"Emm.. Vy baru perasan. Abang cukur misai ea?".

"Ya. Kenapa? Handsome ke? Abang dah tahu abang handsome"kata Daren memuji diri sendiri.

"Eh! Perasan pula encik Daren ni". Daren tertawa geli hati.

"So, lepas ni pergi mana?".

"Nak pergi grocery sekejap. Sebab malam ni nak masak. Abang makan malam sekali ya"ajak ku. Sudah lama aku tidak makan bersamanya.

Daren memandang wajah aku yang sangat mengharapkan dia turut serta untuk makan malam. Lantas dia menarik senyum dan mengangguk tanda setuju.

"Yeay! Dyan, malam ni Daddy dinner sekali dengan kita"bagitahu aku kepada Dyan.

"Hah? Betul ke Daddy?"Dyan berdiri di atas bangku dan bertanya inginkan kepastian.

"Iya sayang... malam ni kita makan sama-sama"jawab Daren. Dyan bersorak riang lantas memeluk Daren kegembiraan. Aku turut mengukir senyum melihat Dyan begitu gembira dengan kehadiaran Daren disisi.

❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

Hidangan yang selesai dimasak aku hidangkan di atas meja makan. Elisya membantu aku menyusun pinggan di atas meja. Jug air dan juga cawan aku bawa ke meja makan. Seusai itu, barulah aku menguruskan Dyan untuk mandi dan menukar pakaian harian ke baju tidur.

Deringan loceng rumah menandakan ada seseorang yang datang. Aku yang masih menyiapkan Dyan menyuruh Uda untuk membuka pintu bagi melihat siapakah yang datang.

Uda menguak pintu dari dalam dan melihat figura Daren di hadapan pintu. Bibir terus mengukir senyum. Nampaknya Daren kotakan janjinya untuk datang.

"Weh! Datang juga kau ya. Aku ingat kau tak datang"sapa Uda berjabat tangan dengan Daren.

"Aku dah berjanji. Mesti aku kotakan"jawab Daren. Uda mempelawa Daren untuk masuk.

"Vy mana?"soal Daren.

"Dalam bilik. Tengah siapkan Dyan. Pergilah". Belakang badan Daren di tolak perlahan oleh Uda. Daren sedikit teragak-agak mahu ke bilik.

Lambat-lambat dia menapak ke bilik aku dengan kedua tangan di dalam poket kotnya. Pintu yang terbuka sedikit di tolak perlahan. Terlihatlah aku yang melutut di tepi katil sedang menyiapkan Dyan duduk di birai katil siap mengenakan pijama tidur.

Melihat akan itu membuatkan Daren tersenyum sendiri. Bahunya di sandarkan di bingkai pintu dengan sebelah kaki di silangkan. Anak matanya tekun melihat aku yang menyisir rambut Dyan.

"Eh! Daddy!"sahut Dyan yang mula menyedari akan kehadiran Daren disitu. Pantas dia melompat turun dari katil dan berlari anak mendapatkan Daren. Daren melutut menyamakan ketinggiannya dengan Dyan.

"Handsomenya anak daddy ni.."ujar Daren menyentuh pipi tembam Dyan.

"Macam daddy"sahut Dyan riang.

"Yes. Macam daddy. Dyan pergi dekat uncle uda dulu, daddy nak cakap dengan mummy sekejap"kata Daren. Dyan mengangguk dan terus keluar dari bilik mendapatakan Uda di ruang tamu.

Aku bangkit dari duduk lalu mengambil sikat dan lotion Dyan untuk di simpan kembali didalam beg. Tiba-tiba tindakan aku  terhenti apabila merasakan sepasang tangan melingkar di pinggang aku. Wajah Daren yang di tongkat di atas bahu aku membuatkan aku kejung.

"Abang, kenapa ni?"soal ku hairan. Tiba-tiba saja datang memeluk aku.

"Terima kasih dan sorry"ucap Daren.

"For what?".

"Terima kasih sebab sayang dah besarkan Dyan dan sorry sebab abang tak ada bersama sayang utnuk besarkan Dyan"tutur Daren pebuh rasa bersalah.

Lingkaran tangan di pinggang aku longgarkan. Badan aku pusing menghadap Daren. Kedua belah pipinya aku pegang dan anak matanya aku tatap.

"Abang, no need to be sorry. Now you here. Abang boleh tengok Dyan membesar depan mata abang"kata ku.

"Abang janji, abang akan sentiasa ada dengan Sayang dan Dyan bila diperlukan".

"Vy tak nak abang berjanji. Tapi Vy nak abang lakukannya. Okay. Dah, jom makan"aku menarik tangannya untuk keluar kerana perut aku boleh dikatakan agak lapar.

"Wait"Daren menghentikan langkah aku. Dia mendekati aku lalu tangannya menyentuh rambut aku yang sudah pendek separas bahu.

"You cut your hair?"kening Daren terjungkit sebelah.

"You cut your hair?"kening Daren terjungkit sebelah

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

"Kenapa? Is it bad?"soal ku kembali.

"No.. it beautiful. It's suit you well"jawab Daren tersenyum. Aku juga turut merekah senyum. Alangkah bagusnya jika dia mengetahui akan alasan mengapa aku memotong rambut.

Kami mengorak langkah keluar menuju ke meja makan dimana yang lain sudah menunggu. Malam itu merupakan malam yang sungguh indah buat diri aku dan Dyan. Dyan pula tidak mahu berjauhan dengan Daren. Asyik saja menempel ke mana saja Daren pergi. Aku tidak cemburu, malah aku gembira melihat Dyan dan Daren begitu akrab. Inilah yang aku mahukan. A happy Family.




Bersambung...

Sorry guys banyak merapu sikit. Enjoy reading..

Avyren [✔️]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora