TAMAN 10

7 0 0
                                    

Diperhatikan pantulan dirinya dicermin . Dibelek² penampilannya .

" Tak over sangat ke aku ni ? " Tanyanya pada diri sendiri

Hari ini adalah hari pertamanya bekerja di syarikat Tan Sri Ahmad Syukri untuk jawatan personal assistant ( PA ) kepada Zulaiman Effendy .

Kerana PA lelaki itu sudah meletakkan jawatan . Desas desus mengatakan lelaki itu terlalu tegas dan sudah sering kali bertukar PA .

Anaqi mengatakan bahawa PA perempuan sebelum ni pakaian terlalu seksi dan kerja pulak asyik nak menggatal memang tak kenalah dengan Zul yang beku tu .

PA lelaki pulak kerja main² lepastu sikit² nak cuti . Tak ada rasa serius nak bekerja . Tak tunggu masa terus saja dipecat .

Gulp . Matilah aku

Ini semua idea gila Anaqi . Memandangkan Alia sudah berhenti dari kerja lamanya maka Anaqi mencadangkan Alia untuk bekerja di syarikat ini .

Taklah bosan sangat dekat rumah .

Syarikat Venus Ye atau lebih dikenali sebagai Syarikat VY di asaskan oleh ayah Tan Sri Ahmad Syukri yang berketurunan Itali bernama Verdy Yagami. 

Verdy Yagami berkahwin dengan Mastura yang berketurunan melayu dan dikurniai seorang cahaya mata lelaki iaitu Ahmad Syukri .

Kenapa nama melayu ? Sebab permintaan Mastura . Nama jugak atas pilihannya . Verdy hanya menurut. Sayang bini lah katakan

Semasa berkahwin dengan Mastura , Verdy Yagami sudahpun memeluk agama islam dan menetap di Malaysia . Verdy yang sememangnya workholic itu berjaya membangunkan Syarikat VY .

Namun nasib tidak menyebelahi Verdy dan Mastura , mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya beberapa tahun kelahiran Ahmad Syukri .

Ahmad Syukri yang memang tidak gemar untuk mengikuti bisnes trip orang tuanya terselamat dari kemalangan tersebut .

Walaupun tidak suka menceburkan diri dalam bidang bisnes , Ahmad Syukri mahu tak mahu kena menyambung legasi kedua arwah orang tuanya .

Yelah . Anak tunggal dan satu²nya waris yang layak untuk mengambil alih Syarikat .

Ok . Back to reality !

" Hm . Dah oke lah ni kut " Alia cuba menyedapkan hati .

*👆🏻 Pakaian Alia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

*👆🏻 Pakaian Alia

" Adik dah siap ke tu ? " Panggilan Anaqi diluar menyentakkan lamunan Alia .

" Abang ! Masuklah . Adik tak kunci pintu " laung Alia .

Klak !

Pintu dibuka . Wajah Anaqi terhias dengan senyuman seperti biasanya .  Namun tidak bagi Alia .

" Wah . Cantiknya adik abang ni " puji Anaqi

Alia seakan tidak percaya " Yeke cantik ? "

" Hah . Cuba pusing sat . Abang nak tengok "

TAMANWhere stories live. Discover now