TAMAN 5

11 2 0
                                    

Mata dicelikkan beberapa kali . Bau²an ubat yang kuat menusuk ke dalam hidung . Badan terasa lenguh , nak gerakkan kaki pun rasa tak kuat . Lemah .

Pandangannya melihat syiling putih yang dihidangkan didepan matanya tika ini , macam dekat hospital je ?

Macammana boleh dekat sini ?

Pelbagai persoalan di lubuk kepala Alia . Tangannya pantas menyentuh kepalanya yang seakan berpusing .

" Kau takyah bangun lagi . Kau tak stabil lagi " kata seorang lelaki yang berjalan mendekatinya

Hah ? Lelaki ?

Pantas tangannya menyentuh kepalanya . Fuh nasib masih bertudung . Kang tak pasal² dapat dosa free sebab tayang aurat .

Anaqi tersenyum . " Tudung kau ada lagi , kitaorang tak nampak pun " dipandang Zul yang jauh nun leka dengan handphone .

Kitaorang ?

Alia mengalihkan pandangannya ke belakang lelaki yang menegurnya tadi . Oh ada lagi sorang lelaki . Kiranya abang berdunia nilah yang bawak aku kut .

Detik hatinya .

" Abang berdua ni siapa ya ? Macammana saya boleh ada dekat sini ? " tanya Alia sopan

Zul hanya melirik sikit ke budak yang mengajukan soalan . Takde hati nak jawab , pepandailah Anaqi jawab . Dia kan suka bercakap

Anaqi memperkenalkan dirinya " nama abang Anaqi Fakhrullah . Adik boleh panggil abang Anaqi je " lantas menghadiahkan senyuman buat Alia .

Alia membalas senyuman Anaqi " oh nama saya pulak Alia Batrisya . Abang boleh panggil saya Alia "

Anaqi mengangguk " oke Alia . " Bilangnya

" Boleh Alia tanya , Abang yang dekat hujung tu nama apa ? " Tanya Alia sambil menunjuk ke arah Zul yang duduk dihujung bilik itu . Langsung tak memperdulikan Anaqi dengan Alia. 

Tak peramah langsung !

Bukan apa hanya Abang Anaqi sorang je dari tadi yang bersuara . Abang sorang ni takde pulak nak menjawab . Duduk je .

Mehla kawan dengan Alia , Alia takde kawan ni . Haha

Zul hanya menayangkan muka beku . Tak berminat .

Anaqi menggaru batang lehernya . Zul ni suka buat gaya bodoh dia depan orang . Buat malu keturunan je .

" errr , abang yang tu nama dia Zulaiman Effendy . Boleh panggil abang tu abang Zul " jawabnya

" Tapi abang tu bisu . Tak boleh cakap sebab tu bila Alia tanya dia tak boleh nak jawab . Tapi jangan risau , dia tak pekak cuma bisu je " sambungnya pulak

Zul hanya menjeling sahaja Anaqi . Suka suki je cakap orang bisu . Orang ni normal tau !

Alia menekup mulutnya " yeke . Kesiannya abang tu tak boleh cakap . "

" Maaf abang sebab Alia tak tahu abang tak boleh cakap " ujarnya

Anaqi hanya mampu tergelak melihat gelagat Alia . Lawak rupanya budak ni  . Haha

" Alah tak payah risau lah.  Abang tu  oke je dari tadi . Alia macammana ? Dah oke ke ? Atau rasa pening lagi ? " Tanya Anaqi ramah

Alia tersenyum " Alia rasa macam dah oke dah . Terima kasih abang Anaqi dengan abang Zul sebab bawak Alia pergi hospital . " ucapnya

Anaqi membalas senyuman Alia " sama² Alia.  Takde hal apelah . Benda kecik je "

" Abang Anaqi memang suka senyum eh ? Dari tadi senyum je . " Alia bertanya kepada Anaqi

TAMANWhere stories live. Discover now