" Aku kena tolong settlekan masalah diorang ".

🕰 ♦ 🕰 ♦ 🕰

Lebih kurang pukul sembilan pagi, Imran telahpun sampai ke destinasinya. Sebelum dia tiba di rumah agamnya, dia singgah sebentar ke masjid untuk menunaikan solat sunat dhuha. Selepas itu, dia singgah lagi ke mana-mana kedai untuk membeli sedikit barangan dapur.

Pada masa yang sama, di rumah agamnya, ada sepasang kembar seiras yang sedang menyiram pokok-pokok bunga di halaman rumah.

"Abang, betul ke Tuan Imran sanggup tak ikut family Pak Afi semata-mata nak beraya dengan kita di sini? ", soal Edmond kepada abangnya, Edward.

Edward yang sedang menyiram pokok bunga mawar merah pun terjeda.

"Yes Edmond. Aku tak tahulah nak cakap apa lagi kat Tuan. Katanya dia nak tolong kita belajar di oversea sana. Tapi, kau pun tahu kan yang kita ni nak bekerja kat sini je ? ".

"Betul-betul", balas Edmond.

Meskipun mereka berketurunan Portugal, Edward dan Edmond sememangnya fasih berbahasa Melayu. Manakan tidak, kalau dari kecil sudah didedahkan dengan cara kehidupan orang Melayu?

"Sebab korang muda lagilah kena belajar, bukan bekerja ! " celah seorang dari belakang. Dan orangnya merupakan pemilik rumah agam ini.

"Eh Tuan Imran ! " serentak kembar itu menjerit lalu bersalaman dengan Imran.

"Ish tuan ni, kalau datang mesti suka buat orang terkejut ! " omel Edmond.

"Lah, rumah aku. Suka hati akulah " balas Imran dengan selamba.

"Kalau ye pun bagilah salam " ujar Edward pula.

Imran pun tersenyum senget.

"Assalamualaikum semua.. ".

"Waalaikumsalam, haa macam nilah karakter Indra Sujiwa yang kita dengar! Peramah.. Sopan-santun... " bodek Edmond.

"Eh tapi dik, tak cukup sempurna kalau Indra tak berpantun. Ya tak tuan? " Edward menjongketkan kening kepada Imran.

Imran pun memusingkan bebola matanya.

"Khutbah Jumaat oleh Pak Abu,
Terlihat gagah di atas mimbar,
Sudah lama tidak ketemu,
Wahai dua beradik kembar ".

Alangkah lebarnya senyuman dua beradik itu.

"Wahh, ini baru Melayu ! Melayu sejati , rancak berpuisi ! " ujar Edmond.

Imran pun menggeleng-gelengkan kepala.

"Bukan main kau orang ni ya? Dah solat zohor atau belum? " Imran bercekak pinggang.

Kedua-dua jejaka itu tersengih.

"Tuan, jadilah imam.. " pinta Edward.

"Ihh, mengada-ngada" Imran pun terus berpaling daripada mereka.

🕰 ♦ 🕰 ♦ 🕰

Usai menunaikan solat asar, Imran keluar dari rumahnya melalui laman belakang. Meskipun rumahnya dikelilingi hutan, Imran sudahpun arif tentang jalan untuk menuju ke sesuatu tempat.

Setelah melalui jalan hutan yang begitu sempit dan gelap dek dilindungi pokok-pokok yang begitu tinggi, akhirnya dia sampai ke satu tempat. Tempat yang lapang dan luas, iaitu pantai.

Imran melangkah lagi sehingga hujung seliparnya bertemu dengan gigi pantai. Ombak yang tenang perlahan-lahan mencium kakinya.

Imran pun mengambil tempat duduk di atas sebuah batu yang besar berdekatannya. Matanya tak lekang daripada memandang laut yang terbentang luas. Langit pun masih membiru. Tanda tak mahu bertukar senja kerana waktu pun baru menunjukkan pukul 6:30 petang.

550 TahunWhere stories live. Discover now