membuat pesanan makanan. Tya hanya menunggu dimeja makan .

Sampai sahaja makanannya,tya terus fokus makan..kerana makan yang dipesan adalah makanan yang dia suka.Syah hanya melihat tingkah Tya . Sudah lama dia tidak melihat Tya sedekat ini.

Mereka sampai di pejabat agak lewat sedit kerana jalan jem.

''Bos jangan potong gaji saya tau..saya lambat sebab bos.."

''Ish.Tya ni..ya saya taulah..yang awak risau sangat kenapa?"

''Mestilah hari ni hari pertama kerja dah masuk rehat lambat.." Jebik Tya .

''Okay saya minta maaf dah buat awak lambat..lepasni tak lambat lagi okay.."

''Eh tak payah lah..mana ada bos minta maaf pada pekerja.."

''Haa tau pun habitu kalau saya tak minta maaf awak punya muncung tu boleh sangkit hanger tau.."

''Okay lah saya nak sambung buat kerja..nanti balik hati-hati..petang jalan jem tau..dah sampai rumah beritahu saya.."

''Haa.yelah okay"

Tya balik kerja pada pukul 5 petang. Manakala Fayyadh Syah masih berada dalam biliknya,dia belum balik lagi.

''Kak Ji..bos memang tak balik ke?"

''Bos memang balik lambat Tya..sebab banyak kerja yang dia kena selesaikan..tapi nanti kalau kamu dah pandai..bolehlah tolong bos tu..dapat lah dia balik awal sikit.."

''Okaylah Kak ji..Tya balik dulu...hati-hati kak Ji..Bye."

TAKDIR CINTA DIA (COMPLETED) Where stories live. Discover now