TAMAN 13

13 0 0
                                    


Uhukk . Uhukk .

Telinga Alia menangkap bunyi batuk seseorang . Namun tiada seorang pun yang berada diruang tamu mahupun dapur .

Dahtu siapa yang batuk ? Takkan hantu kut ?

Umi dengan abah tak ada dekat rumah . Baru dua hari lepas mereka pergi menunaikan umrah . Alhamdulillah tercapai hajat umi abah .

Hal syarikat akan di uruskan oleh Anaqi memandangkan tak lama lagi Tan Sri Ahmad Syukri akan bersara .

Lagipula dari dulu lagi Tan Sri Ahmad Syukri tidak suka dengan bisnes namun disebabkan oleh syarikat tersebut diamanahkan kepadanya mahu tak mahu dirinya perlu menjaga syarikat dengan baik .

Oleh kerana dirinya sudah tua dan ada anak lelaki yang boleh diharap jadi dirinya tidak berfikir dua kali untuk menyerahkan Syarikat VY kepada Anaqi .

Masa tuanya akan dihabiskan dengan family dan cucu menantu yang akan datang .

Uhukk . Uhukk .

Dicari-cari mana datangnya bunyi tersebut . Lagipula dalam rumah ni hanya Alia dengan Anaqi sahaja . Pembantu rumah iaitu Mak Yah tu tolak tepi lah sebab baru saja pagi tadi dilihatnya sihat walafiat .

Hah ! Anaqi !

Dengan langkah cepat , Alia mengetuk pintu bilik Anaqi " Abang . Abang oke tak ? "

Namun soalannya dijawab dengan batukan dari Anaqi sahaja .

" Adik masuk ye " usai berkata Alia memulas tombol pintu lalu masuk ke dalam bilik abangnya .

Gelap .

Matanya melihat sekujur tubuh yang masih berbalut dengan selimut tebal . Aircond dengan kipas jugak tidak dihidupkan .

Patutlah panas semacam jer .

Langsir bilik diselak lalu tingkap yang masih tertutup dibuka membiarkan cahaya luar masuk sekaligus membenarkan udara segar memenuhi ruangan tersebut .

Kaki dibawa merapati tubuh layu  Anaqi " abang .. abang tak sihat ke ? "

Digoyangkan tubuh Anaqi yang berbalut selimut itu . Tangannya yang masih memegang selimut tersebut boleh merasa bahang dari tubuh abangnya itu .

" Panasnya badan abang ! "

Dengan lembut digoyangkan tubuh Anaqi sekali lagi " abang bangun . Alia bawak abang pergi klinik "

Anaqi bergerak perlahan " adik .. "

Uhukk . Uhukk .

" Ye adik ni . Abang tak sihat ni badan abang panas sangat . Adik bawak abang pergi klinik ya " Alia cuba membantu Anaqi bangkit .

Disandarkan kepala Anaqi pada kepala katil seraya tersenyum " abang oke . Adik tak pergi kerja ke ? "

Uhukk . Uhuk .

Alia sudah risau " macam mana adik nak pergi kerja kalau abang sakit macam ni ? Adik bawak abang pergi klinik dulu ye ? "

Anaqi menggeleng " takpayah . Petang karang surut lah panas abang ni . Abang demam biasa je "

" Demam biasa ke demam tak biasa ke adik tetap nak bawak abang pergi klinik dan abang wajib ikut adik . Abang tau tak badan abang panas gila ?  " Bebel Alia

Anaqi tersenyum nipis " semalam abang dah telan ubat , adik tak payahlah risau . Lagipun kan abang dah minum ubat "

Tidak percaya dengan apa yang dilihatnya . Sakit² pun boleh senyum lagi !? Dahtu degil pulak

Macammana demam nak kebah kalau tak pergi klinik . Belum masuk lagi dari tadi Anaqi asyik batuk² saja .

" Adik risaulah nak tinggal abang macam ni . Adik off je lah harini "

TAMANWhere stories live. Discover now