💜

29 3 1
                                    

Budayakan Vote & Comment

Happy reading guys 🥰

Sorry Typo ✌️

°°^^°°

Jimin yang sudah siap dipakaikan dengan pakaian khas dan telah dipasangkan branula ditangan kirinya untuk menjalani pembedahan dalam masa 1 jam lagi... Ia hanya tersenyum melihat Jungkook dan keluarganya.

Semua para hyung dan temannya turut ada didalam bilik itu untuk menyemangati jimin agar Bertenang walaupun jelas diwajahnya terlihat ada kerisauan dan sedikit rasa takut.

Entah kenapa , ia benar-benar merasa takut akan bersendirian.. jatungnya sentiasa berdenyut kencang ...

' apakah ini kali terakhir aku akan melihatnya dan yang lain.. apakah aku akan bangun.. bagaimana Jika aku tidak bangun lagi.. apakah dia akan bahagia.. arghhh... Apa yang ku fikirkan .. ' jimin tetap berperang dengan perasaannya.. matanya hanya melihat Jungkook  dengan tatapan sayu dan pelbagai persoalan yang sedang bermain dimindanya.

' aku amat mencintai jungkook..  bagaimana jika selepas aku menjalani pembedahan ini... Aku akan melupakannya lagi '

Jungkook yang sedari tadi menatap dalam mata Jimin hanya tersenyum sambil menggenggam erat tangan Jimin dan sesekali mengecup tangan dan kening jimin.

" Hyung... Aku akan mencintaimu selalu... Jadi lekas bangun , dan cepat sembuh.. hmm.. " ujar Jungkook tersenyum pada Jimin dan Jimin hanya mengangguk saja seperti ia tahu apa yang sedang bermain diminda Jimin.

Air matanya menitis bergitu saja.. ia tidak tahu kenapa... Ia sedih atau gembira melihat Jungkook berada disampingnya.

" Hyung... Kenapa kau menangis " tanya jungkook sambil mengesat air mata Jimin yang laju mengalir dipipi Jimin.

" Aniya..hyung hanya senang.. kau berada disisi hyung " ujar Jimin asal bicara.. ia tidak tahu apa perasaannya sekarang ini.. hatinya bercelaru , ia benar-benar rasa takut.

Jimin selalu memikirkan apa akan terjadi padanya nanti... Apakah aku akan mati ... Itulah yang selalu bermain dimindanya.

Jimin selalu mencari informasi tentang penyakitnya dan pembedahan yang akan ia jalani.

Risikonya terlalu tinggi dan untuk kesembuhannya terlalu tipis.. ia benar-benar tidak yakin akan sembuh lagi.

Astrosaitoma , ya adalah barah yang Jimin hadapi..

Ia sejenis glioma yang paling kerap
Terjadi dari tisu yang dipanggil astrocytes  iaitu sel yang memberi sokongan kepada sel saraf otak dan
Pertumbuhannya samada pada kadar pantas atau perlahan.

Boleh jadi ia berada setempat sahaja kerana ia mempunyai sempadan yang membezakan antara ketumbuhan dan tisu normal atau pun menyeluruh tiada sempadan yang nyata.

Anaplastic astrocytoma  iaitu astrocytoma tahap 3 dan glioblastoma multiforme iaitu astrocytoma tahap 4  yang ia lalui sekarang..

Ketumbuhan otak malignan yang paling kerap di kalangan orang dewasa seperti Jimin Berkemungkinan merebak kebahagian otak yang lain daripada peringkat awal kerana itu ia boleh mengakibatkan buta atau lumpuh Jika tersalah mengeluarkan jisim atau tisu yang berada area barah tersebut.

Keluarga Jimin hanya tersenyum dan memberi kata-kata semangat kepada Jimin... dan Jimin hanya membalas dengan anggukkan saja.

Tok tok

Tiba-tiba doktor sehun dan beberapa orang perawat datang..

" Annyeon, Maaf semua , Jimin sudah sampai masanya kita harus kebilik pembedahan ya " ujar sehun tersenyum pada Jimin setelah mendekati Jimin.

TAKDIR HIDUPKU | JIKOOKWhere stories live. Discover now